Ahad, 19 Januari 2012 - Berlangsungnya satu jamuan awal anjuran PEMBINA UPM (ikhwah) bertempat di Bukit Ekspo UPM pada pukul jam 5.30 petang.  Jamuan ini ialah bagi menyambut kepulangan semula ahli-ahli Pembina UPM ke UPM untuk sesi pembelajaran semester 2 2011/12. Juga sesi untuk berkenal-kenalan sesama ahli.

Jamuan tersebut dihadiri hampir 32 orang pelajar dari pelbagai latar belakang iaitu dari pelajar asasi sains pertanian, tahun pertama, kedua, dan tahun akhir serta pelajar Master dan alumni.

Jamuan bermula dengan sesi ta'ruf dengan setiap ahli memperkenalkan diri masing-masing.

  Sesi ta'aruf oleh ahli Pembina UPM yang hadir.


Ia  berlangsung dengan jayanya. Setiap ahli berkenal-kenalan sesama mereka sambil menjamu makanan demi merapatkan lagi hubungan ukhwah yang akan datang ini.



 Hidangan makanan dan minuman untuk jamuan.


Sebelum sesi fotografi bersama, sedikit ucapan diberikan oleh presiden Pembina UPM iaitu saudara  Syed Zahiruddin Syed Hashim. Beliau mengalukan kedatangan semester 2 ini dan berharap Pembina UPM terus kekal maju di UPM dan mendapat tempat di hati setiap pelajar UPM dalam menyampaikan dakwah berkesan. Ucapan kemudiannya disusuli pula oleh pula timbalan presiden iaitu saudara Nizam dengan beberapa ucapan aluan dan sedikit penerangan mengenai aktiviti-aktiviti Pembina UPM yang akan datang pada semester baru ini.


Sesi fotografi bersama untuk permulaan sesi semester 2 2011/12



Para ahli bersalaman sebelum berangkat pulang ke 
kolej masing-masing dalam bentuk bulatan gembira.

Dengan ini bermulalah semester 2 2011/12 untuk UPM dan warganya. Selamat kembali ke UPM dan teruskan usaha dalam menyampaikan dakwah.