Memaparkan catatan dengan label Hebahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hebahan. Papar semua catatan



UPM, 20 & 27 Mac – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UPM telah menganjurkan Bengkel Asas Adobe Photoshop dan After Effects di pejabat PEMBINA Pusat dan kemudiannya di Balai Sri Putra, Kolej Kelima, UPM.

Bengkel Asas Photoshop telah dikendalikan oleh saudara Najimuddin, pelajar jurusan Zoologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang disertai oleh peserta seramai 21 orang dari jam 9 pagi sehingga 4 petang.

Pemenang bagi pertandingan mereka cipta poster yang bertemakan poster amalan sunnah adalah saudari Tengku Balqis binti Tengku Abd Rashid atas kriteria-kriteria tertentu.


Bengkel Asas After Effect seterusnya telah diadakan di UPM dan dikendaikan oleh Ibrahim Azran yang merupakan pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dalam bidang Komunikasi dan Pengajian Media yang dihadiri seramai 32 orang peserta telah menyertai bengkel ini dan tiga daripadanya adalah pelajar bukan Islam, seorang peserta lepasan SPM.





Saudara Syafiq Syahmi sebagai pengisi banyak menyentuh mengenai kepentingan media dalam agenda-agenda menyatupadukan umat ISLAM seluruh dunia dan seterusnya disambung oleh saudara Amirul Asraf Bin Ramli, Presiden Pembina UPM.

Para peserta telah diberikan tugasan untuk menghasilkan satu video pendek (tempoh 10 saat) dan pereka video pendek terbaik adalah saudara Muhammad Syahmi B. Mohammad Zalani.
“Bengkel ini bagus kerana boleh menjadi medium untuk menuntut ilmu yang baru dari segi video editing.”

“Penyampaiannya juga mudah difahami. Tidak pernah guna After Effects sebelum ini dan hanya pernah menggunakan Photoshop sahaja,”ujar Wong Wei Weng.

Ketua Media Pembina UPM, saudara Amirul Idzham turut memberi kupasan mengenai software ADOBE MASTER COLLECTION CS6 dan ucapan Presiden Pembina UPM sebagai penutup majlis.

“Media Pembina dalam merealisasikan hasrat murni dalam membina belia yang beriman dan berjasa,”- Presiden PEMBINA UPM.

Disediakan oleh,
Nurshyhida Bt Rosman,
Wartawan,
Biro Media PEMBINA UPM.




UPM, 10 Mac -Telah berlaku Pertemuan antara Saudara Amirul, presiden PEMBINA UPM dan Dato’ Dr. Shatar Sabran, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Putra Malaysia (TNC HEPA UPM) untuk membincangkan kemasukan Edry Faizal, Host BFM,radio.
Hasil pertemuan tersebut, Dato’ Dr. Shatar Sabran bersetuju untuk tidak membenarkan mana-mana pemikiran yang merosakan pemikiran dan akidah Islam masuk  ke Universiti Putra Malaysia. “Saya akan maklumkan kepada pihak pengetua dan pegawai keselamatan untuk memberhentikan kemasukan Viral,Sial!” Tambahan beliau.

Sejak-sejak akhir ini, terdapat segelintir golongan liberal yang semakin berani kehadapan untuk menyebarkan kefahaman dan pendapat mereka. Viral, Sial! adalah satu tayangan dokumentari tentang video viral Aisyah Tajuddin bertajuk ‘Hudud: Isi periuk nasi? Yang menjadi kontroversi menolak dan meremehkan undang-undang hudud yang dijalankan di Kelantan.

Dalam videonya itu, Aisyah telah menimbulkan kontroversi kerana mengkritik isu banjir dan hudud yang berlaku di Kelantan. Aisyah cuba memberi persepsi bahawa, kerajaan Kelantan hanya sibuk mengangkat isu hudud dan mengabaikan mangsa banjir di Kelantan tanpa sebarang bantuan. Dokumentari ini mengupas tentang kenapa video Aisyah menjadi sangat viral dan ia di hostkan oleh Edry Faizal yang juga merupakan Host BFM radio dan dalam masa yang sama, Edry cuba menimbulkan suatu persepsi yang baharu kepada masyarakat tentang hudud.

Video ini telah tercalon di dalam Freedom Filmfest 2015, Anugerah Freedom Film yang mengangkat isu-isu golongan minoriti dan hak kebebasan bersuara dan berekspresi. Selain itu, Dokumentari ini ditayangkan di Artsforgrab pada september 2015 anjuran Projek Dialog dan dikupas di dalam forum yang yang dihadiri oleh ahli panel, director doku (David Buri, Suri Kempe, Fauzi Yusup wakil Impian Kelantan dan Ehsan Shahwahid, hos pertama BFM). Tahun ini, ia bakal ditayangkan di universiti tempatan termasuk UPM bagi menunjukkan solidariti terhadap isu Aisyah yang pernah menjadi viral. Kononnya bagi mengangkat semula ketidakadilan yang berlaku supaya ia dilihat lebih relevan pada masa kini.

Librealisme adalah salah satu ghazawatul fikr-serangan pemikiran untuk menarik secara halus ke arah kekufuran bukanlah satu cara yang baru bahkan sudah tercatat di dalam Al-Quran dengan Firman Allah s.w.t. 

Surah An Nisa’. Ayat 89 :


“Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka.”


Ustaz Ahmad bin Khairuddin, penulis buku "Akal "

UPM, 18 MAC 2015 – PEMBINA UPM telah menganjurkan program mega dengan membawa tajuk “Wacana Normalisasi: Antara Membiasakan Kebenaran atau  Membenarkan Kebiasaan” yang bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Pembentangan kertas kerja ini disampaikan oleh Ustaz Ahmad bin Khairuddin yang juga merupakan penulis buku “Akal”.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyedarkan mahasiswa akan ancaman Normalisasi serta memberi solusi praktikal kepada mahasiswa dalam menghadapi Normalisasi.
Menurut Ustaz Ahmad, “Normalisasi merujuk kepada proses yang menjadikan sesuatu yang sebenarnya salah pada rujukan syarak, diterima sebagai pandangan biasa oleh masyarakat”. 

“RAND Corporation merupakan sebuah syarikat yang sedang menlaksanakan projek ‘Building Moderate Muslim Networks’, ianya adalah salah satu projek Normalisasi yang cukup terancang oleh pihak Barat”. Ujar Ustaz Ahmad.

“Projek ini tidak mengalakkan sifat wasatiyah, tetapi mengalakkan masyarakat yang ‘moderate’, iaitu masyarakat yang hanya mengikut kehendak Barat sehingga mencairkan identiti umat Islam itu sendiri tanpa pengetahuan umat Islam mengenainya”. Tambah Ustaz Ahmad.

Seterusnya, perkara yang lebih membimbangkan adalah hasil ‘muslim moderate’ itu sendiri. Antara hasilnya ialah mengimani demokrasi (kebebasan mutlak) secara mutlak, menolak kejadian undang-undang syariah dan mengangkat undang-undang sivil yang sekular, hak individu bagi seorang muslim menukar agama sesuka hati dan menjadikan deklarasi hak asasi manusia sebagai salah satu rujukan agama selain Al-quran dan Sunnah.

“Matlamat utama Normalisasi adalah ingin menjadikan negara Islam tidak dapat dicapai dan kuasa Islam terus hilang sehingga menyebabkan umat Islam terus dipergunakan”. Kata Ustaz Ahmad semasa membentangkan kertas kerjanya.

Seterusnya, Ustaz Ahmad juga menegaskan bahasa masyarakat Islam kini harus mengikuti kehidupan generasi pertama iaitu zaman Rasulullah SAW dalam membendung ancaman Normalisasi dengan menjadikan Al-quran dan Sunnah rujukan utama serta memahami sebetul-betulnya sekaligus mendapatkan kebaikan daripada Al-quran.

Di akhir ucapan beliau, Ustaz Ahmad juga memberi peringatan kepada mahasiswa bahawa setiap individu muslim harus mempunyai matlamat hidup yang besar dengan meletakkan agama Islam sebagai matlamat utama yang wajib dilaksanakan.

“Islam yang berkuasa dapat memerintah dengan adil dan hanya negara Islam yang dapat membebaskan manusia. Jangan menjadikan Islam hanyalah sebuah teori semata-mata”. Tegas Ustaz Ahmad.

Noor Khairina bt Mohd Said
Wartawan Biro Media dan Promosi PEMBINA UPM




Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordania. ketika di Jordania beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat kearah dalam Masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamilmenghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.
“Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di Masjid,”kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil keheranan bertanya “kenapa?” Dia pun menjawab “di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis “Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur.” tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak bisa kalahkan kami.”Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat keheranan.
Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, kerena subuh adalah saat masih gelap, dingin dan saat orang-orang sedang tidur. Jika mana solat subuh bisa ditunaikan maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan.
Sebagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahwasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumat.
Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam bisa meninggalkan Solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana Orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka ALLAH SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestina selalu mengalami kegagalan.

Jadi, marilah kita sama2 mengimarahkan surau dan masjid berdekatan dengan kita. Didik diri kita untuk rajin ke surau menunaikan solat jemaah. Umat Islam akan menjadi kuat dan bersatu jika kita sentiasa berjemaah bersama memohon pertolongan kepada-NYA. Sesungguhnya, solat jemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian, dan solat bersendirian lebih baik daripada tidak solat langsung.


Dengan izin Allah, insyaAllah Persatuan Belia Islam Nasional akan menjemput IR Solah ke "Revolusi Mesir, Agenda Islam atau Liberal?" 


Tempat: Masjid UNITEN
Tarikh: 26 Disember 2012
Masa: 8 p.m



Jom kenali IR Solah!

Jemput semua beliawanis ke FBN 2013!


Pelbagai aktiviti-aktiviti disediakan khusus untuk para beliawanis.



Program bertujuan untuk menjadi platform bagi beliawanis di seluruh negara berkumpul, beramah mesra, menonjolkan bakat dan mengetengahkan potensi yang ada dan akhirnya menyedari bahawa peranan seorang wanita itu sangat penting dan bernilai dalam agenda membangunkan agama,bangsa dan negara.


Jadual Program:

Tarikh: 19.1.2013
Masa : Pagi sehingga Malam 
Tempat: Di sekitar lembah Klang (akan dimaklumkan kemudian)
Yuran: RM 10 sahaja

Pelbagai program akan diadakan termasuk Ladies night, dikir barat, teater "Ibu Partiwi", bengkel pengurusan diri (grooming), seni pertahankan diri dan sebagainya

Ayuh bersama PEMBINA.

Meneraju Arus Mahasiswa!


Dengan sukacitanya kami menjemput semua muslimat untuk turut serta ke program MY GATH yang akan diadakan:


Tarikh : 14-16/12/12 (2 hari, 2 malam)
Tempat: Kem Lubok Manggis


Pelbagai aktiviti ‘survival’ disediakan di MY GATH nanti. Antaranya
# Teknik- teknik penyembelihan ayam
# Memasak dalam buluh
# Cabaran air
# Berakit
# Explorace


Tentunya BBQ turut disediakan!


MY GATH bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwwah sesama mahasiswi/ para muslimat di IPT-IPT sekitar Bangi. Dijemput semua untuk ikut serta.


Pendaftaran boleh dilakukan dengan:
# Hubungi AJK pendaftaran : 019-3699374 (Ukht Halimaton)
# Secara online : http://bit.ly/Tz87y2



Yuran (early bird) hanya RM 35 (ahli) dan RM 40 (bukan ahli)


Jumpa di sana!




Mulakan tahun baru Hijrah anda dengan mempelajari dan menonjolkan TEKNIK MENGHIAS KEK di "MUHARRAM DECORATION DAY" 

18 NOV 2012 (Ahad), 
8.00 pagi hingga 12.00 tgahari,
 bertempat di Bukit Ekspo UPM.

Antara aktiviti menarik:
-pertandingan menghias kek
-tazkirah muharram
-jamuan makan


hadiah menarik menanti anda!
penyertaan terhad.!



Yuran: RM3

Daftar kepada: Atiqah 0132759624



Para muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Assalamulaikum w.b.t

Dijemput semua warga UPM untuk hadir ke program anjuran Pembina UPM. Maklumat adalah seperti yang tertera pada poster di atas.

Assalamualaikum w.r.b

Buat julung kalinya bagi semester baru, PEMBINA UPM (akhwat) menganjurkan MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa) @ Qiamulail di UPM, Serdang.

Objektif MABIT ini diadakan adalah untuk :

1. Membangkitkan iman dan semangat yang lesu melalui qiamulail.
2. Menemukan akhwat di UPM dengan lebih kerap dan membina silaturrahim sesama akhwat PEMBINA UPM.
3. Menyedarkan akhwat tentang kepentingan majlis ilmu dan melatih diri mencintai majlis ilmu.

Tentatif Program:
8.30 pm   : Berkumpul di surau serumpun
8.45pm    : solat Isyak berjemaah
9.00 pm   : Game taaruf
9.20 pm   : Pengisian slot 1
10.45 pm : Muhasabah dan Al-Mulk
11.30 pm : Kembara Mimpi
4.30 am   : Bersiap untuk solat sunat qiamulail
5.45 am   : Solat subuh berjemaah dan Mathurat
6.10 am   : Tazkirah subuh dan Sarapan
7.00 am   : Bersurai.

Jadi, apa tunggu lagi,mari kita sama-sama keMABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa) @ Qiamulail.






Lokasi: Surau Serumpun
Tarikh: 21 September, Jumaat
Masa: 11.30 pm

‎"Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah saw bersabda, “Allah tabaaraka wa ta’aala (Allah yang Maha Suci lagi Tinggi) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia (Allah) berfirman : ‘Barangsiapa berdoa kepada-Ku akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Ku beri dia. Siapa yang minta ampun, akan Ku ampuni dia.”

Riwayat Bukhari

M.A.B.I.T atau Malam Bina Iman dan Takwa dan qiamulai akan diadakan di surau serumpun. Para pelajar muslimin UPM dijemput hadir.
Poster 1

Poster 2