Tahukah anda perihal terbitan buku Dubook?Dubook lahir dalam dunia penerbitan buku sejak tahun 2010. Buku-buku keluaran Dubook kebanyakannya hasil tulisan anak-anak muda berkisarkan realiti kehidupan seharian, negara, politik, mahasiswa dan sebagainya. Sebagai contoh Aku Kafir Kau Siapa?, Masyarakat Melawan Mahasiswa, Benz Ali Antithesis, dan Alif Lam Lam Ha.

Sungguhpun buku-buku mereka laris di pasaran umpama “pisang goreng panas”, ketahuilah kebanyakan penulisan dalam terbitan Dubookbagai berfikir dan menulis tanpa batas di mana sering membawa idea gila-gila belia, isi kandungan yang tiada hala tuju, bersifat liberal (lihat: bebas berfikir), mengelirukan, atheism, menghina agama, menghina ulama dan yang lebih mengejutkan sehingga menghina Tuhan.

Tidak dinafikan ada buku-buku mereka yang boleh diterima akal, namun kebanyakannya membawa kesan negatif dan menggunakan bahasa yang kesat dan kasar. Kesan negatif yang dapat digariskan termasuklah anak muda lebih cepat memberontak, mudah terpengaruh dengan ideologi (lihat: pemikiran) yang merosakkan, berfikir secara emosional, hilang hormat pada pimpinan dan agamawan, dan menjadikan anak muda mudah meluahkan sesuatu samada melalui perkataan, penulisan, perbuatan atau tindakan secara melampau.

Pada 28 Mei 2015 jam 12.00 sehingga 2.00 petang akan diadakan Carbook Sale yang menampilkan buku-buku terbitan SFP, TM, Dubook dan lain-lain bertempat di Pintu Belakang UPM. Oleh itu,PEMBINA menegaskan buat semua mahasiswa dan golongan belia, tidak bermaksud anda tiada hak untuk membaca buku-buku terbitan Dubook, tetapi disarankan mahasiswa yang menjadikan bahan bacaan seperti ini sebagai koleksi bacaan dinasihatkan untuk mempunyai pegangan agama yang kuat berikutan penulisan jenis ini mudah mempengaruhi orang lain.Selidiki bahan bacaan terbaik untuk pembangunan potensi belia, dan menjadi pembaca yang bijak ketika memilih bahan bacaan supaya dapat memandu fikiran generasi muda atau mencari sumber bacaan yang dapat mengukuhkan pegangan agama.

Hal ini kerana, kita tidak mahu mahasiswa atau golongan belia di luar sana menyokong intipati hasil air tangan penulisan golongan liberal dan lain-lain, seterusnya mendokong agenda perjuangan mereka yang lari dengan syariat Islam. Andai kata berniat membeli buku-buku yang disebutkan di atas dengan tujuan memerhati, menganalisa dan diambil pengajaran, maka ia dibolehkan.

Wallahua’lam.

Nazatul Shima Binti Masri
Biro Aktivisme Mahasiswa
PEMBINA UPM








Dewan PJSD, Kolej Serumpun, UPM- Pada 2 Mei 2015 telah berlangsung Forum Selamatkan Akidah Ummah. Forum yang diadakan ini merupakan acara kemuncak bagi program Kempen Selamatkan Ummah dengan tema “Akidah Teguh Ummah Terperihara” yang dianjurkan oleh Persatuan Belia Islam Nasional, Universiti Putra Malaysia, PEMBINA UPM. Kempen yang dianjurkan ini berlangsung selama sebulan bermula pada 19 April sehingga 2 Mei.

Panel jemputan ialah Ustaz Syed Ahmad Israa Syed Ibrahim dan ditemani oleh  saudara Muhammad Nasaruddin selaku moderator bagi bersama-sama membincangkan topik yang bertajut Selamatkan Akidah Ummah.
Panel jemputan bersama moderator


“Liberalisme ini wujud sejak zaman kegelapan Eropah yang mencatatkan satu zaman di mana ketika itu manusia berada dalam keadaan gelap gelita tanpa sinar ilmu, jahiliyah. Barat berada di zaman kemuncaknya apabila golongan gereja dan penguasa menekan dan menindas rakyat Eropah pada ketika itu sehingga ia membentuk satu dorongan yang kuat untuk bebas dari cengkaman gereja dan cengkaman ekonomi yang lembab”, jelas Ustaz Syed Ahmad ketika ditanya mengenai asal usul kewujudan konsep liberalisme.

Ustaz Syed Ahmad juga menjelaskan bahawa liberalisme yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan oleh akal dan nafsu manusia melebihi wahyu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT iaitu berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

“Kita sebagai umat Islam harus meletakkan diri pada tempat yang sepatutnya dan kita harus tahu hak asasi yang dituntut dalam Islam adalah apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan kita seharusnya dapat membezakan hak asasi barat yang hanya berlandaskan kebebasan tanpa sebarang ikatan.” Terang Ustaz Syed Ahmad ketika ditanya mengenai sejauh mana hak asasi manusia ini diperjuangkan.

“Kebebasan yang diperjuangkan oleh barat hanya akan menjerumuskan kepada kehancuran semata-mata kerana ianya bersifat tanpa sempadan untuk bebas daripada undang-undang.” Tambah Ustaz Syed Ahmad.
Ustaz Syed Ahmad menegaskan bahawa aliran pemikiran liberalisme yang dicipta oleh Barat ini hanyalah untuk mengelirukan umat Islam mengenai ajaran fahaman Islam yang sebenarnya.

“Kita perlu membina kekuatan akidah serta kefahaman mengenai Islam dan harus fahami kalimah syahadah secara mendalam agar tidak mudah terpengaruh dengan konsep-konsep pemikiran yang dibawa oleh Barat.” Jelas Ustaz Syed Ahmad sebagai saranan atau langkah yang patut diambil oleh mahasiwa untuk mencegah diri daripada ancaman-ancaman yang membawa kepada keruntuhan akidah umat Islam.

Pada akhir forum ini, PEMBINA UPM telah menjemput kumpulan nasyid FETYA bagi melakukan persembahan nyanyian nasyid yang ditujukan khas buat mahasiswa mahasiswi UPM.

Wartawan Biro Media dan Promosi, PEMBINA UPM
Noor Khairina bt Mohd Said.




UPM, 29 APRIL 2015 - “Allah cintakan manusia yang bertakwa, tetapi Allah lebih mencintai PEMUDA yang bertakwa”, kata Saudara Ahmad Shukeri Azizan semasa program Usrah Umum di Surau Serumpun, UPM dengan tajuk Sinar Pemuda.

Saudara Ahmad Shukeri menerangkan antara sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang pemuda itu ialah beriman, tarbiyah, dakwah serta sabar. Antara ciri-ciri orang yang beriman pula ialah solatnya khusyuk, bergetar hatinya apabila mendengar laungan azan, serta beramal soleh. Kesemua ciri ini dapat diperolehi melalui tarbiyah. Namun, apa itu tarbiyah?

Tarbiyah merupakan proses tambah baik diri menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Lumrah manusia itu sukakan perkara yang baik. Tidak ada seorang pun yang ingin bergelumang dengan dosa buat selamanya, kerana jauh dilubuk hati kita pasti inginkan ketenangan dan ingin kembali pada lumrah manusia itu sendiri.

Tanya pada diri kita sendiri adakah kita sudah beransur-ansur berubah menjadi lebih baik? Adakah kita sudah menyediakan diri untuk menunaikan  tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi seperti yang dituntut oleh Pencipta kita? Jadilah manusia yang bermanfaat buat diri malah buat sekalian manusia yang lain juga.

“Sentiasa muhasabah diri yang mudah lupa ini dengan tujuan utama kita mengikuti tarbiyah. Jika kita ingin berubah, berubahlah dengan sebaiknya supaya mereka disekeliling kita juga mendapat manfaat hasil dari perubahan diri kita. Secara tidak langsung kita sudah punyai sifat pemuda yang seterusnya iaitu berdakwah dan jalan dakwah itu pastinya memerlukan kesabaran”, terang Saudara Ahmad Shukeri lagi yang juga merupakan penulis buku Bedtime Story Sentap.

Semoga kita senantiasa memperoleh hidayah-Nya. Sekali hidayah menyapa diri, sambutlah ia dengan rasa syukur, kerana jika kita menolaknya, belum tentu ia akan menyapa kembali.

Program usrah umum tersebut yang merupakan salah satu slot program Kempen Selamatkan Ummah(KSU) anjuran PEMBINA UPM mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar UPM yang menjadi harapan kepada Sinar Pemuda.

Galeri:

Saudara Ahmad Shukeri menerangkan peranan pemuda


Muslimat khusyuk mendengar dan memahami apa yang disampaikan



Sebahagian yang mendaftar sebagai ahli baru PEMBINA UPM


Wakil PEMBINA UPM menyampaikan cenderahati kepada Saudara Ahmad Shukeri


Oleh:
Saudari NorAziah,
Wartawan PEMBINA UPM.

LIBERALISME

DEFINISI
Liberalisme adalah pandangan terbuka, bebas atau tidak terkongkong,condong kepada kebebasan  dan pemerintahan demokratik.

SEJARAH

1) 1215M- Raja John di Inggeris mengeluarkan Magna Charta,dokumen yang mencatat beberapa hak yang diberikan oleh raja kepada bangsawan bawahan.

2) 1688M - berlaku revolusi tak berdarah, The Glorious Revolution of 1688. Revolusi ini berhasil menurunkan Raja James II dari England dan Ireland,James VII dari Scotland serta mengangkat William II dan  Mary II sebagai raja.

3) 1689M - perlimen Inggeris menyetujui sebuah undang-undang hak rakyat (Bill of Right) yang memuat penghapusan beberapa kekuasan raja dan jaminan terhadap hak-hak dasar dan kebebasan masyarakat Inggeris

4) John Locke, mengajarkan bahawa setiap orang terlahir dengan hak-hak -dasar(natural right) yang tidak boleh dirampas.Two Treatises of Government(1690), menyatakan, pemerintah memiliki tugas utama untuk menjamin hak-hak dasar tersebut,dan jika ia tidak menjaga hak-hak dasar itu, rakyat memiliki hak untuk melakukan revolusi.

5) 1918M- Negara Eropah menerapkan prinsip pemerintahan demokrasi.Hak kaum perempuan untuk menyampaikan pendapat dan aspirasi di dalam pemerintahan diberikan.

6)1941M- Presiden Franklin D, Roosevelt mendeklarasikan 4 kebebasan, freedom of speech, freedom of religion, freedom from want dan freedom from fear.

7) 1948M-PBB mengeluarkan Universal Declaration of Human Rights.

8) 1789M-Revolusi Perancis, kebebasan mutlak dalam pemikiran, agama, etika, kepercayaan, berbicara, pers dan politik sudah dicanangkan.Prinsip Revolusi Perancis dianggap sebagai Magna Charta liberalisme.

9) Konsekuensinya, penghapusan Hak-Hak Tuhan dan segala otoritas yang diperoleh dari Tuhan, penyingkiran agama dari kehidupan publik dan menjadikannya bersifat individual.Agama Kristian dan Gereja harus dihindarkan agar tidak menjadi lembaga hukum ataupun sosial.

SEJARAH ISLAM LIBERAL

1) Kemunculan golongan Muktazilah yang menekankan fahaman rasionalisme Islam dalam kehidupan beragama.

2) Golongan Islam Liberal bergerak dari kelompok orientalis.

3) Abad ke-18 Masihi, pemikiran liberal muncul semula akibat terpengaruh dengan gerakan Liberalisme di Barat pada zaman Renaissance pada abad 16 – 17 Masihi.

4) Abad ke -20, Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh merupakan  cediakawan Islam yang menjadikan umat Islam maju dalam bidang sains dan teknologi yang berasaskan filsafat Barat.

5) 1988M- perkataan ‘Islam Liberal’ mula dikenali, dipromosikan oleh Leonard Binder dalam karyanya ‘Islamic Liberalism : A Critique of Development Ideologies’ dan ‘Liberal Islam: A Source-book’(Charles Kurzam).

6) Pewujudan Islam Liberal adalah hasil pertembungan Islam Radikal dan Islam Taqlidi.

CIRI-CIRI LIBERALISM

1) Mempermainkan ayat-ayat ahkam iaitu ayat-ayat yang sudah jelas hukumnya, diganti dan disesuaikan dengan kemodenan dengan melakukan pendekatan pentafsiran mereka.

2) Berupaya melakukan kesamaran dalam kesucian Al-Quran sehingga menjadi sebuah karya manusia yang boleh dikaji dan dibahas tanpa batas dan kaedah.

3) Berupaya untuk menghilangkan autoriti atau hak para ulama’ terdahulu.


TOKOH / ORGANISAI PEJUANG LIBERALISM

1) Cheryl Benard
2) Benard Lewis
3) Richard Nixon
4) Islamic Renaissance Front(IRF)
5) Sister In Islam (SIS)
6) SUARAM
7) Malaysiakini
8) John Locke
9) Rousseau
10) Adam Smith
11) J.S Mill
12) Jamaluddin Al-Afghani
13) Syeikh Muhammad Abduh

ISU YANG DIPERTIKAI

1) Hak-hak wanita – isu poligami
2) Isu tudung
3) Persamaan hak lelaki dan wanita : Rumahtangga
4) Persamaan hak lelaki dan wanita : Pekerjaan
5) Pluralisme, hak tuntuan dari IFC
6) Isu kalimah Allah
7) Hak LGBT

UNIT KAJIAN MINI.
BIRO AKTIVISME PEMBINA UPM 2015.


  

                                                               HEDONISME


    Hedonisme (daripada perkataan bahasa Greek: ἡδονισμός hēdonismos: kemeriahan, daripada ἡδονή  hēdonē: keseronokan) adalah fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam  hidup. Hedonisme merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan  tujuan hidup dan tindakan manusia

       Hedonisme berasal dari perkataan Greek dan telah wujud sebelum Masihi lagi. Ia membawa maksud ‘kesenangan’ atau dalam erta kata lain, menjadikan kesenangan dunia untuk beroleh ketenangan rohani. Ia adalah pola pemikiran yang menjadikan hiburan sebagai jalan untuk bebas dari permasalahan dan tekanan batas kehidupan yang dianggap rumit.


  Hedonisme menurut pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Manakala Drs Sudarsono dalam bukunya ‘Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja’ terbitan Bina Aksara pula mengatakan Hedonisme merupakan sebagai doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. 

      Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangkan kelazatan atau nikmat. Dalam Erti kata lain mereka beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir hidup.

    Prinsip hedonisme

Individu yang berpegang kepada falsafah hedonisme adalah bersifat materialistik atau kebendaan. Golongan ini beranggapan bahawa kesenangan atau kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir hidup. Oleh itu, mereka memilih kebahagiaan sebagai langkah untuk mencapai kesenangan. Mereka juga berpendapat bahawa tindakan yang baik adalah untuk kenikmatan dan kepuasan diri.

John David Garcia dalam bukunya “The Moral Society” menjelaskan bahawa dalam budaya hedonisme pleasure dan happiness atau dalam erti kata lain iaitu kesenangan dan keseronokkan diberi nilai yang paling tinggi. Oleh demikian, golongan hedosnime akan berusaha sedaya upaya mereka untuk memaksimakan prinsip kesenangan dan keseronokkan itu bagi mengatasi segala yang lain.

Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.


UNIT KAJIAN MINI
BIRO AKTIVISME PEMBINA UPM