Wanita merupakan golongan yang sangat istimewa terhadap kaum adam. Hal ini disebabkan wanita merupakan sayap kiri terhadap golongan adam dalam semua perkara. Oleh itu sebagai wanita, kita haruslah menjaga sikap dan kelakuan kita supaya menjadi wanita yang berkualiti dan solehah.

Bagaimana mahu menjadi seorang wanita yang high class?

Antara cara untuk menjadi seorang wanita yang solehah dan juga ‘high class’ adalah dengan menutup aurat, jangan ditinggalkan solat lima waktu, tidak meninggalkan puasa ramadhan, menjaga maruah diri, menjaga pergaulan antara bukan muhrim, mentaati perintah suami, serta mentaati perintah Allah.

Wanita merupakan ujian kepada golongan Adam.Hal ini disebabkan wanita mempunyai tarikan tersendiri untuk menarik perhatian lelaki.

Sebagaimana pesanan Rasulullah S.A.W. fitnah wanita semakin besar setelah kewafatan Nya. Oleh itu, sebagai wanita kita perlu mngambil iktibar dan perlu mengelakkan diri sebelum menjadi sebuah fitnah dimana maruah diri akan tercemar sekiranya berlaku fitnah.

Selain itu juga, wanita high class juga perlu mngelakkan diri daripada bercinta sebelum kahwin. Syarat bercinta dalam Islam adalah perkahwinan. Sesungguhnya jodoh kita telah ditentukan oleh Allah.

Walaubagaimanapun kita perlu berusaha dengan berdoa dan bertawakkal kepada Allah supaya mendapat jodoh yang soleh supaya hidup kita bahagia di dunia dan di akhirat kelak. Sesunguhnya wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik.

Secara konklusinya, untuk menjadi wanita high class kita perlu untuk menjaga iman kita. Sesungguhnya cinta kepada Allah adalah cinta paling tinggi dan paling manis dimana Allah tidak pernah mengecewakan hamba Nya dalam kehidupan.

Sebelum mencari cinta kaum Adam, jadilah seorang wanita yang mentaati ibu bapa, Rasulullah SAW dan Allah SWT. Serahkanlah hidup kita kepada Allah supaya dapat hidup bahagia di dunia dan di akhirat.

Oleh:

Nurul Fitrah b Abdul Rahim
Ahli PEMBINA UPM

sumber: forum wanita high class


Dalam kehidupan manusia, wujud pelbagai dugaan dan cabaran, ibarat menongkah di tengah lautan, yang gelombangnya tidak dapat dijangka atau diteka. Apa yang diperlukan adalah bekalan semangat dan kekuatan bagi mengharungi badai cabaran dan dugaan itu. Kadangkala, kita tidak dapat menahan atau menanggung dugan itu, lantas motivasi yang terbaik adalah dengan merapatkan diri kepada ALLAH dan ia adalah motivasi kehidupan yang hakiki.

Manusia sering diuji dengan pelbagai cara. Kadangkala kebaikan yang kita lakukan dibalas dengan perkara yang tidak sepatutnya. Pendek kata, terasa terasing dalam kahidupan tanpa ada yang memahami. Maka, mendekatkan diri pada Allah adalah cara yang terbaik. Kerana apa? Kerana Allah itu sentiasa ada,dan mendengar setiap aduan hambanya. Apabila kita membaca Al-Quran, seolah-olah kita berbicara denganNya. Janji-janjinya membuatkan kita kekal berusaha dan terus melakukan kebaikan, tanpa mengharapkan penghargaan orang lain. Ini kerana penilaian manusia adalah terlalu kecil apabila dibandingkan dengan penilaian yang diberikan oleh Allah.


            Wahai sahabat-sahabat , tahukah kita bahawa Allah merupakan sebaik-baik penolong. Oleh itu, kita sebagai hamba haruslah menyerahkan semua perkara kepada Allah walaupun perkara tersebut hanya sebesar kuman tapi kepadaNyalah kita bertawakkal. Selain itu, kita perlu percaya sepenuhnya terhadap janji-janjiNya, redha dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka padaNya dan menunggu dengan sabar akan bantuan-Nya. Inilah juga merupakan buah keimanan yang paling mulia seseorang mukmin. 

Dalam (surah Ali Imran:173-174)
“ Cukuplah untuk (menolong ) kami dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). Setelah (pergi mengejar musuh),mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah, Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.”


Pilihanraya merupakan salah satu wasilah terpenting dalam proses demokrasi Malaysia. Ia membolehkan rakyat memilih pemimpin mereka dan akhirnya kepimpinan tersebut akan memandu negara dalam tempoh 5 tahun mendatang dengan mengubal dasar dan undang undang negara.

Sejak merdeka negara kita telah berjaya melalui proses ini dan kali ini pilihanraya ke 13 bakal berlangsung dengan tajuk yang diungkapkan oleh ramai pihak sebagai "the mother of all election". Sunguhpun negara telah 12 kali melalui proses berkenaan, saya melihat agenda Islam semakin dipingirkan.

Dakwaan yang saya ungkapkan tadi adalah berasaskan rentetan peristiwa yang telah berlaku antaranya ialah isu kalimah Allah yang digangu gugat kuffar, isu DUMC, kejayaan pembinaan Calvary church sebagai gereja terbesar di asia tengara dengan kos pembinaan 200 juta ringgit, isu permurtadan yang berleluasa di Sabah dan Sarawak, kehilangan aset tanah di Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar. Ura-ura pemberian jawatan penting pentadbiran kepada bukan muslim, kebiadapan Ronnie Liew dalam menyerahkan semula rampasan arak di Selangor dan semua ini merupakan indikator serius ancaman terhadap akidah Negara yang merupakan kesan langsung perpecahan saf kaum muslimin.