SURAU KOLEJ CANSELOR,4 MAR: ‘Apabila dua saudara
bertemu,rahmat Allah bersama dengan mereka’. Berkesempatan dengan itu,
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UPM telah menganjurkan Iftar Jamie
bagi mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dengan berpuasa sunat pada hari Isnin. Majlis
ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 40 orang
beliawanis dari pelbagai kolej di UPM.
Sebelum
azan Maghrib berkumandang, majlis di mulai dengan bacaan al-Mathurat beramai
–ramai. Setelah azan, peserta berbuka secara ringkas terlebih dahulu, bagi
menunaikan solat Maghrib berjemaah. Selesai solat, para peserta menjamu selera
dengan hidangan ala kampung yang sangat menyelerakan di dalam dulang dan makan
bersama-sama dengan suapan pertama diberikan kepada teman bersebelahan terlebih
dahulu.
Majlis
diteruskan lagi dengan sesi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Saudari
Norhamimah bt Ibrahim. Para peserta pada mulanya di arahkan untuk melukis
gambar hati dengan menunjukkan dimana
terletaknya Allah dalam hati masing –masing. Pelbagai respon dan penerangan
yang baik diterima dari peserta tentang
gambaran hati yang dilukiskan. Namun,kata Saudari Norhamimah, kita seharusnya
meletakkan Allah seratus peratus dalam hati kita, supaya tiada ruang bagi
perkara yang lain bertakhta dalam hati kita. Jika kita meletakkan Allah
sepenuhnya dalam hati,setiap perkara yang kita lakukan hanyalah semata
kerana Allah S.W.T . Bersesuaian dengan
tajuk tazkirah, Di hatiku ada DIA, peserta di ingatkan agar sentiasa mencari
cinta Allah agar hati mejadi tenang mencintai setiap perkara yang di sukai
Allah seperti berkunjung ke majlis ilmu, solat berjemaah di surau, menghidupkan
amalan sunat dan lain –lain.
Selepas
sesi tazkirah, para peserta sama- sama berjemaah menunaikan solat Isyak dan
membaca surah Al –Mulk sebelum bersurai. Majlis bersurai pada pukul 9.45 malam
dengan harapan dari para peserta agar dapat menyertai lagi majlis iftar ini di
masa akan datang.
0 komen:
Catat Ulasan