BUKIT EKSPO,UPM- Ahad lalu, 25 Mei 2014, telah berlangsungnya program tautan hati gabungan daripada biro-biro PEMBINA UPM.
Menurut Wan Anisa Binti Wan Abdullah semasa slot inspirasi wanita ‘Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan dari jalan-jalan syurga’. Dan malaikat selalu menghamparkan sayapnya untuk menaungi orang-orang yang menuntut ilmu.
Kita sering lalai dan tenggelam dalam kehidupan sebagai pelajar. Perlumbaan mengejar dunia yang kita cipta, sebenarnya menjerat ramai anak muda masa kini alpa dalam mengejar akhirat. Banyak masa yang sepatutnya kita infakkan kepada jalan Allah kita bazirkan dengan perkara sia – sia.
Kesihatan yang diberi tidak kita manfaatkan kepada perkara yang membantu agama Allah. Jarang sekali kita mensyukuri nikmat-nikmat yang telah diberi-Nya. Namun, Allah tidak pernah memutuskan rahmat-Nya di dunia ini. Jadi, nikmat mana lagi yang harus didustakan?
PEMBINA ditubuhkan sebagai alternatif untuk membantu para pelajar memantapkan lagi iman dan kefahaman agama disebalik program yang diadakan. Sesungguhnya, masa muda inilah yang harus dimanfaatkan untuk mengumpul pahala dalam mencari redha Allah.
“Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan :
Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya? , Ilmunya; bagaimana ia amalkannya? , Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? , Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya?
(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn ‘Abid al-Aslami)
Masa muda kita lazimnya mempunyai kesihatan yang baik dan kekuatan dalaman yang kuat. Jadi, gunakanlah masa seoptimum mungkin untuk berbakti di jalan Allah. Masa yang kita ada adalah untuk ummah. Sibukkanlah diri ke jalan Allah bagi mencapai keredhaan Allah.
Program tautan hati ini turut memperkenalkan peserta tentang pakej PEMBINA melalui biro-biro yang disediakan. Program ini menarik minat ramai peserta bagi bergiat aktif dengan menjadi ahli biro yang diminati.
Wartawan:
Nur Aqilah Shawarudin,
Biro Media dan Promosi,
PEMBINA UPM.

0 komen:
Catat Ulasan