Ya, muslimah.

Sudah sepuluh tahun kita bertudung.
Sudah setahun kita berniqab.
Sudah lima tahun kita bertudung labuh.

Untuk apa dan kepada siapa kita berpakaian begitu sebenarnya?

Kita beli selendang yang mahal harganya.
Kita menghabiskan beratus duit untuk Ariani dan Nealofar.
Kita sanggup berbaris panjang menunggu giliran untuk membeli.

Kenapa kita perlu untuk bersusah payah sebegitu rupa?
Untuk apa?

Wahai bakal bidadari syurga,

Adakah sekadar ikut trend semata?
Adakah kerana Allah swt ?
Adakah kerana kita rasa selamat dengan bertudung?
Adakah kerana dengan bertudung kita dipandang cantik?
Adakah dengan bertudung kita layak untuk dipuji?
Adakah untuk menjadi aspirasi kepada orang lain?

Ada orang kata, kita tidak boleh main-main kalau hendak mula bertudung labuh dan mula berniqab sebab takut tidak mampu istiqamah dengannya.

Lalu bagaimana pula sewaktu kamu mula-mula belajar memakai tudung sewaktu kecil dahulu??

Kadang-kadang ada tikanya semasa kecil dahulu sepupu datang ke rumah tapi tidak tutup pun kepala.
Kadang-kadang ada tikanya sewaktu di jemuran semasa mengangkat kain tidak sempat pun untuk menutup kepala dek kerana mengejar curahan air hujan yang sungguh lebat.

Situasinya sama sahaja disini.
Mereka yang baharu belajar hendak bertudung labuh.
Mereka yang baharu hendak berjinak untuk bertudung.
Mereka yang baharu berjinak hendak berniqab.


Kita tidak mampu untuk istiqamah pada mulanya, tapi percayalah setiap orang akan ada satu titik dalam hidupnya yang mana apabila dia betul-betul bertekad untuk bertudung, bertudung labuh mahupun berniqab, saat itu hanya dia sahaja yang tahu SEBABNYA.

Pesanan buat bakal bidadari syurga,
Kepada yang baharu hendak berjinak untuk bertudung, bertudung labuh dan berniqab,

Jangan takut dengan ketidakmampuan dalam istiqamah. Jika niat kerana Allah, pasti pasti Allah akan bantu. Istiqamah tidak akan datang kalau setiap perjalanan itu kita tidak cuba. Laksanakan dahulu dan berani ambil risiko untuk menerima tomahan orang sekeliling.

"Amboi kau! Dah jadi ustazah aku tengok sekarang ni."
"Weh, asal muka kau dah macam ninja sekarang ni?"

Tidak mengapa sayang-sayangku. Lemparkan selebar senyuman pada mereka dan minta mereka untuk mendoakan kamu.

"Doakan saya istiqamah."

Simple !

Insya Allah. Kamu akan belajar erti ketabahan dan kesabaran dalam setiap perjalanan itu. Sindiran itu merupakan ujian yang biasa buat mereka yang dalam proses penghijrahan. Yakinlah suatu hari nanti sahabat yang menyindir kamu itu yang akan menuruti langkah kamu. As long as kamu jelas dengan tujuan kamu bertudung dan kamu tidak akan pernah gentar dengan setiap panahan sindiran itu.

Kepada mereka yang sudah istiqamah dalam bertudung, bertudung labuh dan berniqab, alhamdulillah. Syukurlah kepada Allah. Hebat semuanya?

Teruskan niat murnimu untuk menggapai redha Allah. Jika hendak meletak gambar di  media sosial sekalipun tidak mengapa akan tetapi jikalau boleh elakkan dan minimumkan gambar SELFIE kamu secara perseorangan. Cukup sekadar gambar beramai-ramai dan formal. Sudah pasti tidak akan menimbulkan fitnah. Elakkan juga berpakaian yang terlalu ikut trend kerana semua itu mampu menarik perhatian lelaki. Dan akhir sekali, janganlah berlebihan dalam berhias dan bersederhanalah kamu.

Wallahu'alam

Simple !
#WNK
(PEMBINA UPM)

Gambar hiasan

| Nukilan Saudari Wan Nor Khalida
  Mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan
  Tahun 2
  Aktivis PEMBINA UPM