Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah s.a.w. melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekkah). Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi s.a.w.bersabda, “Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu”.
Hadith riwayat Tirdmizi

Hadith ini menerangkan bahawa umat Nabi Muhammad s.a.w. pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan waktu dalam kehidupan. Sebagai contoh dalam hadis di atas bahawa pakaian kita silih berganti antara pagi dan petang, makanan yang tidak putus-putus iaitu selepas diangkat satu hidangan akan datang hidangan yang lain pula dan rumah-rumah yang tersergam indah dengan bermacam-macam hiasan yang cantik diibaratkan cantiknya kelambu kaabah.
Mungkin kita akan berkata seperti sahabat baginda pada waktu itu iaitu “tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini” seterusnya mengatakan bahawa mereka akan lebih menumpukan kepada ibadah sahaja dan tidak perlu mencari rezeki lagi. Tetapi Rasulullah s.a.w. menyangkal kerana baginda tahu bahawa keadaan yang seperti dikatakan oleh mereka tidak akan terjadi, justeru keadaan mereka pada hari yang mereka lalui sekarang adalah lebih baik dari hari yang mereka jangkakan itu.
Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa keadaan yang serba kekurangan adalah lebih baik untuk kita untuk istiqamah dalam beribadah kerana kekurangan lebih memungkinkan kita untuk beribadah dan memgingati Allah dengan lebih banyak tanpa lalai dari Allah. Lazimnya kemewahan hidup banyak menghalang kita dari tunduk kepada Allah dan beribadat kepada Allah seperti yang berlaku zaman ini. Hal ini disebabkan manusia sering leka dan sibuk mengejar kekayaan dunia tanpa pernah merasa cukup.
Malah kadangkala apa yang kita miliki melebihi dari keperluan berbanding dengan kehidupan ketika zaman sahabat, namun ibadat kita jauh ketinggalan dan kurang daripada mereka. Seharusnya kita mencari harta dunia pada batas-batas keperluan. Harta yang berlebihan mestilah digunakan untuk membantu orang lain yang kurang bernasib baik, menderma dan bersedekah kerana setiap harta yang kita miliki mengandungi harta orang lain.
Oleh sebab itu kita diwajibkan membayar zakat untuk membersihkan harta seterusnya sebagai saham di akhirat kelak. Sesungguhnya mencari dunia itu perlu untuk akhirat. Carilah bekalan untuk akhirat, maka allah akan mencukupkan dunia.

Kumpulan hadis oleh Abu Ali Al-Banjari

Siti Norainie Bt Pitri
Pelajar Tahun 2
Jurusan Sains Bahan (UKM)
Ahli PEMBINA UKM

Sumber: PEMBINA UKM

Kita adalah wajah bangsa kita
Kita adalah cerminan bangsa kita
Namun
Di mana seri bangsa kita?
Di mana rupa bangsa kita?
Budaya asing dicedok dan digaul kebejatan nilai budi
Kononnya kita generasi berinovasi
Lagaknya ingin memacu seruan transformasi
Kita sanggup merelakan ideologis merosak minda wangsa
acuan pemikiran yang menyesat dan menyesakkan ummat:
Liberalisme
Sekularisme
Humanisme
Pluralisme
Hedonisme juga

Hancur lebur jati diri bangsa kita
Runtuh luluh pegangan dan iman kita
Hilang sudah identiti warga
Apakah ini nilainya yang perlu kita gadai?
Apakah ini harganya yang kita perlu bayar?

Kembalikan wajah bangsa kita
yang kian tercalar
kerana jiwanya tidak lagi semekar kuntuman bunga kebangsaan
dan tidak lagi semarak api yang membakar obor perjuangan
Moga di laman ini
Kita sama berhimpun
Kita bersatu sepakat
untuk umat dan warga sejagat
Kita kibarkan bersama panji-panji kebaikan
setinggi-tingginya
Biar berbeza warna dan lambang
Walau onak dan dugaan di hadapan
Kita tempuh, kita rempuh
Atas nama perjuangan
menegakkan haq dan kebenaran
memusnahkan batil dan kemungkaran
Agar akhirnya nanti
kita kembalikan wajah bangsa kita.

Balingian, Mukah
31 Ogos 2012.

Oleh:
Abdul Gafar Mahdi
Diploma Pendidikan (ambilan khas Disember), 
Fakulti Pengajian Pendidikan




Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordania. ketika di Jordania beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamilmenghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.
“Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,”kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya “kenapa?” Dia pun menjawab “di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis “Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur.” tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak bisa kalahkan kami.”Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.
Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, kerena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh bisa ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.
Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumat.
Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestina selalu mengalami kegagalan.

Jadi, marilah kita sama2 mengimarahkan surau dan masjid berdekatan dengan kita. Didik diri kita untuk rajin ke surau menunaikan solat jemaah. Umat Islam akan menjadi kuat dan bersatu jika kita sentiasa berjemaah bersama memohon pertolongan kepada-NYA. Sesungguhnya, solat jemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian, dan solat bersendirian lebih baik daripada tidak solat langsung.



Sebagai hamba Allah, dalam kehidupan di dunia manusia tidak akan luput dari berbagai cubaan, baik kesusahan maupun kesenangan, sebagai sunnatullah yang berlaku bagi setiap insan, yang beriman maupun kafir. Allah Ta’ala berfirman,

“Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya), dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Qs Al Anbiya’: 35)

Ibnu Katsir –semoga Allah Ta’ala merahmatinya– berkata, “Makna ayat ini iaitu: Kami menguji kamu (wahai manusia), terkadang dengan bencana dan terkadang dengan kesenangan, agar Kami melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang ingkar, serta siapa yang bersabar dan siapa yang beputus asa.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/342, Cet Daru Thayyibah)
Sikap seorang mukmin dalam menghadapi masalah
Disebabkan seorang mukmin dengan ketakwaannya kepada Allah Ta’ala, memiliki kebahagiaan yang hakiki dalam hatinya, maka masalah apapun yang dihadapinya di dunia ini tidak membuatnya mengeluh atau stress, apalagi berputus asa. Hal ini disebabkan karena keimanannya yang kuat kepada Allah Ta’ala sehingga membuat dia yakin bahwa apapun ketetapan yang Allah Ta’ala berlakukan untuk dirinya maka itulah yang terbaik baginya.

Dengan keyakinannya ini Allah Ta’ala akan memberikan balasan kebaikan baginya berupa ketenangan dan ketabahan dalam jiwanya. Inilah yang dinyatakan oleh Allah Ta’ala dalam firman-Nya,

“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa (seseorang) kecuali denga izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk ke (dalam) hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Qs At Taghaabun: 11)



Manusia ketika diciptakan, diberikan kepadanya dua perkara iaitu hawa dan syahwat. Allah s.w.t menjadikan hawa dan syahwat kepada manusia kerana di sana terdapat  manfaat untuk manusia supaya menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya sendiri juga. Rasa syahwat atau lebih sinonim dengan satu keinginan yang merupakan  terhadap harta, anak dan wanita misalnya dan manusia akan terus berusaha untuk mencari kehidupannya. Demikian, adanya syahwat ia memberi manfaat kepada manusia.

Bayangkan manusia tidak diberikan keinginan untuk mencari makan, mungkin akan memberi mudarat kepada manusia. Semua itu menjadikan manusia agar mereka mencari manfaaat daripada sana. Namun, hawa dan syahwat apabila digunakan sesuatu  bukan di atas  tujuannnya, pasti akan memberi mudarat yang dimurkai oleh Allah s.w.t berupa zina, riba dan lain-lain. Allah juga menciptakan marah supaya manusia mempertahankan diri daripada sesuatu yang menggangunya yang membuatkan dia marah namun ia juga membawa manfaat kepada manusia.

Dengan itu, Islam memberikan kepada kita pengurusan bagaimana rasa hawa, syahwat dan rasa marah kita disalurkan  untuk sesuatu yang bermanfaat. Bagaimana Rasulullah s.a.w marah apabila batasan-batasan Allah swt dilanggar tapi baginda tidak marah apabila dirinya sendiri itu di caci maki orang, kerana baginda tidak mempunyai keinginan untuk membela dirinya sendiri. Namun, pembelaan yang beliau utamakan adalah untuk agama Allah s.w.t

Manusia juga diberikan Allah akal dimana dengan akal, dapat mengimbangkan antara syahwat, kemarahan, kasih sayang dan cinta. Dengan akal, seorang manusia mengetahui sesuatu sifat itu adil atau tidak, memahami apa yang Allah turunkan yang merupakan Al-Quran dan hadis malahan dengan akal juga membolehkan manusia itu memandang jauh kehadapan. Maka dengan itu siapa yang kuat akalnya daripada syahwatnya, jadilah dia seorang yang bijak dimana sebelum bersikap dan bertindak dia akan berfikir terlebih dahulu. Malangnya, siapa yang kalah pada syahwatnya dan mengalahkan akalnya pada waktu itu, dia akan jadi orang yang pendek akalnya, kerdil jiwanya, sehingga  sifatnya tergesa-gesa dalam mengambil satu sikap sebelum dia berfikir jauh ke hadapan.

Kewajipan  orang yang berakal hendaklah dia berwaspada iaitu waspada pada musuh yang satu ini. Dia telah memperlihatkan permusuhannya sejak zaman Adam a.s. bahkan  dia telah menghabiskan umurnya, mengerahkan daya dan upaya dia untuk merosakkan manusia. Itulah dia iblis laknatullah. Allah telah memerintahkan kepada kita berwaspada dengan syaitan. Antaranya Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".

Langkah Syaitan itu lebih halus daripada sutera, sehingga seorang hamba tidak terasa dia sudah terseret dengan langkah syaitan. Terkadang kita tidak terasa sudah termasuk jaring-jaring syaitan kerana dia masuk dari pintu kelebihan yang Allah berikan pada seseorang. Ada seseorang diberikan kelebihan suara yang indah, maka syaitan masuk dari situ dengan menggoda, menjadikan dia ujub, dia riak ingin dipuji orang. Ada orang diberikan Allah swt kelebihan harta, dijadikan dia takut kepada kemiskinan, maka Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 268

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (Jika kamu bersedekah atau berderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut) sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya."

Jadi syaitan akan berusaha dengan segala kekuatan dan daya upaya dia untuk menyesatkan manusia. Syaitan ingin sekali menyesatkan manusia dengan kesesatan yang jauh dengan cara menyuruh manusia dengan keburukan. Terkadang seorang mukmin berada di atas dua keinginan antara mengikuti syahwat atau mengikuti keredhaan Rabb. Orang yang beriman kepada Allah yang lebih mengharapkan keredhaan Rabb nya tentu dia akan memilih keredhaan Rabb nya.

Tambahan, yang lebih berat lagi apabila syaitan menyuruh agar kita berkata keatas Allah tanpa ilmu pengetahuan  dan dengan merasakan ilmunya sudah banyak. Mereka yang diberikan Allah kepandaian berbicara, dijadikan oleh syaitan untuk dia senang berdakwah, padahal dia tidak mempunyai ilmu. Mungkin latar belakangnya yang kita tidak pernah ketahui dari mana dia menuntut ilmu Allah, namun dia diberikan Allah  kefasihan lisan lalu syaitan masuk dari pintu tersebut agar dia berani berkata atas Allah tanpa ilmu.
Selain itu, syaitan berusaha menumbuhkan permusuhan di antara kaum muslimin. Allah berfirman dalam Surah Al-Ma'idah ayat 91

"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)."

Dengan menjadikan para pemuda itu merasa bangga apabila dia minum arak sehingga dia merasakan bahawa arak itu bersifat moden. Lihatlah syaitan pintar sekali, sesuatu yang maksiat dijadikan dihati si pemuda ini sesuatu yang moden. Bahkan, syaitan itu sudah merasa putus asa untuk disembah oleh orang-orang yang solatnya mentauhidkan Allah, tapi syaitan ada cara lain dengan menimbulkan bibit-bibit permusuhan diantara mereka. Akhirnya, dijadikan seseorang yang suka beribadah kepada Allah rasa ujub dan merasa ibadahnya banyak dan akhirnya dijadikan syaitan supaya dia suka sekali mendengar kesalahan temannya. Ketika mendengar temannya berbuat salah, gembira hatinya. Itulah memang syaitan berusaha untuk merosakkan hubungan sesama manusia. Syaitan itu berusaha, keinginan dia kuat sekali untuk menimbulkan permusuhan dan rasa benci di hati-hati manusia kerana dia memang musuh yang menyesatkan lagi nyata.

Syaitan tidak pernah diam dengan pelbagai tipuan yang digunakan makanya syaitan telah berjanji pada Allah untuk menyesatkan anak Adam. Apabila Allah menciptakan nabi Adam, Allah memerintahkan semua bersujud, dengan ego dan sombong, iblis tidak mahu, padahal di atas iblis ada lagi yang lebih tinggi seperti malaikat Jibrail a.s. Tapi malaikat Jibrail mengikuti perintah Allah. Iblis tidak ingin sujud kerana dia ingin mengagungkan dirinya namun  ternyata perbuatannya menghina dirinya sendiri.

Cuba bayangkan bila orang merasakan dirinya lebih baik, bagaimana dia akan mengikuti kebenaran, pasti dia akan melecehkan orang lain. Kalau merasakan diri dia lebih baik, dia tidak mahu menerima usulan yang diberikan kepadanya. Hendaklah manusia berhati-hati, sangat berhati-hati. Terkadang syaitan itu datang kepada kita seakan-akan ingin memberikan nasihat hakikatnya racun yang berbisa yang menjerumuskan seseorang hamba kepada kemaksiatan. Jadi hendaklah manusia itu hadirkan akalnya agar dia berfikir tentang akibat buruk dosa yang dia akan lakukan.

Mudah-mudahan dengan menggunakan akal fikiran, datang bantuan taufiq dimana bantuan ini memberikan kekuatan pada dirinya sehingga menghancurkan pasukan hawa nafsu .Kewajipan kita adalah mempelajari langkah-langkah syaitan dan kita mohon pada Allah s.w.t agar diberikan kekuatan dan istiqamah seakhir hayat dan diselamatkan daripada godaan syaitan..

Syafiah bt Mohammad
Tahun 3
BSK MAJOR FIZIK
Fakulti Sains