28 Disember 2012, Jumaat- Sempena musim peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi, Pembina UPM dengan inisiatifnya sendiri telah menganjurkan satu program santapan rohani, MABIT( Malam Bina Iman dan Takwa). Ini merupakan program terakhir bagi semester tahun ini. Program ini dianjurkan khusus bagi memupuk motivasi dan merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli Pembina. Program anjuran Pembina UPM ini disertai seramai 29 orang.

MABIT dimulakan dengan  ucapan kata-kata aluan oleh Timbalan Presiden Pembina UPM, saudari Norhazimah bt. Zainal Abidin. Sejurus itu, game taaruf telah diadakan. Setelah selesai bertaaruf, tazkirah " DEAN LIST VS DEEN LIST" oleh saudari Nur Aqmal bt Yahya yang mengisi tentang keseimbangan dunia dan akhirat.

"Allah itu tujuan utama dan meletakkan Allah sebagai tempat bergantung"- ujar saudari Aqmal.

"Sebanyak mana kita belajar, sebanyak itulah kita kena mengaji. Selain itu, jangan tinggalkan Al-quran kerana Al-quran menyebabkan kita sangat cemerlang. Setiap manusia adalah daie dan meletakkan pengharapan manusia pada Allah sangat tinggi kerana orang yang soleh dan beriman, mereka meletakkan Allah no.1."-tambah lagi saudari Aqmal.

Saudari Aqmal juga menjelaskan orang yang soleh mesti bijak, orang yang bijak tidak semestinya soleh. Doa pada Allah dengan apa yang kita buat dan berdoalah betul-betul dan bertawakal juga akan membawa kita kepada doa. Bagi orang yang beriman, doa itu senjata dengan melakukan ibadat solat, mengaji dan zikir. Setiap sesuatu mesti dimulai dengan doa. Orang beriman amalkan apa yang dia dapat, ilmu tanpa amal adalah seperti pokok yang tidak berbuah.

Di sini, terdapat beberapa tips bagi mahasiswa yang akan menghadapi peperiksaaan.

1. Islah wa tajdid- Betulkan niat kerana mencari redha Allah.
2. ta"yin- Faham akan format peperiksaan.
3. tak'siim- Kelaskan peperiksaan ikut kesukaran, fokus pada yang susah, teliti pada yang senang
4. mutolaah dan murajaah- Buat perancangan ulangkaji yang strategik,1 hari 6 jam belajar(jgn straight)
5. Tathbith- Letakkan sasaran
6. Ilhaq-tuliskan/lakarkan matlamat hidup kita.
7. Ijma' Watabdul- Perkongsian pintar(belajar berkumpulan)
8. Ta'lum- Ajar kawan-kawan yang tidak faham, jangan kedekut ilmu
9. Mursyid- Jumpa pensyarah atau kawan jika tidak faham
10.Buat latih tubi
11.Jangan ada sifat buruk sangka, jangan merendahkan orang lain dan sifat-sifat negatif dan jangan bermusuhan.
12.Jangan derhaka kepada ibu bapa dan guru
13.Jaga solat sehari semalam dengan sempurna, wuduk yang betul dan awal waktu, amalkan zikir-zikir, baca Al-Quran
14.Pastikan fizikal, intelek, emosi dan rohani seimbang
15.Minta ibu bapa doakan kita

Doa:
1. AL A'RAF:23
2. AL A'RAF:126
3. HUD:47
4. YUSUF:101
5. AL ISRA':80
6. AL-KAHFI:10
7. TAHA-25-35
8. AL-MUKMINUN: 118
9. AL-QOSAS: 42

Selepas tazkirah, sesi diteruskan dengan bacaan Al-Muk dan tidur. Pada paginya pula, aktviti solat qiam , subuh dan mathurat.

MABIT diakhiri dengan bersalaman, sarapan dan bersurai.

Pembina UPM berharap ahli Pembina UPM akan terus mengikuti program-program yang akan datang dan selamat menghadapi peperiksaan



Pengisian oleh saudari Aqmal
                               



Muslimat tekun mendengar pengisian.


Kek Tautan Ukhuwah Pembina UPM

                                   



Selamat Menghadapi Peperiksaan kepada semua Mahasiswa


"Berusahalah sehabis baik kerana usaha itu langkah ke arah mencapai puncak tertinggi tawakal kepada Allah S.W.T"


Meneraju Arus Mahasiswa!

Dengan izin Allah, insyaAllah Persatuan Belia Islam Nasional akan menjemput IR Solah ke "Revolusi Mesir, Agenda Islam atau Liberal?" 


Tempat: Masjid UNITEN
Tarikh: 26 Disember 2012
Masa: 8 p.m



Jom kenali IR Solah!

Jemput semua beliawanis ke FBN 2013!


Pelbagai aktiviti-aktiviti disediakan khusus untuk para beliawanis.



Program bertujuan untuk menjadi platform bagi beliawanis di seluruh negara berkumpul, beramah mesra, menonjolkan bakat dan mengetengahkan potensi yang ada dan akhirnya menyedari bahawa peranan seorang wanita itu sangat penting dan bernilai dalam agenda membangunkan agama,bangsa dan negara.


Jadual Program:

Tarikh: 19.1.2013
Masa : Pagi sehingga Malam 
Tempat: Di sekitar lembah Klang (akan dimaklumkan kemudian)
Yuran: RM 10 sahaja

Pelbagai program akan diadakan termasuk Ladies night, dikir barat, teater "Ibu Partiwi", bengkel pengurusan diri (grooming), seni pertahankan diri dan sebagainya

Ayuh bersama PEMBINA.

Meneraju Arus Mahasiswa!

Surau Serumpun, UPM – Pada 10 Disember 2012 iaitu hari Isnin telah berlangsungnya majlis berbuka puasa beramai-ramai atau dikenali sebagai Iftar Jamaie yang telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UPM. Majlis ini telah dihadiri 21 orang pelajar muslimah dari pelbagai kolej di UPM. Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah yang sedia ada atau pun saling berkenalan sesama muslimah yang hadir. Selain itu, dengan adanya majlis ini para pelajar dapat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dengan berpuasa pada hari Isnin dan khamis.

Majlis dimulakan dengan para hadirin dijemput berbuka puasa setelah azan Maghrib berkumandang. Setelah itu, para hadirin menunaikan solat Maghrib. Seusai solat, para hadirin bersama-sama dengan jemaah yang hadir membaca surah Yasin dan tahlil untuk disedekahkan kepada seorang pelajar iaitu Allahyarham Mohd Asyraf Aminuddin yang telah kembali ke rahmatullah. Kemudian, solat Isyak telah ditunaikan secara berjemaah.

Selepas itu, sedikit tazkirah telah disampaikan oleh saudari Nur Aqmal Hidayah Yahya. Tazkirah dimulakan dengan bacaan tafsir dari surah as-Syams ayat 9-10 yang bermaksud “Sesungguhnya beruntung orang yang menyucikan (jiwa)nya. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”

Daripada tafsir tersebut, dapat disimpulkan bahawa jiwa yang bersih itu sangat penting untuk menjaga amal ibadat seperti solat, sedekah, puasa, zikir dan tilawah al-Quran. Disebabkan oleh masa yang terhad, saudari Nur Aqmal hanya mengupas tentang puasa dan tilawah al-Quran.

Menurut saudari Nur Aqmal, puasa terdiri daripada tiga kategori iaitu puasa orang awam, puasa orang khusus dan puasa orang ‘super’ khusus. Puasa orang awam adalah puasa yang menahan diri daripada makanan dan minuman sahaja. Puasa orang khusus ataupun dikenali sebagai puasa orang-orang yang soleh pula ialah puasa dari segala segi termasuklah makanan, pandangan, hati dan sebagainya. Manakala puasa ‘super’ khusus pula hanya untuk para rasul dan nabi di mana mereka menjaga perlakuan mereka setiap saat dan waktu.

Dari segi tilawah al-Quran pula, saudari Nur Aqmal telah menyarankan para hadirin supaya merasai keagungan Allah dan hadirkan hati ketika membaca al-Quran. Selain itu, tadabbur juga amat penting dalam tilawah. “ Tiada kebaikan dalam ibadah tanpa pemahaman, tiada kebaikan dalam bacaan al-Quran tanpa tadabbur,” ujar saudari Nur Aqmal.

Selepas sesi tazkirah, para hadirin bersurai. Majlis ini telah berakhir pada jam 9.45 malam.