UPM, 28 Okt- Pada ahad lalu bersamaan 23 Oktober 2016 telah berlangsungnya sebuah Bengkel Asas Adobe Photoshop dan Penulisan bertempat di Makmal Siber, Fakulti Sains Komputer dan Maklumat, Universiti Putra Malaysia. Bengkel ini merupakan salah satu aktiviti anjuran Biro Media PEMBINA UPM. Bengkel ini terbahagi kepada dua slot, iaitu Bengkel Penulisan pada slot pertama (9 pagi-12 tengahari) yang telah dikendalikan oleh saudari Nur Fitrah Binti Abdullah dan Bengkel Photoshop pada slot kedua (12tengahari-4 petang) pula telah dikendalikan oleh saudari Siti Sarah Aliah binti Mohd Najib. Bengkel ini telah melibatkan seramai hampir 30 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Putra Malaysia( UPM) serta pelajar universiti lain seperti pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UNITEN).
Sepanjang Bengkel
Penulisan dan Photoshop
ini berlangsung, para peserta
telah didedahkan dengan cara- cara
untuk menulis artikel,
dan berita serta
penggunaan aplikasi Adobe Photoshop dengan
teknik yang tepat , cepat , mudah
serta
dapat memberikan kesan
kepada pembaca
dan para
peserta juga kelihatan
sangat gembira dan
bersemangat sepanjang bengkel
ini. Pada akhir
slot yang pertama
iaitu Bengkel Penulisan,
saudara Mohammad Syazwan
bin Azmi peserta daripada
UPM, telah dinobatkan
sebagai pemenang setelah
mendapat undian yang paling
ramai pada ketika
itu. Manakala bagi slot
yang kedua iaitu Bengkel Photoshop
pula poster yang bertemakan
‘firman Allah dan
hadith ’ hasil kreativiti
saudara Muhammad
Ikhram bin Supiyan
peserta daripada UNITEN, telah
dipilih sebagai pemenang.
Di samping itu, sepanjang bengkel ini berlangsung juga, saudara Amirul Idzham bin Ramdzan selaku pengacara majlis bagi bengkel tersebut telah menekankan sedikit sebanyak tentang penggunaan media seperti media cetak dan sebagainya dalam membantu pembangunan ummah terutamanya dari segi penulisan dan penghasilan poster . Melalui temubual yang dijalankan ke atas beberapa orang peserta, mereka kebanyakannya baru pertama kali menyertai bengkel seumpama ini. Mereka merasakan bahawa bengkel seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang kerana para peserta bukan sahaja akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka tentang penulisan dan photoshop, bahkan para peserta juga akan dapat saling berkenalan antara satu sama lain dan merapatkan lagi ukhwah antara peserta dan juga antara peserta dengan ahli jawatankuasa PEMBINA yang terlibat .
Disediakan oleh,
Saleha binti Mohamad
Wartawan
Biro Media PEMBINA UPM