HEDONISME

                                                               HEDONISME


    Hedonisme (daripada perkataan bahasa Greek: ἡδονισμός hēdonismos: kemeriahan, daripada ἡδονή  hēdonē: keseronokan) adalah fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam  hidup. Hedonisme merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan  tujuan hidup dan tindakan manusia

       Hedonisme berasal dari perkataan Greek dan telah wujud sebelum Masihi lagi. Ia membawa maksud ‘kesenangan’ atau dalam erta kata lain, menjadikan kesenangan dunia untuk beroleh ketenangan rohani. Ia adalah pola pemikiran yang menjadikan hiburan sebagai jalan untuk bebas dari permasalahan dan tekanan batas kehidupan yang dianggap rumit.


  Hedonisme menurut pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Manakala Drs Sudarsono dalam bukunya ‘Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja’ terbitan Bina Aksara pula mengatakan Hedonisme merupakan sebagai doktrin yang memandang kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. 

      Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangkan kelazatan atau nikmat. Dalam Erti kata lain mereka beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir hidup.

    Prinsip hedonisme

Individu yang berpegang kepada falsafah hedonisme adalah bersifat materialistik atau kebendaan. Golongan ini beranggapan bahawa kesenangan atau kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir hidup. Oleh itu, mereka memilih kebahagiaan sebagai langkah untuk mencapai kesenangan. Mereka juga berpendapat bahawa tindakan yang baik adalah untuk kenikmatan dan kepuasan diri.

John David Garcia dalam bukunya “The Moral Society” menjelaskan bahawa dalam budaya hedonisme pleasure dan happiness atau dalam erti kata lain iaitu kesenangan dan keseronokkan diberi nilai yang paling tinggi. Oleh demikian, golongan hedosnime akan berusaha sedaya upaya mereka untuk memaksimakan prinsip kesenangan dan keseronokkan itu bagi mengatasi segala yang lain.

Golongan hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap keseronokkan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.


UNIT KAJIAN MINI
BIRO AKTIVISME PEMBINA UPM


0 komen:

Catat Ulasan