Taman
Wetland, Putrajaya - Pada 23 September 2012, Ahad, buat julung kalinya PEMBINA
UPM sekali lagi berjaya menjalankan aktiviti lasak atau lebih sinonim dengan temanya
‘Wetland Hunt & Race'. Seramai lebih daripada 30 orang pelajar yang datang
dari pelbagai kolej seperti K14, K16, KPZ, K17, dan K11.
Program ini bukan sahaja tertumpu pada aktiviti lasak, dikesempatan tersebut,
pelajar dapat mengenal kekuasaan Allah, kehalusan dan keagugan ciptaan-Nya dan
juga memikirkan keunikan ciptaan Allah.
“Dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: “Ya Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka”. (Al-Imran: 191)
Ayat ini menegaskan bahawa memikirkan penciptaan Allah menjadikan seseorang mengkagumi dan mengagungi Allah serta mendorong kepada mengingati hari akhirat kelak. Begitulah, dengan membangkitkan keimanan kepada Allah, keimanan kepada Keesaan-Nya, dan sifat kesempurnaan-Nya, hati akan mula hidup dengan mengenali Allah(Makrifatullah).