Para hadirin khusyuk mendengar ceramah Ustaz Mohamad Ismail |
Dalam ceramah tersebut, Ustaz Mohamad Ismail menyeru semua umat Melayu yang beragama Islam bersepakat dan bersatu di bawah nama Islam. Permulaan ceramah dimulakan dengan menyatakan bahawa dakwah Islam hanya boleh dibawa oleh umat manusia di dunia ini. Seterusnya disentuh pula mengenai orang-orang yang bertaqwa adalah orang yang paling baik di sisi Allah. Beliau juga menerangkan kenapa Allah menjadi manusia pelbagai bangsa iaitu hanya untuk menegakkan agama Islam di muka bumi ini. Isi utama mula diterangkan oleh beliau dengan penerangan maksud assobiyah dan diakhiri dengan sesi pertanyaan oleh hadirin yang hadir.
Walaupun mempunyai beberapa salah faham ketika sesi pertanyaan, majlis dapat dikatakan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Majlis ditutup dengan semua jemaah solat Isyak bersama.
Para hadirin kemudiannya dijemput untuk menikmati juadah bihun dan kuih-muih sebelum pulang ke rumah masing-masing.
0 komen:
Catat Ulasan