Deras
mencurah penuh rakus kau redah;
Tanpa
berdalih kau menurut perintahNya;
Habis
kau telan bangunan tersegam indah;
Tiada
lagi yang dipinta selain kasih dan rahmatNya.
Banjir Disember 2014 benar-benar menyayat hati
segenap lapisan masyarakat. Tiada siapa sangka banjir ini yang akan menjadi
kesudahan buat tahun 2014.
Pelbagai
persepsi yang di lontarkan oleh masyarakat awam, lebih lagi pada pelajar yang merantau jauh dari keluarga.
“Kasihan mangsa banjir, moga Allah bantu mereka,”
“Sabar kawan, tak lama surut la tu..”
“Fokus pada peperiksaan, In Sya Allah, Allah akan bantu ahli
keluarga kau..”
“Nak buat macam mana, dah banjir nak datang,”
Sahabat, bukankah Allah telah berfirman di dalam surah Al- Baqarah ayat 286,
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksaan (dari kejahatan) yang dikerjakannya…”
Namun, wujud juga, sesetengah masyarakat yang berfikiran negatif, mudah menghukum dan hanya mengkritik tanpa memberi jalan penyelesaian.
“Ini tak lain tak bukan sebab tak buat hudud.”
“Adalah tu dosa Kelantan tu..”
“Bala ! Ini semua bala !”
“Fuhh! Nasib baik aku bukan orang Kelantan.”
Wahai sahabat, renungilah firman Allah dalam Surah Yunus ayat 36,
“Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran”,
Ada juga lontaran atau pandangan yang disertai nafsu tetapi
mereka tidak sedar. Mereka hanya berpendapat bahawa lontaran mereka adalah yang
terbaik tanpa mengira keadaan sekeliling.
Jaga-jaga sahabatku, takut takut Allah murka atas sikap dan kelalaian kita.
“Nafsu itu seperti kanak-kanak, sekiranya ia dibiarkan, ia akan terus membesar dengan mencintai susu, tetapi apabila anda pisahkan dia dari menyusu, dia akan berhenti menyusu. Tidak syak lagi bahawa membangunkan insan lebih susah daripada mendirikan kilang dan bangunan.”-Mustafa Masyur.
Walaupun begitu, syukur Alhamdulillah, beratus-ratus trak dan lori keluar masuk dari kawasan banjir sama ada
mengangkut keperluan ataupun mengangkut ribuan sukarelawan. Walaupun terdapat juga sukarelawan yang di sifatkan
sebagai ‘disaster tourist’, tetapi
tidak mengapa. Semangat mereka yang sanggup turun padang sudah cukup untuk
mendapat pujian.
Kita fokus kepada golongan sukarelawan yang sememangnya
turun padang membantu sepenuh tenaga menggunakan tulang empat keratnya. Di celah kesunyian yang seperti tiada harapan buat
mangsa banjir, muncul segolongan sukarelawan kecil yang tulus ikhlas hendak
membantu.
Siapakah mereka ini?
Jika ada ahli keluarga yang terkandas di sana, kita
boleh memahami situasi ini. Tetapi rata-rata mereka tiada ahli keluarga di sana.
Kenapa masih sibuk hendak membantu? Malah, pada saat ini masih ada lagi sukarelawan yang
berada di negeri mangsa banjir.
Saya melihat sendiri bagaimana golongan sukarelawan
ini memulakan operasi menghulurkan bantuan daripada mencari tempat pengumpulan
barang, membuat promosi media besar-besaran, membuat jadual bergilir menjaga
tempat barang, membungkus barang-barang yang di terima, membuat senarai barang,
mencari kotak, mencari kenderaan, dan lain-lain.
Terlalu banyak tugas hendak dilakukan. Ini belum kira kepada sukarelawan yang turun padang membersihkan kekotoran dan mengagihkan barang kepada mangsa.
Kenapa perlu bersusah-payah?
Tidak boleh kah membuat sekadarnya sahaja?
Ah, bingung memikirkan dari mana datangnya
sukarelawan ini !
Wahai sahabatku,
Ini tidak lain tidak bukan kerana wujudnya perasaan
kasih dan sayang buat mangsa banjir walau tidak pernah bersua muka. Rakyat Malaysia yang bukan terdiri daripada
sukarelawan turut memberikan sumbangan kepada mangsa banjir dari sudut makanan,
kewangan, pakaian dan lain-lain.
Keadaan ini membuatkan saya teringat akan satu kisah
lama, kisah di zaman Rasulullah s.a.w. masih hidup.
Seorang
muhajirin yang berpindah ke Madinah meninggalkan harta dan keluarganya di
Mekkah, lari kerana agamanya, mendapati di hadapannya anak-anak Islam dari
pemuda-pemuda Yathrib sedang menunggunya dengan penuh rindu, penuh kasih dan
merasa gembira dengan kedatangannya, sedang mereka sebelum ini tidak pernah
berkenalan dan tidak ada sebarang hubungan.
Mereka tidak diikat oleh
persemendaan atau kemonakan, mereka tidak di dorong oleh sebarang tujuan atau
sesuatu manfaat tetapi hanyalah aqidah Islamiyyah yang telah membuatkan mereka
golongan Ansar merasa rindu dan tertambat hati kepadanya. Mereka menganggapnya
sebagai saudara kandung mereka sendiri, sebagai saudara ruh mereka.
Bila beliau
sampai di masjid beliau melihat di sekelilingnya sekumpulan orang ramai dari
golongan Aus dan Kharaj, kesemua mereka mempelawakannya ke rumah mereka
masing-masing, mengutamakannya dari diri mereka sendiri, menebusnya dengan jiwa
dan harta mereka, mereka berebut-rebut dengan permintaan dan pelawaan hinggalah
undian terpaksa dilakukan. Al-quran telah mengabdikan keistimewaan orang-orang
Ansar ini hingga ke akhir zaman.
Dalam firman Allah :
“Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin) mereka menyintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa yang diberikan pada mereka (muhajirin) dan mereka mengutamakan (orang Muhajirin) dari diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan sesiapa yang dipelihara dari kekiraannya mereka itulah orang yang beruntung”.
Sebuah
petikan dari risalah Ke Arah Mana Kita Menyeru oleh Imam Hasan al-Banna.
Kisah ini menunjukkan ukhuwah islamiyyah ini
benar-benar wujud. Malah tidak mustahil untuk membuktikan yang ia masih
wujud sekarang. Betapa hebatnya kaum Ansar ini sehingga kisah mereka
dirakam di dalam al-Quran. Ini membuktikan
mereka bukanlah calang-calang orangnya. Di dalam catatan sejarah juga, kaum Ansar turut
membantu di dalam mengangkat martabat Islam yang hakiki.
Ku
sangkakan semua pemuda sudah tenggelam;
Di
telan arus dek zaman propaganda;
Rupanya
masih ada rijal yang beragenda Islam;
Harapan
itu masih ada.
Mungkin para sukarelawan yang benar-benar
mengikhlaskan diri inilah para pemuda yang benar-benar ditunggu untuk
menyelamatkan mangsa banjir, atau lebih dari itu, untuk menyelamatkan Islam di
Malaysia khususnya.
Rujukan :
1 Facebook
page: Briged Bakti Pembina
Ke
Arah Mana Kita Menyeru oleh Imam Hassan al-Banna
Jalan
dakwah oleh Mustafa Masyur
Oleh,
Nur Nazhifa,
Ketua Beliawanis,
PEMBINA UPM.
0 komen:
Catat Ulasan