Perihal tentang mujahadah, apa itu
mujahadah? Mujahadah ialah
perang atau perjuangan untuk mempertahankan agama Islam atau maksud yang lebih
ringkas lagi adalah jihad. Mujahadah juga lebih sinonim tentang berjuang bersungguh-sungguh untuk melawan
musuh.
Siapakah musuh itu?
Tentu sekali hawa nafsu!
Berkata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, Minhajul Abidin,
"Hawa nafsu ialah musuh yang sangat keji dan hina malah
mencelakakan serta sukar untuk dihindari."
Oleh sebab itu, sikap mujahadah perlu ada dalam diri setiap manusia
di dunia ini.
Namun
sejauh mana mujahadah yang telah kita lakukan di dunia ini? Adakah kita benar
faham perihal tentang mujahadah? Pelbagai dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi
oleh anak Adam untuk mereka bermujahadah.
Satu
pegangan yang wajib untuk bermujahadah adalah taqwa. Taqwa bererti takut, patuh dan tunduk kepada Allah S.W.T sebagaimana
Firman-Nya yang bermaksud dalam surah Ali Imran ayat 102
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah
kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa."
Perasaan takut
kepada Allah yakni sifat taqwa membuatkan kita lebih mudah menguatkan diri
dalam bermujahadah seterusnya membuatkan kita lebih berhati-hati dalam
mengambil sebarang tindakan seharian dari segi perbuatan mahupun percakapan.
Pelbagai
rentetan kisah yang berlaku dalam kalangan umat Rasulullah S.A.W perihal bermujahadah, jadi marilah kita ikuti kisah
Ummu Zulaikha dalam bermujahadah untuk berubah kearah kebaikan.
“Yaa Nabi Salaam 'alaika, Yaa Rasul Salaam
'alaika, Yaa Habib Salaam 'alaika, Salawaatu'llah 'alaika.”
Nada 'alarm' telefon bimbit yang dipasang oleh
Ummu Zulaikha memecah kesunyian di pagi hari. Ummu Zulaikha bingkas bangun dan
hatinya memanjat kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada
dirinya bangun di pagi hari untuk bermunajat menyembah ILLAHI.
Jam di dinding
menunjukkan pukul 3 pagi, Ummu terus ke bilik air bagi mempersiapkan dirinya
mengadap Maha Pencipta. Tanpa berlengah-lengah, Ummu terus memakai telekung dan
menunaikan solat Sunat Taubat, solat Sunat Hajat, solat Sunat
Tahajjud dan diakhiri dengan solat Sunat Witir. Seusai berdoa, Ummu menyambung
semula menelaah pelajaran di meja belajarnya.
Ummu seawal jam 8.00 pagi sudah bersiap-siap untuk pergi ke fakultinya kerana pada hari itu, fakultinya menganjurkan seminar bersama beberapa orang sasterawan negara, Dia sebagai pengarah program harus memastikan kesemuanya berjalan dengan lancar. Ummu juga akan mendapat kedatangan daripada pelajar universiti lain yang berminat untuk mengikuti seminar bersama sasterawan negara.
Namun, ada perkara yang paling tidak sabar bagi Ummu pada pagi itu kerana dia akan berjumpa dengan sahabat lamanya yang telah banyak membantunya dalam segala hal terutama membawa dirinya ke pangkal jalan setelah sekian lama tersasar jauh sebagai seorang muslim yang beriman dan bertaqwa. Sudah hampir tiga tahun rasanya Ummu tidak berjumpa dengan Alia sahabat baiknya ketika dia di UITM, Shah Alam.
Masih segar di ingatan Ummu ketika dia bergelar pelajar diploma pada umur 19 tahun. Dahulunya, dia seorang pelajar yang hanya Islam pada nama. Dia terkandas dalam dunia yang hanya mengagungkan duniawi. Amalan wajib yang menjadi pegangan sebagai umat Islam langsung tidak ditunaikan oleh Ummu, bacaan ayat-ayat suci al-Quran juga tidak diamalkannya.
Ya, dia tidak pernah ingin tahu dan faham apa itu Islam dan sepanjang hidupnya tidak pernah dia
merasai suasana tarbiyah yang sebenar-benarnya dalam Islam.
“ Ummu sekejap lagi seminar akan bermula”
Tersedar Ummu
daripada lamunannya apabila Najihah, rakan sekuliahnya menyapa.
Kini Ummu sudah
bermujahadah kembali ke pangkal jalan mencari redha ILLAHI.
Memang pada
mulanya sukar bagi Ummu untuk berubah, namun dia bersyukur kerana Allah SWT
telah mempertemukan dirinya dengan Alia, seorang gadis yang mempunyai hati
ibarat sejernih air embun dinihari, begitu ikhlas membantu Ummu untuk kembali
semula ke landasan Islam yang sebenarnya. Alia juga merupakan teman serumahnya
ketika di kampus UITM dahulu.
Masih segar
dalam ingatan, sewaktu hatinya dikawal rakus oleh nafsu, dia selalu
mempersoalkan setiap perlakuan yang dilakukan oleh Alia.
“Kenapa awak rajin sangat pergi menghadiri usrah? Usrah yang awak
dengar tu, tak masuk dalam peperiksaan, buang waktu aku sahaja kalau pergi
mendengarnya”.
Itulah ayat
yang selalu keluar dari mulut Ummu apabila Alia mengajaknya untuk turut sama
mengikuti usrah.
Sehinggalah suatu malam, apabila Alia mengajaknya untuk menghadiri usrah
umum yang dianjurkan oleh salah sebuah persatuan Islam di kampusnya. Pada
permulaan, Ummu agak keberatan untuk menemani Alia, tetapi entah mengapa
hatinya merasa terpanggil untuk mendengar pengisisan usrah tersebut.
Selama hampir 1 jam setengah mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah, Ummu merasa hatinya dipaut satu perasaan tenang yang sukar untuk ditafsirkan oleh dirinya sendiri.
Selama hampir 1 jam setengah mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah, Ummu merasa hatinya dipaut satu perasaan tenang yang sukar untuk ditafsirkan oleh dirinya sendiri.
Setelah
pulang daripada ceramah tersebut, masih tergiang-giang di telinga Ummu maksud
ayat dalam surah Al-Isra’, 18-19 yang dibaca oleh ustaz sebentar tadi
“Barangsiapa menghendaki kehidupan
sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang kami
kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam;
ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan
barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan
sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang
yang usahanya dibalasi dengan baik”.
Keesokan
harinya, Ummu meminta penjelasan daripada Alia supaya dia memahami dengan jelas
lagi maksud ayat tersebut. Setelah mendengar penjelasan daripada Alia, barulah
Ummu sedar tujuan yang sebenarnya manusia diciptakan oleh Allah S.W.T. Ummu
nekad untuk kembali kepada Islam yang benar dan dia sedar bahawa kehidupannya
selama ini hanya sia-sia malah dipenuhi dengan pergunungan dosa.
Alia adalah
pendorong utama bagi Ummu untuk dia terus bermujahadah. Sedikit demi sedikit
Ummu cuba untuk berubah ke arah mencari redha ILLAHI demi menebus segala dosa
yang pernah dilakukannya. Hari demi hari Ummu mendalami ilmu Islam dengan
mengikuti kuliah agama, usrah, mabit dan melibatkan dirinya dalam kerja-kerja
dakwah demi agama Islam semata-mata.
Sememangnya bagi Ummu mujahadah itu pahit,
tetapi Alia selalu mengingatkan Ummu bahawa syurga itu indah. Sejuta kepahitan
harus ditempuh oleh orang mukmin untuk menempah syurga selaras dengan sabda
Rasulullah SAW:
“Syurga dipagari dengan kesusahan, manakala neraka dipagari oleh keseronokan”- al-Hadis.
Itu adalah salah satu hadis yang menjadi kekuatan bagi Ummu untuk terus bermujahadah di jalan Allah SWT.
“Syurga dipagari dengan kesusahan, manakala neraka dipagari oleh keseronokan”- al-Hadis.
Itu adalah salah satu hadis yang menjadi kekuatan bagi Ummu untuk terus bermujahadah di jalan Allah SWT.
Hampir tiga tahun Ummu tidak
bertemu dengan Alia, tapi pada hari ini insyaallah dengan izin Allah SWT, dia
akan berjumpa dengan Alia yang merupakan wakil pelajar dari UKM untuk mengikuti
seminar bersama sasterawan negara. Ummu merasa tidak sabar untuk bersua muka
dengan Alia, pelbagai cerita yang ingin dikongsinya kepada sahabat baiknya itu.
“Assalamualaikum Zulaikha”,
kedengaran lembut suara seorang
wanita memberi salam, lantas menyedarkan Ummu daripada lamunannya, dia amat
mengenali suara itu, persis suara Alia. Ummu menoleh ke arah suara itu lantas
memeluk wanita tersebut kerana dia tahu, itu adalah Alia, meskipun wanita itu
berpurdah, Ummu yakin itu Alia sahabat baiknya. Ummu bangga melihat mujahadah
Alia yang kini sudah berpurdah.
Kesimpulannya melalui kisah ini, kita
perlu bermujahadah dalam melaksanakan perintah Allah, juga bermujahadah dalam
meninggalkan segala larangan-Nya. Apabila kita telah melaksanakan mujahadah
yang benar, pasti kita akan diberikan petunjuk oleh Allah. Itulah janji Allah,
Allah pasti bersama dengan orang-orang yang berbuat baik. Dalam kehidupan ini,
terlalu banyak perkara yang memerlukan kita untuk memilih, dan jalan yang
dibentangkan kepada kita tidak semuanya
indah dan mudah untuk dipilih.
Di
sinilah letaknya hikmah mujahadah kerana dengannya, ‘jalan-jalan’ akan
dijadikan terang oleh Allah bagi kita semua.
Noor
Khairina bt Mohd Said,
Aktivis PEMBINA UPM,
Tahun 2, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.
Aktivis PEMBINA UPM,
Tahun 2, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.
Selasa, Oktober 14, 2014
Malaysa diserang jerebu sekali lagi pada awal Oktober 2014 sedang umat
Islam di Malaysia sibuk meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha 1435H. 6 kawasan
yang dikenalpasti yang mempunyai bacaan TIDAK SIHAT ialah
1.Wilayah Persekutuan Putrajaya- 107*
2.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur- 105*
3.Pelabuhan Kelang, Selangor- 119*
4.Banting, Selangor- 102*
5.Seremban, Negeri Sembilan- 110*
6.Nilai, Negeri Sembilan- 127*
2.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur- 105*
3.Pelabuhan Kelang, Selangor- 119*
4.Banting, Selangor- 102*
5.Seremban, Negeri Sembilan- 110*
6.Nilai, Negeri Sembilan- 127*
Petunjuk di bawah menunjukkan indeks pencemaran udara (air pollution
index) dari tahap BAIK sehinggalah dikategorikan BERBAHAYA:
0-50
|
Baik/ Good
|
|
51-100
|
Sederhana/ Moderate
|
|
100-200
|
Tidak Sihat/ Unhealthy
|
|
200-300
|
Sangat Tidak Sihat/
Very Unhealthy
|
|
>300
|
Berbahaya/ Hazardous
|
Nota:
*
|
Habuk Halus/ Particulate
Matter (PM10)
|
c
|
Ozon/ Ozone
(O3)
|
a
|
Sulfur Dioksida/ Sulphur
Dioxide (SO2)
|
d
|
Karbon Monoksida/ Carbon
Monoxide (CO)
|
b
|
Nitrogen Dioksida/ Nitrogen
Dioxide (NO2)
|
&
|
Lebih daripada satu
pencemar/ More than one pollutant
|
Kajian sekali lagi mendapati bahawa punca gejala jerebu yang merebak ke
kawasan ‘panas’ Malaysia ialah disebabkan kebakaran yang berlaku di negara
jiran kita di bahagian Kepulauan Sumatera, Indonesia.
Tambahan, jerebu kali ini
berpunca daripada Angin Monsun Timur Laut yang berlaku sepanjang November
hingga Mac. Hal ini juga berlaku disebabkan pertukaran angin monsun, iaitu
daripada Angin Monsun Barat Daya kepada Angin Monsun Timur Laut. Maka, angin
yang bergerak dari sebelah Barat Malaysia (Indonesia) akan bergerak menghala ke
Timur (Malaysia). Buktinya, bahagian Timur global, negara Jepun mengalami angin
kencang Typhoon ketika ini.
Oleh yang demikian, jerebu ini akan memperlihatkan simptom-simptomnya, antaranya
langit menjadi putih dan kelam, suhu persekitaran menjadi panas atau bahang, serta jarak penglihatan menjadi pendek. Lazimnya,
orang ramai akan mula menghidap atau diserang sakit tekak, selesema, batuk,
seterusnya demam.
Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar meminimakan aktiviti luar. Jika
dikehendaki untuk melakukan kerja-kerja di luar, disarankan supaya:
1.memakai penutup muka dan mulut.
2.minum air kosong lebih banyak daripada hari-hari biasa.
3.elakkan daripada merokok, minum kopi atau alkohol.
4.mengenalpasti kawasan yang berisiko tinggi untuk melaksanakan sesuatu aktiviti.
5.memastikan diri sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat.
6.segera mendapatkan rawatan doktor jika mendapati menghidap simptom penyakit yang disebutkan tadi
2.minum air kosong lebih banyak daripada hari-hari biasa.
3.elakkan daripada merokok, minum kopi atau alkohol.
4.mengenalpasti kawasan yang berisiko tinggi untuk melaksanakan sesuatu aktiviti.
5.memastikan diri sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat.
6.segera mendapatkan rawatan doktor jika mendapati menghidap simptom penyakit yang disebutkan tadi
.
Kesimpulannya,
mengetahui isu persekitaran itu penting,
menjaga kesihatan itu utama.
menjaga kesihatan itu utama.
Sesungguhnya, kita dituntut dalam
Islam untuk menjaga hak diri kita. Jaga kebersihan diri. Kesihatan mengimunkan
badan yang sihat dan kuat yang akan membuahkan otak yang cerdas. Bukankah
muslim yang kuat itu lebih disukai Allah? Lagipun, Allah itu cantik dan sukakan
kecantikan. Sedarilah bahawa manusia yang menghias Bumi ini. Maka hiasilah
dengan kecantikan yang seeloknya.
Sumber:
1.Department of Environment (DOE) Malaysia
2.Ministry of Health (MOH) Malaysia
3.Jabatan Meteorologi Malaysia
1.Department of Environment (DOE) Malaysia
2.Ministry of Health (MOH) Malaysia
3.Jabatan Meteorologi Malaysia
NAZATUL SHIMA MASRI
BACELOR PENGURUSAN ALAM SEKITAR
TAHUN DUA
PEMBINA UPM
BACELOR PENGURUSAN ALAM SEKITAR
TAHUN DUA
PEMBINA UPM
Sabtu, Oktober 11, 2014
Apakah langkah yang ku ambil ini benar?
Mujahadah.
Mampukah ku tempuhinya?
Hati ini nanar sendiri.
Tidak pasti akan hala tuju seterusnya.
Mampukah ku betulkan langkah yang telah lama
tempang?
Adakah tongkat yang mampu menampungnya?
Mungkin tidak.
Akankah taubatku diterima?
Bagaimana pula pandangan insan terhadap
diriku?
Perlukah aku hiraukan mereka?
Jika ku ambil kira… pasti parah.
Mana mampu ku penuhi kesemua keinginan
mereka.
Tetapi…
Bagaimana caranya untukku tepis kesemua
pandangan itu?
Bolehkah kau berikan ku jawapan?
Agar bisa ku hidup dengan tenang.
Wahai teman…
Mahukah kamu aku berikan jawapan?
Agar terungkai resah di hati.
Ingatlah kamu akan tujuan utama penciptaan
kita.
Mengapa kita dicipta?
Adakah hanya untuk merasai bagaimana rasanya
hidup di dunia?
Ataukah hanya untuk memenuhi kehendak
kehidupan?
Ingatlah ini di dalam dirimu.
Terapkan ia di dalam diri supaya jalanmu
tidak tersasar.
Kita dijadikan Allah sebagai khalifah di
bumi.
Mengapa manusia kerdil ini mahu memikul beban
ini sedangkan gunung ganang sendiri menolaknya?
Jadi… tunaikanlah amanahmu.
Sebarkan dakwah Islamiah di seluruh pelusuk
dunia.
Agar agama kita dapat ditegakkan.
Janganlah kamu berhenti selagi Islam tidak
tertegak seluruhnya.
Biar kamu berpenat di sini, asalkan di sana
kamu bahagia.
Justeru... tenangkanlah hatimu wahai teman.
Ayuh sebarkan keindahan Islam dan nikmat Iman
di dunia.
NOR ATIKAH AZMI
BACHELOR OF HOLTICULTURAL SCIENCE
BACHELOR OF HOLTICULTURAL SCIENCE
TAHUN 2
BIRO AKTIVISME MAHASISWA
PEMBINA UPM
Isnin, Oktober 06, 2014
Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan nama
Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Pada setiap tahun, umat Islam akan
menyambut dua hari perayaan iaitu, hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Hari raya Aidiladha merupakan satu hari
perayaan yang amat bersejarah bagi seluruh umat Islam. Kerana peristiwa ini
berlaku ketika zaman nabi Ibrahim a.s.. Pada ketika itu nabi Ibrahim bermimpi
menyembelih anaknya sendiri dan ianya bukan sekadar mimpi kosong, tetapi juga
merupakan suatu perintah daripada Allah kepada beliau.
Bukanlah ingin
saya mengulangi semula kisah nabi Ibrahim, kerana saya yakin dan percaya kebanyakan
daripada kita sudah mengetahui perjalanan peristiwa tersebut seperti yang
terungkap di dalam al-Quran; surah As-Saffat, ayat 101-111. Tetapi, coretan saya ini adalah
bertujuan untuk memetik sedikit ibrah atau pengajaran daripada kisah tersebut.
" Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan, Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.."
[As-Saffat-37:110- 111]
Salah satu ibrah
yang paling besar dalam kisah ini adalah taat. Kita dapat lihat dari kisah ini
bahawa nabi Ibrahim melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah
kepadanya, semata-mata untuk mendapatkan keredhaanNya. Berbeza pula dengan
zaman sekarang, perkara tersebut tidak ramai yang mampu melakukannya.
Sesetengah orang, yang zahir pun tidak mampu dilakukan, apatah lagi yang tidak
nampak.
Contohnya, taat kepada kedua ibu bapa, iaitu selepas taat pada peintah
Allah s.w.t., kita dikehendaki mematuhi arahan kedua ibu bapa kita, selagi
tidak bercanggah dengan syariat Islam. Banyak sahaja cerita-cerita yang kita dengar
di keratan akhbar-akhbar atau di internet, ramai anak muda yang tidak beradab dengan
ibu bapanya sendiri. Dari sekecil-kecil perbuatan seperti bertengkar sehingga
sebesar-besarnya seperti membunuh ibu bapanya sendiri hanya disebabkan perkara
yang kecil. Sekiranya ini pun kita tidak dapat lakukan, bagaimana ingin kita
mendapat keredhaanNya.
Seterusnya ialah
pengorbanan. Pengorbanan adalah signifikan di dalam sebuah kehidupan. Tanpa
pengorbanan, seseorang itu tidak akan mampu untuk hidup di dunia ini. Sama ada
dari segi waktu, tenaga, mahupun wang. Saya ambil contoh yang paling terdekat
iaitu kita ialah sebagai seorang mahasiswa. Tujuan kebanyakan daripada kita
hadir ke universiti adalah ingin menuntut ilmu. Menuntut ilmu ini
memerlukan kita untuk hadir ke kelas pada waktu pagi, dan pada sebelah malam
pula mungkin akan ada perbincangan antara rakan-rakan sekelas. Begitulah rutin
harian kebanyakan kita,sehinggalah kita bergraduasi.
Dan tahap pencapaian
kita itu dapat diukur pada berapa banyak waktu, wang, dan tenaga yang telah
kita laburkan demi mencapai cita-cita kita. Begitulah juga sekiranya kita ingin
mendapat keredhaanNya.
Justeru, hari
raya Aidiladha ini bukanlah semata-mata menyambutnya dengan solat sunat
Aidiladha dan diteruskan pula dengan penyembelihan haiwan-haiwan ternakan semata-mata.
Tetapi, ia haruslah disertai dengan penghayatan sebenar Aidiladha itu. Sejarah
bukanlah bertujuan untuk dijadikan kisah-kisah menarik untuk mengisi waktu
senggang, bahkan ia juga bertindak sebagai pengajaran untuk generasi yang akan
datang.
Wallahualam.
Muhammad Nasaruddin,
Timbalan Presiden,
PEMBINA UPM.
Sabtu, Oktober 04, 2014






