Saudari Siti Nur Athirah Bt. Ismail
Beliau juga berkongsi pandangan mengenai dakwah dan tarbiyah. Bagi beliau, dakwah akan menjadi tanggungjawab apabila anda telah menandatangi kontrak persetujuan untuk ditarbiyah malah tanpa kontrak itu kita tetap juga bergelar pendakwah iaitu kepada diri sendiri.
“Usia tarbiyah yang masih baru semasa di matrikulasi, kadangkala membuatkan diri kurang berkeyakinan untuk menyampaikan dakwah. Namun bagi saya, dakwah bukan hanya menggunakan kelebihan dalam berucap untuk mengajak kearah amar makruf dan nahi mungkar sahaja, tetapi kita juga boleh berdakwah melalui akhlak yang ditonjolkan dan itu adalah yang cuba dipraktikkn untuk peringkat permulaan dalam tarbiyah. Apa yang pastinya diri saya sendiri merasa terpanggil untuk bersama-sama mengajak jiwa-jiwa lain untuk merasai nilai tarbiyah yang sebenar”. Jelas saudari Athirah mengenai permulaan beliau terlibat dalam dakwah dan tarbiyah sehingga hari ini.
Saudari Athirah juga menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai sumber inspirasi beliau kerana sebagai insan biasa, kita mungkin tidak akan dapat menjejaki langkah kehebatan dakwah baginda tetapi sekurang-kurangnya kita seharusnya cuba untuk menyambung rantai-rantai perjuangan baginda dan umat terdahulu. Dakwah baginda sangat berhikmah iaitu dengan menunjukkan akhlak yang baik walaupun kepada mereka yang memusuhi baginda.
“Jangan pernah berkira untuk berkorban harta, nyawa, masa mahupun tenaga untuk agama Islam. Jika kita menolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kita dan kadang kala tanpa disedari pertolongan itu sentiasa hadir dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah berlapang dada untuk melakukan kebaikan kerana kita bukan hanya mengejar kecemerlangan di dunia tetapi juga kecemerlangan di akhirat terutamanya”, kata saudari Athirah yang berkongsi mengenai tips kecemerlangan yang sebenar.
Beliau juga berpendapat, ilmu itu penting untuk menunjukkan kekuatan umat Islam tetapi kita perlu pastikan bahawa kita tidak melupakan hakikat kejadian kita yang sebenar iaitu bekerja di jalan Allah S.W.T adalah yang pertama dan harus diiringi dengan pelajaran.
Akhir kata dari saudari Athirah, “Jangan berputus asa daripada rahmat Allah kerana Allah S.W.T sentiasa berada di sepanjang perjalanan hidup kita, jika terjatuh, kita harus bangun dan terus berjalan semula”.
0 komen:
Catat Ulasan