Saudari Nur Nazhifa
Biro Sukan dan Rekreasi PEMBINA UPM 2013/14
Saudari Nur Nazhifa dilahirkan pada 25 Mac 1993, di Hospital Tanjung Karang. Menjadi kakak sulung kepada lima orang adik nyata mendidik Nazhifa menjadi lebih bertanggungjawab. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sekinchan , Selangor kemudian melalui alam sekolah menengah di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam.
Melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Selangor dan kini menuntut dalam jurusan Major Matematik tahun kedua di UPM, Serdang.
Beliau mula mengenali PEMBINA sejak di matrikulasi. Dakwah PEMBINA menyedarkan tujuan hidup sebenar dan mengajak ke arah jalan tersebut. PEMBINA menawarkan pelbagai pakej, diantaranya ialah pakej riadah. Melalui pakej riadah inilah beliau mula tertarik dan berminat untuk serius di dalam dakwah PEMBINA kerana beliau meminati sukan dan riadah.
Menjawat jawatan Naib Setiausaha Kelab Kerohanian Kolej Tun Perak sesi 2012/2013. Seterusnya, beliau bertanggungjawab pula di bawah AJK biro sukan PEMBINA sesi 2013/2014. Beliau giat memikirkan strategi untuk menghasilkan program – program riadah agar dapat menarik minat mahasiswa menyertai di samping dapat melebarkan sayap dakwahnya.
Meletakkan Nabi Muhammad SAW sebagai 'role' model kerana kehebatan baginda dalam menghadapi cabaran dan liku – liku hidup. Baginda juga merupakan manusia sempurna yang harus kita semua contohi dan teladani dari segala aspek.
Memegang prinsip ‘qudwah qobla dakwah’ ketika berdakwah iaitu ‘action speaks louder than word’ kerana tidak mahu mejadi seperti tin kosong . Tin kosong apabila diketuk akan mengeluarkan bunyi yang lebih kuat berbanding tin yang berisi.
Namun, pada dasar hakikatnya tin kosong tidak mempunyai isi dan hanya mengeluarkan bunyinya sahaja berbanding tin yang berisi, mungkin dia tidak berbunyi atau tidak sekuat berbunyi seperti tin kosong apabila diketuk kerana ia mempunyai isi yang padat dan tidak dapat mengeluarkan bunyi yang kuat apabila diketuk seperti tin sardin.
Apabila ditanya mengenai cabaran dalam kepimpinan, beliau mengungkapkan tingkah laku dan perwatakan setiap orang adalah sangat berbeza. Cabaran utama dalam kepimpinan adalah untuk berurusan dengan setiap orang yang mempunyai kriteria yang unik dan dalam masa yang sama cuba menerapkan nilai murni samada kepada diri sendiri mahupun kepada orang tersebut. Namun, baginya pemimpin yang baik adalah yang dapat melahirkan pemimpin yang lebih baik daripadanya.
Sedikit tip cemerlang yang dikongsikan Saudari Nazhifa ialah menjaga hubungan dengan Allah swt dengan sentiasa bersangka baik. Selain itu menjaga hubungan sesama insan, bertetapan dengan kata Allah di dalam al-Quran ‘HabluminAllah Wa Habluminannas’ yang membawa maksud kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama makhluk.
Selain itu,kita haruslah mejaga kesihatan tubuh kerana pepatah ada mengatakan, 'otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat'. Akhir sekali, sentiasa menepati masa untuk menjadi cemerlang. Pembahagian masa yang teratur akan membawa kebaikan pada kehidupan kita.
0 komen:
Catat Ulasan