Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tahniah dan selamat datang diucapakan kepada bakal mahasiwa-mahasiswi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan mendaftar pada 31 Ogos 2016. Universiti ini merupakan sebuah kampus hijau yang cukup indah berada di bandar Serdang terdiri dari 17 fakulti dan 17 kolej kediaman disediakan untuk pelajar yang menuntut di sini.
Perjalanan sebuah kehidupan seorang mahasiswa kini akan bermula. Fikiran sentiasa penuh dengan tanda tanya membuatkan setiap detik debaran menjadikan kalian selalu ingin mencari jawapannya. Kehidupan di sebuah universiti merupakan satu titik permulaan untuk mencari gali siapa diri anda yang sebenar. Selain daripada akademik di sinilah anda akan belajar banyak tentang selok-belok sebuah kehidupan. Hidup bukan sekadar hidup tetapi bagaimana anda hidup untuk hari esok (survival life).
Sekiranya dulu anda datang daripada asasi, STPM dan matrikulasi, pasti kehidupan ketika itu penuh dengan muka yang serabut dan stress memikirkan tentang pointer, pointer dan pointer. Itu tidak termasuk ujian dan kuiz setiap hari lagi. Tetapi kini situasi di sebuah universiti sudah berbeza. Anda sebagai perintis arus perubahan anda sendiri. Di universiti, anda tidak boleh menumpukan akademik semata-mata, tetapi keperluan lain seperti soft skills sangat dititik beratkan. Soft skills merupakan kemahiran lain selain daripada kecemerlangan akademik seperti kemahiran komunikasi, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran kepimpinan, keusahawanan dan sebagainya. Jika dulu anda belajar bermati-matian untuk mendapat dan mengekalkan pointer yang bagus bertujuan untuk melayakkan anda mendapat tempat di universiti.
Kini, anda berada di universiti untuk melayakkan anda mendapat sebuah pekerjaan setelah tamat belajar. Anda perlu tahu, dunia pekerjaan sangat berbeza kerana dunia ini tidak terlalu memfokuskan kepada akademik kerana seorang pekerja yang baik dan cemerlang lahir daripada seseorang yang mempunyai soft skills yang tinggi. Sekiranya anda hanya mengejar pointer 4.0 berbanding dengan rakan anda yang tidak mengejar pointer 4.0 cukup sekadar mengekalkan pointer 3.75 tetapi bergiat aktif dalam beraktiviti untuk mengasah soft skills yang ada. Sudah pasti sebagai majikan, akan memilih rakan anda tersebut untuk berada di posisi organisasi syarikat.
Disebabkan hal inilah, Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia sekarang ini telah menubuhkaan icgpa yang merupakan platform sistem yang baru dalam membaharui dan meningkatkan mutu kecemerlangan pelajar di peringkat antarabangsa. Melalui icgpa ini, pihak universiti tidak lagi hanya memandang kelayakan akademik sahaja tetapi memasukkan sekali elemen soft skills di dalamnya. Artinya : ”Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat, maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa menghendaki keduanya maka wajib baginya memiliki ilmu”. (HR. Tarmadzi).
Nasihat kepada anda supaya tidak terlalu terkurung seorang diri di dalam bilik, makan, bangun, pergi kelas, layan lagu, layan drama filem. Tolong jangan jadi katak di bawah tempurung, keluar dan terbang ke mana sahaja anda hendak pergi selagi anda tahu had anda berada di garis mana. Tidak rugi untuk sertai apa-apa aktiviti, tambahan aktiviti sukarelawan. Contohnya, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), di mana persatuan ini merupakan satu-satunya persatuan yang menawarkan aktiviti mengikut pakej seperti pakej kepimpinan, pakerj rekreasi, pakej tarbiah, pakej bakti dan pakej media. Pelajar boleh memilih mana-mana pakej yang mereka minat untuk sertainya. Antara mahu atau tidak sahaja.
Percayalah kehidupan di universiti lagi bermakna dan indah sekiranya anda semakin aktif beraktiviti di universiti dan dalam masa yang sama mengekalkan kecemerlangan pointer. Ada cara dan ada tips untuk menjadi hebat seperti itu, nanti belajar dengan senior yang sudah menjadi sifu. Minta tips dengan mereka yang sudah berjaya. Anda belajar ilmu tetapi ilmu itu bukan hanya dicapai di dalam bilik kuliah sahaja, ilmu itu bersifat syumul iaitu menyeluruh dari segala segi aspek kehidupan. ‘Selalu minta untuk ditunjuk ajar dan jangan malu untuk bertanya, berbuat silap itu biasa kerana kita memang seorang pelajar yang sedang dalam proses untuk belajar’.
Kini lebih 40,000 (pada tahun2015) mahasiswa seluruh Malaysia menyertai PEMBINA.
Wan Norkhalida Binti Wan Razali
Ketua 2 Biro Aktivisme dan Kepimpinan 2016/2017
PEMBINA UPM
(Facebook: Cikgu Eda)
Ketua 2 Biro Aktivisme dan Kepimpinan 2016/2017
PEMBINA UPM
(Facebook: Cikgu Eda)
0 komen:
Catat Ulasan