Surau Kolej Canselor(UPM),18 Mar: ‘Lambaian Cinta Syurga’
sebagai tema bagi Iftar Jamie pada kali ini berjaya menarik minat ramai
beliawanis UPM untuk sama- sama berbuka puasa bagi mereka yang berpuasa sunat
pada hari isnin. Dengan kehadiran seramai lebih 20 orang peserta, objektif
majlis iaitu untuk merapatkan ukhwah sesama saudara dan menghidupkan sunah
Rasulullah S.A.W dapat di capai dengan kerjasama yang baik antara peserta.
UPM, 8 Mac- "Laksanakanlah solat malam, kerana solat malam itu merupakan kebiasaan bagi orang-orang soleh sebelum kamu, merupakan Qurbah (mendekatkan diri) kepada RabbMu, merupakan keampunan bagi kesalahan-kesalahan dan pencegah daripada dosa (Riwayat at-Tarmizi). PEMBINA UPM telah mempersiapkan ahli-ahlinya dengan mengadakan program MABIT yang bertempat di Surau Kolej Canselor yang bertemakan "Ruhul Jadid". Objektif utama adalah bertujuan untuk membina iman, taqwa, amal dan semangat baru kepada semua ahli PEMBINAUPM yang amat bersesuai dengan kemasukan semester baru kali ini. Seramai 27 orang beliawanis dari sekitar kolej UPM telah hadir dalam program tersebut.
Majlis dimulakan dengan solat Isyak bersama dan seterusnya para beliawanis diperdengarkan tazkirah tentang " "Quantum Ruh"- Mendahsyatkan semangat Biasa Menjadi Luar Biasa…!" yang disampaikan oleh saudari Noraziati atau lebih sinonim dengan panggilan kak Ji, yang merupakan Pelatih Pegawai Perubatan Hospital Serdang.
SURAU KOLEJ CANSELOR,4 MAR: ‘Apabila dua saudara
bertemu,rahmat Allah bersama dengan mereka’. Berkesempatan dengan itu,
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UPM telah menganjurkan Iftar Jamie
bagi mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dengan berpuasa sunat pada hari Isnin. Majlis
ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 40 orang
beliawanis dari pelbagai kolej di UPM.
Sebelum
azan Maghrib berkumandang, majlis di mulai dengan bacaan al-Mathurat beramai
–ramai. Setelah azan, peserta berbuka secara ringkas terlebih dahulu, bagi
menunaikan solat Maghrib berjemaah. Selesai solat, para peserta menjamu selera
dengan hidangan ala kampung yang sangat menyelerakan di dalam dulang dan makan
bersama-sama dengan suapan pertama diberikan kepada teman bersebelahan terlebih
dahulu.
Selasa, Mac 05, 2013
Dikisahkan bahawa pada suatu hari Nabi Sulaiman AS ingin benar mengetahui bagaimana Allah SWT memberikan rezeki kepada seluruh makhluk-Nya di bumi ini. Beliau melihat semut dan bertanya berapa banyakkah rezeki yang dia dapat setahun.
Kata semut itu, sebesar kepalan tangan Nabi Sulaiman AS. Dengan demikian Nabi Sulaiman AS menawarkan semut itu untuk tinggal di dalam botol dengan makanan sebesar kepalan tangan beliau. Dia bersetuju dengan tawaran itu.
Lalu masuklah semut itu dalam botol berisi makanan. Nabi Sulaiman membiarkannya sehinggalah cukup setahun, beliau membuka botol itu dan melihat ke dalamnya.
Beliau terkejut kerana makanan yang tinggal hanyalah separuh sahaja.
"Wahai semut, bukankah engkau mengatakan rezeki engkau sebesar kepalan tanganku?" tanya Nabi Sulaiman AS.
Mendengar kata itu, lalu semut pun berkata dengan tenang,
Mendengar jawapan itu, membuatkan Nabi Sulaiman AS terpegun, lantas kemudian beliau bersujud memohon keampunan Allah SWT dan melepaskan semut daripada kurungan botol tersebut.
--
Yakin lah kita dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita. Jangan kita khuatir tentangnya. Tidakkah kita melihat burung-burung terbang lapar di pagi, sementelah itu pulang pada petangnya dengan perut penuh?
Buat para pelajar, carilah rezekimu dengan belajar bersungguh-sungguh. Kemudian berdoalah dan bertawakal.
Kata semut itu, sebesar kepalan tangan Nabi Sulaiman AS. Dengan demikian Nabi Sulaiman AS menawarkan semut itu untuk tinggal di dalam botol dengan makanan sebesar kepalan tangan beliau. Dia bersetuju dengan tawaran itu.
| Semut rajin mencari rezeki kerana yakin ia datang daripada Allah |
Lalu masuklah semut itu dalam botol berisi makanan. Nabi Sulaiman membiarkannya sehinggalah cukup setahun, beliau membuka botol itu dan melihat ke dalamnya.
Beliau terkejut kerana makanan yang tinggal hanyalah separuh sahaja.
"Wahai semut, bukankah engkau mengatakan rezeki engkau sebesar kepalan tanganku?" tanya Nabi Sulaiman AS.
Mendengar kata itu, lalu semut pun berkata dengan tenang,
"Wahai nabi yang mulia, memanglah benar apa yang aku katakan, bahawa aku memperoleh rezeki dalam setahun sebesar kepalan tangan-mu, namun itu terjadi pada masa aki tidak berada di dalam botol ini. Dan pada masa itu aku sangat yakin Allah akan memberikan aku rezeki dan Dia tidak akan melupakanku walau sedikit pun, sehingga aku yakin Allah akan menjamin rezekiku. Tetapi kini, aku yang lemah ini terkurung di dalam botolmu, apakah kau dapat menjamin bahawa kau tidak akan lupa memberiku makanan semula setelah setahun? Apakah kau berani menjamin hidup dan rezekiku di tanganmu?"
Mendengar jawapan itu, membuatkan Nabi Sulaiman AS terpegun, lantas kemudian beliau bersujud memohon keampunan Allah SWT dan melepaskan semut daripada kurungan botol tersebut.
--
Yakin lah kita dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita. Jangan kita khuatir tentangnya. Tidakkah kita melihat burung-burung terbang lapar di pagi, sementelah itu pulang pada petangnya dengan perut penuh?
Buat para pelajar, carilah rezekimu dengan belajar bersungguh-sungguh. Kemudian berdoalah dan bertawakal.
Isnin, Mac 04, 2013
وعن
ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ
وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ
Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu
‘anhuma- beliau berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila
(usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan”
(HR. Muslim)
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, beliau menjawab,
‘Menghapuskan dosa setahun yang lalu’, ini pahalanya lebih sedikit daripada
puasa Arafah (yakni menghapuskan dosa setahun sebelum serta sesudahnya ).
Bersamaan dengan hal tersebut, selayaknya seorang berpuasa ‘Asyura (10
Muharram) disertai dengan (sebelumnya) Tasu’a (9 Muharram). Hal ini karena Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Apabila (usia)ku sampai tahun depan,
maka aku akan berpuasa pada yang kesembilan’, maksudnya berpuasa pula pada hari
Tasu’a.
Penjelasan
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk berpuasa pada hari sebelum maupun setelah ‘Asyura dalam rangka menyelisihi orang-orang Yahudi karena hari ‘Asyura –yaitu 10 Muharram- adalah hari di mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya, dan menenggelamkan Fir’aun dan para pengikutnya. Dahulu orang-orang Yahudi berpuasa pada hari tersebut sebagai syukur mereka kepada Allah atas nikmat yang agung tersebut. Allah telah memenangkan tentara-tentaranya dan mengalahkan tentara-tentara syaithan, menyelamatkan Musa dan kaumnya serta membinasakan Fir’aun dan para pengikutnya. Ini merupakan nikmat yang besar.
Oleh karena itu, setelah Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam tinggal di Madinah, beliau melihat bahwa
orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura. Beliau pun bertanya kepada
mereka tentang hal tersebut. Maka orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Hari
ini adalah hari di mana Allah telah menyelamatkan Musa dan kaumnya, serta
celakanya Fir’aun serta pengikutnya. Maka dari itu kami berpuasa sebagai rasa
syukur kepada Allah”. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Kami
lebih berhak terhadap Musa daripada kalian”.
Kenapa Rasulullah mengucapkan hal
tersebut? Karena Nabi dan orang–orang yang bersama beliau adalah orang-orang
yang lebih berhak terhadap para nabi yang terdahulu. Allah berfirman,
إِنَّ
أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ
وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ
“Sesungguhnya orang yang paling
berhak dengan Ibrahim adalah orang-orang yang mengikutinya dan nabi ini
(Muhammad), serta orang-orang yang beriman, dan Allah-lah pelindung semua
orang-orang yang beriman”. (Ali Imran: 68)
Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam adalah orang yang paling berhak terhadap Nabi Musa daripada
orang-orang Yahudi tersebut, dikarenakan mereka kafir terhadap Nabi Musa, Nabi
Isa dan Muhammad. Maka beliau shallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa ‘Asyura dan
memerintahkan manusia untuk berpuasa pula pada hari tersebut. Beliau juga
memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ‘Asyura,
dengan berpuasa pada hari kesembilan atau hari kesebelas beriringan dengan
puasa pada hari kesepuluh (’Asyura), atau ketiga-tiganya.
Oleh karena itu sebagian ulama
seperti Ibnul Qayyim dan yang selain beliau menyebutkan bahwa puasa ‘Asyura
terbagi menjadi tiga keadaan:
1. Berpuasa pada hari ‘Asyura dan
Tasu’ah (9 Muharram), ini yang paling afdhal.
2. Berpuasa pada hari ‘Asyura dan
tanggal 11 Muharram, ini kurang pahalanya daripada yang pertama.
3. Berpuasa pada hari ‘Asyura saja,
sebagian ulama memakruhkannya karena Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi, namun sebagian ulama yang lain memberi
keringanan (tidak menganggapnya makhruh).
Wallahu a’lam bish shawab.
(Sumber:
Syarh Riyadhis Shalihin karya Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
terbitan Darus Salam – Mesir, diterjemahkan Abu Umar Urwah Al-Bankawy,
muraja’ah
Rabu, Februari 06, 2013


