“Kenapa anda
memilih jalan tidak normal ini?”
“Saya
tidak melanggar norma. Saya memang lelaki dari kecil. Luaran je yang tidak mengizinkan. Dahulu fikir
juga untuk berubah tapi memang tidak
boleh sebab saya memang dah jadi diri sendiri.”
…
Begitulah dialog antara saya dan seorang perempuan yang
mengaku lesbian berusia 20-an.
Dia yakin bahawa dia tidak tersalah jalan sebagaimana saya
yakin bahawa dia sudah tersasar jalan.
Lalu siapakah yang harus dipersalahkan?
Adakah Islam yang sebenar tidak cukup tersebar sehingga
mereka tidak boleh membezakan mana yang benar dan mana yang salah?
“Kerana keadaan yang sebenarnya
bukanlah mata kepala yang buta, tetapi
yang buta itu ialah mata hati yang
ada di dalam dada.” [Al-Hajj : 46]
“Dan ingatlah sesiapa yang Allah
tidak jadikan untuknya cahaya (hidayah petunjuk)
maka dia tidak akan beroleh sebarang
cahaya
(yang akan memandunya ke jalan yang
benar).” [An-Nur : 40]
Mereka kata
mereka bahagia dengan keadaan mereka sekarang.
Bahagia
kerana akhirnya menemui ‘pasangan’ yang memahami sifat peribadi mereka.
Bahagia
kerana akhirnya ada juga insan yang boleh terima kewujudan mereka.
Bahagia
kerana tidak akan melalui jalan yang sukar bersama pasangan berlawanan jantina.
Bahagia
kerana dapat tunjukkan sifat sebenar mereka tanpa bersikap sembunyi di hadapan
golongan tertentu.
Bahagia
kerana walaupun Malaysia tidak mengiktiraf LGBT, namun negara lain sudah mulai
terima LGBT.
Jika kau
ukur bahagia ‘diri’ itu sebagai permit pelepasan untuk kau melakukan
sewenang-wenangnya di dunia,
Perhatikanlah,
kau sedang menempuh kebahagiaan yang palsu !
Kebahagiaan
yang bersifat sementara.
Perhatikanlah
sejarah lalu apabila rata-rata umat yang telah ditimpa azab Allah sedang
‘berbahagia’ dengan maksiat sebelum ajal menjemputnya.
Lalu apakah
mereka tidak akan merasakan ‘bahagia’ yang sebenar?
Tidak,
mereka akan mula merasai ‘bahagia’ yang sebenar apabila mereka mula rujuk dan
taat pada al Quran.
Ada beberapa
perkara penting tentang LGBT ini yang wajar diketahui umum :
1
Tidak beritahu keluarga akan perkara
sebenar
“Dari sudut
keluarga, keluarga anda sendiri boleh terima anda?”
“Mereka tak tahu.
Saya tak rapat sangat dengan mereka. Dengan
kawan-kawan
boleh lah saya cerita.”
“boleh tahu
kenapa?”
“Sebab family
islamik sikit and konservatif. Tapi fikir juga untuk beritahu mereka dalam masa
terdekat ni tapi ada 2 kemungkinan yang bakal berlaku,mereka boleh terima saya
atau mereka akan buang saya. Jadi saya kena ada stable income. Rumah sendiri dan stable dalam hidup, barulah boleh beritahu .Bila ada semua tu,
taklah terkontang kanting nak duduk mana nanti.”
[Petikan dialog antara saya dan transgender]
Majoriti
golongan LGBT ini tidak akan beritahu hal keadaan mereka yang sebenar kepada
keluarga kerana takut keluarga tidak akan menerima keadaan mereka.
Mereka
menuduh keluarga tidak akan dapat menerima mereka dek kerana keluarga tidak berfikiran
terbuka (open minded).
Mereka
sering menuduh golongan anti-LGBT bersifat tidak open minded namun apabila disebut tentang suruhan al Quran, mereka
tidak pula bersifat ‘open minded’.
Walhal al Quran itu yang lebih utama
dalam segenap pemikiran.
Jika benar
mereka yakin akan kepercayaan mereka, mengapakah masih ada ketakutan dalam
menyatakannya?
Ibu bapa
juga turut memainkan peranan penting. Sering kali ibu bapa memberikan alasan
tidak cukup masa untuk memberi perhatian kepada anak di rumah dengan alasan
sibuk bekerja di siang hari.
Ibu bapa
lupa bahawa tugas memberi pendidikan pada anak juga merupakan tanggungjawab
sepenuh masa mereka.
Hal ini
demikian kerana anak itu juga lah yang akan menjadi pewaris bumi suatu hari
kelak untuk menggantikan generasi kini.
Sedarlah
bahawa mendidik pewaris bumi tidak semudah untuk mendidik kucing di rumah. Ia
perlukan penjagaan dan pendidikan yang rapi semenjak kecilnya lagi bagai
menatang minyak yang penuh.
Jika semua
ibu bapa sedunia mengamalkan sifir ini, maka tiadalah akan wujud golongan LGBT
kerana mereka tidak layak digelar pewaris bumi ini.
2
Sokongan diberikan secara tidak sedar
Informer 1 :
“Macam mana reaksi /penerimaan kawan-kawan bila dapat tahu
yg anda ni gay?”
“Kawan-kawan lelaki mula-mula tu tak nak kawan. Mereka suka
mengejek. Tapi kawan perempuan semua ok..dorang baik dengan saya. Mungkin sebab
saya tak minat perempuan sebab tu dorang selesa kot nak kawan dengan saya.”
Informer 2 :
“Masa anda
sedar yang anda ni gay, ada tak rasa nak berubah?”
“Ada.
Banyak kali fikir benda ni sampai la sekarang..tapi ada je benda menghalang
untuk saya berubah..macam peer pressure. Kawan-kawan saya yang lain banyak
mendesak supaya saya jadi diri sendiri. Buat apa jadi normal kalau diri sendiri
tak happy.”
Golongan
sekeliling LGBT dalam tidak sedar telah menunjukkan sokongan kepada golongan
LGBT.
Sokongan
yang bagaimana ?
Mereka
merasakan diri mereka diterima masyarakat apabila kebanyakan rakan sekeliling
selesa bergaul dengan mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Budaya
teguran sudah makin pudar di kalangan kita.
Buktinya
masyarakat sudah tidak berani untuk menegur perbuatan terkutuk itu. Malah lebih
menyedihkan ada yang menyokong mereka.
Bukanlah maksudnya
kita tidak boleh bergaul dengan mereka langsung.Apa yang di
maksudkan ialah masyarakat sekeliling mereka bergaul dengan ramah saban hari
tanpa memikirkan apakah langkah terbaik untuk mengajak mereka ke arah normal.
Justeru
mereka akan terus menerus merasakan mereka sudah cukup normal untuk berada di
tengah masyarakat.
“Takutilah fitnah
(azab bencana) yang tidak khusus hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja di
kalangan kamu.” [Al-Anfal 8:25]
“Orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan
mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat,
menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar, dan kepada
Allah kembali segala urusan.” [Al Hajj : 41]
“Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat
menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.” [Al ‘Asr
: 2-3]
3 Malaysia
iktiraf LGBT ?
“Bagaimana anda menghadapi anti LGBT di negara ini? Adakah
anda mempunyai apa-apa masalah?”
“Negara ini mempunyai sistem negara. Kalau kita mahu menukar sistem
pemikiran
anti-LGBT
dalam negara ini memang mustahil. Saya merancang untuk
berkahwin
dengan teman wanita saya di Jepun dan menetap di Taiwan.Buat masa sekarang
terdapat 16 buah negara yang boleh memberi pengesahan untuk perkahwinan
ini.”
[Petikan dialog antara
rakan pasukan kajian LGBT bersama seorang gay Kristian.]
Mereka sedar
bahawa mereka ialah golongan minoriti dan adalah mustahil untuk Malaysia
iktiraf LGBT.
Seharusnya
masyarakat golongan majoriti iaitu melayu Islam lebih berfikiran optimis untuk
menegakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berlandaskan al Quran dan
sunnah.
4 Nafsu
semata
“Ada tak sebab lain kenapa pilih LGBT ? “
“Takde
sebab. Lelaki-lelaki sekarang tak boleh percaya..lelaki orang pun tak boleh..ni
untuk you la I pesan..sebab saya ada pengalaman dengan husband orang..so sebab
tu I cakap semua tak boleh percaya sangat.”
“You
rasa lelaki tak boleh percaya sangat, habis tu apa yang membuatkan
you
nak teruskan dengan gay ni?”
“For
me..lelaki dan perempuan dua-dua tak boleh percaya..kalau you dalam
relationship curang tu mesti ada.. I tak percaya cinta sejati bagai..antara
awak tahu or tak tahu je pasangan akan curang..kalau awak nak tahu..saya boleh
cakapkan..gay ni berdasarkan nafsu semata-mata..memang ada cinta..tapi cinta tu
takkan bertahan lama..”
[Petikan dialog antara saya dan
seorang gay]
Nafsu
menjadi teras utama.
Apa yang
kita boleh harapkan pada masyarakat yang mengikut hawa nafsunya?
Bukan sahaja
tidak boleh berbicara tentang soal kebaikan negara, malah urusan tentang diri
sendiri pun tidak pasti boleh terurus.
“Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan,
dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan Sesungguhnya Telah datang
petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka.”
[ An-Najm
: 23]
“Dan Sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar benar hendak
menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan.
Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui
batas’’. [ Al-An’am : 119]
Ada juga
segelintir daripada mereka yang mempunyai hasrat untuk berubah, namun
kebanyakannya akan menganggap ia sekadar hasrat tanpa tindakan sahaja. Antara
salah satu faktornya ialah suasana persekitaraan yang tidak membantu.
Dalam hadis
Imam Bukhari r.a. ada menyebut sebanyak sebelas tanda hari kiamat. Abu Hurairah
r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
Tidak akan berlaku Kiamat sehingga :
Pertama : Dua kumpulan yang
berpengaruh besar berperang sehingga mengorbankan banyak nyawa sedangkan misi
mereka serupa.
Kedua : Munculnya para dajjal penipu
seramai hampir 300 orang . Semuanya mendakwa diri mereka utusan Allah s.w.t.
Ketiga : Dicabut ilmu.
Keempat: Banyak berlaku gempa bumi
Kelima : Masa menjadi singkat
Keenam : Lahirnya fitnah-fitnah
Ketujuh : Berlakunya banyak kekacauan
iaitu pembunuhan
Kelapan : Harta benda melimpah ruah
sehingga sukar mencari orang yang ingin menerima sedekahnya. Apabila dipanggil
seseorang untuk menerima sedekah, orang itu berkata : “Saya tidak berhajat
kepada harta tersebut kerana telah banyak harta”
Kesembilan : Manusia berlumba-lumba
membina bangunan-bangunan tinggi.
Kesepuluh : Seseorang melalui kubur
lalu berkata : ‘Wahai alangkah baiknya aku berada pada tempatnya.’
Kesebelas : Terbit matahari dari arah
barat. Apabila terbit dan manusia melihatnya mereka semua akan beriman. Tetapi
ketika itu :
“Tidak berfaedah lagi iman seseorang
yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. [Al-An’am : 158]
Fitnah-fitnah di sini bermaksud KEJAHATAN YANG
AMAT DAHSYAT sama ada dari sudut pegangan mazhab, politik, kemasyarakatan atau
ekonomi.
Bukankah LGBT itu
sendiri merupakan kejahatan yang amat dahsyat?
Lupakah anda
kisah kaum Lut yang diterbalikkan kota gara-gara umatnya pengamal homoseks?
“Maka
tatkala datang azab Kami,Kami jadikan negeri kaum Luth itu
yang di atas kebawah (Kami balikkan),dan Kami hujani mereka dengan batu
dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Yang diberi tanda Tuhanmu dan
siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim” [Hud : 82-83]
|
“Sesunggguhnya kalian mendatangi laki-laki untuk melepaskan
nafsu kalian
(kepada
mereka),bukan kepada wanita,
kalian
adalah kaum yang melampaui batas.” [Al-aa’raf : 81]
“Mengapa
kalian mendatangi jenis laki-laki di antara manusia, dan kalian tinggalkan
istri-istri yang dijadikan oleh Tuhanmu untukmu,kalian adalah orang-orang
yang melampaui batas,”
[As-syu’araa’ : 165-166]
|
|
|
“Tidak wujud lagi satu contoh teladan yang
terbaik. Semua cita-cita murni yang dilaungkan oleh manusia ketika saat genting
dahulu kini telah lenyap daripada pandangan mata dan hati. Malah suatu ketika
dahulu mereka pernah menggabungkan seluruh kekuatan antarabangsa untuk
menentang kezaliman dan kekejaman. Keadilan sosial, empat hak asasi, prinsip-prinsip
yang dipersetujui oleh masyarakat antarabangsa dan sebagainya yang menggariskan
segala prinsip murni semuanya kini hanya tinggal kenangan. Para pemimpin dunia
ini sudah tidak lagi mendokong falsafah murni untuk memimpin dunia ini. Apa
yang ada hanyalah falsafah material, penjajahan, jajahan takluk, monopoli bahan
mentah !
Semua ini dilakukan dengan rakus dan
haloba yang tiada tandingnya dalam sejarah manusia ! “
[Petikan
daripada buku Majmu Rasail oleh Imam Hassan al Banna]
“Adapun keadaan yang dinamakan dunia
Islam, maka hal itu sebagian keadaannya berbeza dengan keadaannya di Eropah,
akan tetapi pada akhirnya akan bertemu dengannya, sebagaimana jahiliyah bertemu dengan jahiliyah di setiap tempat dimuka bumi, dan di
setiap masa, meskipun sifat-sifatnya sedikit berbeza, yang membezakan jahiliyah yang ini dengan yang itu, serta
membezakan antara keadaan ini dengan keadaan itu.
Islam di dunia ini (sekarang) asing bagi manusia, seperti
keterasingannya pada awal munculnya di era jahiliyah jazirah
Arab dahulu, dan jahiliyah yang sekarang melebihi yang terdahulu, Islam dibenci
oleh banyak orang.”
[Petikan daripada buku Jahiliah Abad 20
oleh Muhammad Qutb]
Dunia
mengharapkan ciri-ciri pemimpin yang unggul.
Pemimpin
yang sudah pastinya bukan daripada golongan LGBT.
Pemimpin
yang bebas daripada sebarang fahaman selain fahaman berpandukan al Quran dan
sunnah.
Masih
wujudkah pemimpin harapan dunia ini?
Rujukan :
Al Quran
Majmu’
Rasail
Fiqh sirah
al Buti
Muntalaq
Jahiliyatul
Qarnil 'Isyrin
**Kaedah
menemu ramah golongan LGBT telah diadakan dalam 2 bulan yang lalu
Nurnazhifa bt Abd Rahman
Ketua Beliawanis Pembina UPM