Bismillahirahmanirahim…
“ dan tetaplah memberi peringatan, kerana
sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang- orang mukmin. Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku. Aku
tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka bahkan aku tidak menghendaki
agar mereka memberi rezeki kepada-Ku.
Sesungguhnya Allah , Dialah Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh.” Al-Quran, surah Adz dzaariyaat ayat 55 -58
Tahukah anda
kenapa kita hidup di dunia ini?
“Kenapalah
aku hidup dimuka bumi ni..sudahlah miskin, dipandang hina pula.”
Begitulah
keluhan-keluhan sebahagian orang di sekeliling kita.
Begitu jugalah dialog yang
sering kita dengar di drama-drama tv.
Adakah kita ini
dihidupkan untuk sentiasa diuji oleh Allah?
Adakah kita ini dihidupkan untuk menyusahkan
orang lain?
Adakah kita ini
dihidupkan untuk meminta simpati orang lain?
Masha Allah, sudah
tentulah TIDAK! sebenarnya kita sebagai manusia ini sangat bertuah kerana
terpilih dilahirkan dimuka bumi ini. Walau bagaimanapun latar belakang
kehidupan kita di dunia , ingatlah di akhirat kita semua adalah sama cuma yang
membezakan adalah amalan kita di dunia.
Manusia dihidupkan di muka bumi ini
bukanlah sesuatu yang sia-sia dan hanya berseronok dengan kesenangan dunia bak
kata seorang artis dalam cerita yang mungkin cukup popular … “kita enjoy! ”
Tapi kita sebagai manusia telah diamanahkan dengan satu tujuan iaitu untuk melaksanakan ibadah kepada Allah dan mendapatkan keredhaan-Nya. Seperti yang telah tertulis didalam al-quran dalam surah adz-dzaariyaat ayat 56 iaitu :
Tapi kita sebagai manusia telah diamanahkan dengan satu tujuan iaitu untuk melaksanakan ibadah kepada Allah dan mendapatkan keredhaan-Nya. Seperti yang telah tertulis didalam al-quran dalam surah adz-dzaariyaat ayat 56 iaitu :
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”
Cuba kita semua
melihat diluar kawasan rumah atau di tempat kerja atau di tempat belajar.
Adakah kita benar-benar telah menjalankan
kewajipan kita sebagai seorang muslimin/mat apabila seseorang yang terdekat dengan
kita diuji oleh Allah? Tepuk dada tanyalah iman.
Sebagai contoh, apabila kita hendak membeli barang. Apakah perkara pertama yang kita lakukan? Mestilah kita akan
tulis dahulu senarai barang yang kita hendak beli atau kita gunakan akal fikiran kita yang hebat ini untuk mengingati segala barang yang kita hendak beli sebelum pergi ke pasaraya ataupun gedung membeli belah.
Kita selalunya akan rambang mata semasa berada di gedung membeli belah atau pasaraya.Tambahan pula, apabila terdapat "sale" hampir di setiap kedai sehinggakan kita terlupa untuk membeli barang keperluan kita. Kita seakan-akan lupa dan menjadi gila untuk membeli sehinngakan barang yang hendak dibeli tidak jadi pula akibat modal yang dikeluarkan tidak mencukupi.
Begitulah juga dengan kehidupan kita
di dunia. Kita sudah ada senarai yang perlu kita lakukan untuk membeli syurga
Allah tapi apabila di dunia ini, ramai yang lalai kerana terpesona dengan keindahan
dunia sebagaimana kejadian di pasaraya yang di ceritakan sebentar tadi.
Kita juga mempunyai 3 amanah yang
diberikan oleh Allah kepada kita iaitu :
1. Penumpuan
niat kerana Allah.
2 2. Penumpuan
kepada tauhid seperti penolakan kepada syirik.
3 3. Penumpuan
kita kepada ikutan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Kenapa Allah timpakan ujian ye?
1 Allah sebenarnya sangat SAYANG akan kita. Tidak
percaya?
Sebenarnya
Allah sangat mencintai kita sebagai hambanya tetapi kita sahaja yang selalu
leka dan menjauhi-Nya kerana kesibukan urusan kita di dunia. Misalnya, kita ambil dari perspektif seorang pelajar. Mereka mungkin tidak menyedarinya."Kejap lagi la solat,biar abis belajar dulu", dialog ini sering digunakan oleh pelajar tanpa mereka sedari.
Apabila lelaki dan
perempuan tidak segan silu bertepuk tampar. Apabila si anak terhimpit diantara
perkelahian ibu dan bapa. Apabila kita terlalu seronok dengan kemewahan dunia.
Senang cerita apabila kita lebih mengutamakan urusan dunia berbanding akhirat.
Cuba
kita bayangkan konsep Allah S.W.T sayangkan kita ini dengan konsep apabila kita sangat
menyukai seseorang itu sehinggakan sanggup berbuat apa sahaja kepadanya.Tetapi orang itu selalu tidak menghiraukan kita dan apabila hendak sesuatu dia akan datang meminta
pada kita, malahan setelah dapat yang dikehendaki terus lupakan kita. Bagaimanakah
perasaan kita ketika itu? Begitu jugalah dengan Allah.
Jadi? Allah memanggil kita supaya kembali dekat kepada-Nya kerana cinta Allah adalah cinta yang kekal.Allah menyentuh hati kita supaya kembali mencintai-Nya. Caranya? Dengan
meningkatkan amalan kita dan memberikan jiwa kita kepada-Nya. Dalam surah kedua
, Al-Baqarah ayat 186 :
“Dan apabila
hamba-hambaku bertanyamu (Muhammad) tentang aku, maka sesungguhnya Aku dekat.
Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.
Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka
memperoleh kebenaran.”
~ Jika dulu kita acap kali melewat-lewatkan
solat sehingga tanpa sedar meninggalkan solat,dengan adanya ujian daripada Allah SWT ini kita kembali
menunaikan solat tepat pada waktunya.
~ Jika dulu kita selalu memikirkan segala
kejayaan adalah disebabkan usaha kita sendiri tanpa memikirkan ia sebenarnya datang daripada
Allah SWT, dengan adanya ujian ini, kita kembali bergantung dan mengharap bantuan daripada
Allah SWT.
~ Jika kita merasakan kita keseorangan dan
tiada sesiapapun yang sayang pada kita, dengan adanya ujian ini, kita dapat mencari kasih
sayang sebenar iaitu kasih sayang Allah.
Semakin
tinggi iman kita semakin tinggi ujian kita.
Allah SWT mahu kita
kembali menyucikan jiwa dan sentiasa
bertawakal kepada-Nya akan setiap usaha yang kita lakukan. Kerana itulah, Allah SWT memberikan ujian kepada kita setanding dengan keimanan kita kepada-Nya.
Sebagai contoh: Mamat ini imannya begini tak boleh diberi ujian sebegini kerana Allah tahu kemampuan Mamat ini untuk menghadapi ujian-Nya tetapi apabila imannya meningkat, Allah bagi ujian yang dahulunya Allah ingin berikan, kerana Allah tahu Mamat ni boleh menghadapinya.
Allah SWT sayangkan kita, disebabkan itu Allah SWT nampak kita daripada berjuta-juta orang lain.Allah
SWT tidak akan memberikan ujian yang hambanya itu tidak mampu untuk selesaikan.Allah SWT itu Maha Mengetahui, dia mengetahui akan kebolehan hambanya.Masyallah.
Sebagai contoh: Mamat ini imannya begini tak boleh diberi ujian sebegini kerana Allah tahu kemampuan Mamat ini untuk menghadapi ujian-Nya tetapi apabila imannya meningkat, Allah bagi ujian yang dahulunya Allah ingin berikan, kerana Allah tahu Mamat ni boleh menghadapinya.
Allah SWT sayangkan kita, disebabkan itu Allah SWT nampak kita daripada berjuta-juta orang lain.Allah
SWT tidak akan memberikan ujian yang hambanya itu tidak mampu untuk selesaikan.Allah SWT itu Maha Mengetahui, dia mengetahui akan kebolehan hambanya.Masyallah.
Oleh itu, Kita harus selalu bersyukur dan berterima kasih kepada ujian Allah. Untuk apa? Untuk setiap ujian yang dapat membantu jiwa kita kembali kepada Allah.
Layak kah kita diuji?
Sebenarnya kita harus bertanya pada diri kita “adakah layak kita hamba Allah yang kerdil ini untuk bertanya pada Allah SWT : Kenapa aku dipilih untuk diuji?”
Sebenarnya kita harus bertanya pada diri kita “adakah layak kita hamba Allah yang kerdil ini untuk bertanya pada Allah SWT : Kenapa aku dipilih untuk diuji?”
“Wahai Allah, aku dah buat baik tapi kenapa
tidak dapat rezeki lagi”
“Wahai Allah, aku dah bersedekah
tapi kenapa aku tidak kaya lagi? “
“Wahai Allah, aku dah study
gila-gila, tapi kenapa result aku teruk!”
antara soalan 'famous' dikalangan pelajar.
Tahukah, soalan-soalan seperti ini dikira
sebagai kita tidak beradab kepada Allah. Jika orang selalu bertanya “kenapa Aku?”. Pertama sekali ,kita kena
semak balik tauhid kita kepada Allah.
Rasulullah pernah bersabda : “Apabila kita
tidak pernah diuji oleh Allah , kita akan terleka dan terlampau seronok dengan
kesenangan yang sementara”.
Allah juga sudah menetapkan darjat kita di syurga.
Oleh itu, ketika amalan kita masih
tidak mencukupi untuk mencapai darjat tersebut, Allah memberi ujian kepada kita
untuk meningkatkan amalan kita, supaya kita mencapai
darjat yang Allah berikan nanti di dalam syurga.
Perlukah kita mengeluh?
Jika kita masih mengeluh tentang nasib kita
tidak sebaik orang lain atau masih menyalahkan Allah terhadap apa yang terjadi, lihatlah ciptaan Allah di sekeliling kita.
Apa yang kita lihat? Betul! Kita
lihat pokok , langit, awan, haiwan ,dan banyak lagi. Sebagai contoh yang boleh
kita ambil pengajaran ialah cacing. Apa yang ada padanya ? sudahlah buta,
pekak, bisu malah tidak berkaki dan tidak ada tangan. Boleh dikatakan “O.K.U
Total”. Adakah ia mengeluh dengan keadaan dirinya? Tidak sama sekali!
Walaupun cacing serba
kekurangan tapi apabila kita lihat di tanah, cacing tetap besar. Tidak cukup
dengan cacing, kita ambil iktibar daripada seekor cicak. Ada apa pula
dengannya? Cuba kita bayangkan Allah memberikan rezeki pada ia iaitu serangga
yang terbang sedangkan cicak sendiri tidak boleh terbang.
Adilkah? Adakah kita
pernah mendengar cicak menangis atas ujian yang menimpa pada dirinya? Apa akan
terjadi jika cicak mengeluh kerana nasibnya yang tidak boleh terbang. Layakkah?
Oleh sebab itu, kita perlu bersyukur kepada-Nya kerana kita adalah sebaik-baik ciptaannya.
Bagaimana nak jadikan ujian kita menjadi
mudah?
Ujian merupakan sebahagian dari hidup
yang tidak terlepas daripada kita. Kita semua akan diuji. Cuma ujian yang kita
hadapi mungkin berbeza dengan orang lain. Sebenarnya,apa yang Allah amanahkan
kepada kita, itu adalah ujian kita daripada Allah SWT.
Menguruskan ujian bermaksud
menguruskan kehidupan kita .Apa yang perlu kita lakukan ketika diuji? Disini terdapat
beberapa tip menjadikan ujian Allah itu mudah.
1. Letakkan
cita-cita tinggi dalam hidup kita. Apakah cita-cita itu? Iaitu untuk bertemu
dengan Allah. Dunia ini merupakan satu tempat uji kaji untuk meletakkan diri
kita di syurga Allah.
2 2. Kalau
berlaku sesuatu kepada kita yang kita
tidak suka berupa nikmat ataupun bala, jangan mengamuk dulu. Redhalah untuk menerima
ujian Allah dan yakinlah bahawa ini untuk
mengukuhkan akidah kita.
Jika Allah mengkehendaki sesuatu musibah itu berlaku ,maka ia akan berlaku dan begitulah sebaliknya.
Jika Allah mengkehendaki sesuatu nikmat itu berlaku, maka ia akan benar-benar berlaku dan begitulah sebaliknya. Pasti ada hikmah disebalik segala sesuatu itu berlaku.
Jika Allah mengkehendaki sesuatu musibah itu berlaku ,maka ia akan berlaku dan begitulah sebaliknya.
Jika Allah mengkehendaki sesuatu nikmat itu berlaku, maka ia akan benar-benar berlaku dan begitulah sebaliknya. Pasti ada hikmah disebalik segala sesuatu itu berlaku.
3 3. Bertenanglah.
Jangan terus menghukum diri. Jangan juga kita terus kelam kabut. Ketenangan
diri sangat penting. Sebagai contoh, apabila berlaku pertengkaran antara suami dan
isteri, percepatkanlah memohon bantuan terhadap petunjuk kepada Allah untuk
kebaikan bersama. Seperti yang telah tertulis didalam Al-Quran dalam surah ke-13
Ar-Ra’d ayat 28 ,
“(iaitu) orang-orang
yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah,
hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
4 4. Doa-
Perbanyakkan doa kita kepada Allah. Sebabnya, Allah rindu nak dengar doa kita
yang khusyuk kepada-Nya. Doa itu juga senjata bagi orang mukmin. Banyakkan pergantungan kita kepada
Allah kerana semua ujian ini berlaku atas kehendak-Nya. Oleh itu, jangan kita
lupa bahawa Allah jugalah adanya jalan penyelesaian pada setiap ujian.
5 5. Tafakkur
– Pilihlah satu masa untuk berfikir tentang apa kebaikan dan hikmah atas ujian
yang Allah berikan menimpa kepada diri kita. Sentiasa muhasabah diri kita untuk
mempertingkatkan pembangunan diri kita. Jangan lupa, sentiasa berfikiran
positif terhadap Allah.
Sentiasa muhasabah diri kita dengan mengatakan : “Aku
bukan orang sini, tapi aku pemegang transport akhirat.” Apabila kita merasakan
kita hanya sebentar di dunia , kita akan merasakan kesusahan dalam setiap ujian
itu akan hilang .
6 6. Sentiasa
mengambil iktibar daripada kisah-kisah sirah para nabi. Kita kena melihat sirah
junjungan Nabi Muhammad S.A.W sebelum dan selepas Islam diperkenalkan. Terlalu
banyak ujian yang ditanggung oleh para nabi untuk menyebarkan agama Allah.
Selain
itu, kita ambil iktibar dari kisah Nabi Ayob yang diberi kemewahan dan ditarik
kembali oleh Allah. Adakah nabi kita mengeluh dan terus meninggalkan ujian
Allah SWT? Sudah tentu TIDAK! Nabi kita terus menyahut ujian Allah atas satu tujuan
iaitu mendapat keredhaan Allah SWT.
“Dan
Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan , kelaparan, kekurangan
harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang
yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah , mereka berkata “
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun”(sesungguhnya kami milik Allah dan
kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat
dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” Al-Quran
surah kedua,Al baqarah ayat 155-157
Kesimpulan
Ingatlah! Semua ini adalah pinjaman
dari allah. Bermula kepada sekecil-kecil benda seperti kuman sehinggalah
sebesar-besar alam seperti planet matahari. Sekiranya kita melupakan Allah itu
merupakan ujian kita kepada Allah. Orang-orang yang ingat kepada Allah SWT pada setiap musibah yang menimpa, Allah akan
berikan kasih sayang kepadanya dan mereka ini ialah orang yang terpimpin dalam hidayah
Allah SWT.
Bila kita lihat orang yang ditimpa ujian, berdoalah supaya ujian itu tidak menimpa kepada diri kita. Sebarang ujian
itu datangnya dari Allah dan ia merupakan panggilan dari Allah. Bertuahlah
kepada sesiapa yang mendapat ujian-Nya kerana Allah nampak kita diantara jutaan
hambanya di dunia ini.
Norhazimah bt Zainal Abidin,
Naib Presiden PEMBINA,
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
Norhazimah bt Zainal Abidin,
Naib Presiden PEMBINA,
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.
0 komen:
Catat Ulasan