Surau Kolej Canselor(UPM),18 Mar: ‘Lambaian Cinta Syurga’
sebagai tema bagi Iftar Jamie pada kali ini berjaya menarik minat ramai
beliawanis UPM untuk sama- sama berbuka puasa bagi mereka yang berpuasa sunat
pada hari isnin. Dengan kehadiran seramai lebih 20 orang peserta, objektif
majlis iaitu untuk merapatkan ukhwah sesama saudara dan menghidupkan sunah
Rasulullah S.A.W dapat di capai dengan kerjasama yang baik antara peserta.
“Tujuan kita diciptakan di dunia adalah sebagai
khalifah di muka bumi dan untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Dua syarat yang
cukup ringkas bagi menerangkan maksud ibadah iaitu tiap perkara yang diniatkan
ikhlas kerana Allah dan menepati syarak”,pesan ustazah Mahfuzah semasa sesi
tazkirah. Tambah ustazah lagi, barangsiapa yang berusaha mencari ilmu, berkunjung ke majlis ilmu,
Allah pasti akan berikan jalan menuju ke syurga.
Majlis di mulakan dengan sedikit
penerangan ringkas tentang perjalanan majlis oleh pengerusi majlis sebelum
menunggu azan maghrib berkumandang. Setelah itu, para peserta menjamu selera
dengan hidangan berdulang iaitu nasi goreng ayam serta buah –buahan berkhasiat.
Selesai makan, para peserta menunaikan solat maghrib berjemaah.
Majlis
diteruskan lagi dengan sesi taaruf
ringkas bagi tujuan kenal-mengenal seterusnya merapatkan silaturrahim antara
peserta. Seterusnya sedikit pengisian di sampaikan oleh Saudari Jannah sementara menunggu penceramah jemputan tiba.
Beliau mengupas tentang sebuah buku yang menceritakan tentang akhlak
Rasullullah S.A.W. Kata beliau, setiap rumah seharusnya mempunyai paling kurang
1 buku tentang Rasulullah S.A.W agar kita dapat memahami peribadi baginda dan
meyemai rasa cinta pada kekasih Allah ini. Seterusnya, tazkirah di sampaikan oleh Ustazah Mahfuzah setelah para peserta menunaikan solat isyak berjemaah.
Para
peserta bersurai pada pukul 9.45 malam. Secara keseluruhannya, majlis Iftar
Jamie mendapat maklum balas yang positif dari para peserta. Majlis sebegini di
cadangkan agar dapat diadakan lagi pada
masa yang akan datang.
0 komen:
Catat Ulasan