ALEPPO HAS FALLEN! Tindakan rejim Basyar Assad dan sekutunya yang menjatuhkan, mengorbankan dan terus melumpuhkan umat Islam Aleppo, Syria pada tanggal 13 Rabiul Awal 1438 Hijrah merupakan tindakan kurang ajar dan sesungguhnya tidak berperikemanusiaan. Mana tidaknya, berita itu dikejutkan iaitu sehari selepas 12 Rabiul Awal tarikh keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W.
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menyahut seruan Aman Palestin (Non-Profit Organisation) dengan mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Basyar Assad tersebut. Oleh itu, PEMBINA juga meyahut seruan Aman Palestin kepada semua mahasiswa untuk menukar profile picture Aleppo di semua medium sosial seperti whatsapp, telegram, facebook dan lain-lain. Selain itu, mahasiswa tidak ketinggalan untuk turut serta menyatakan solidariti dengan menyertai Himpunan Solidariti Selamatkan Aleppo. 

Berikut maklumat lanjut;
HIMPUNAN SOLIDARITI SELAMATKAN ALEPPO
Tarikh    : 16 Disember 2016 (Jumaat)
Masa     : 2.30 petang
Tempat : Depan Kedutaan Russia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Bagi yang tidak dapat hadir ke himpunan ini, teruskan berdoa untuk pembelaan saudara Islam kita di sana. Mahasiswa digalakkan untuk membuat sumbangan ke tabung Aman Palestin (rujuk laman sesawang dan Facebook page Aman Palestin).


لا تزالُ طائفةٌ من أمَّتي يقاتلونَ على الحقِّ ، ظاهرينَ إلى يومِ القيامةِ
“Akan sentiasa ada suatu kelompok dari umatku yang berperang di atas kebenaran dalam keadaan menang sehingga Hari Kiamat” [ HR Muslim ]

#AleppoHasFallen
#SelamatkanAleppo
#AmanPalestin
#PEMBINAUPM

Nazatul Shima Masri
Ketua Beliawanis
PEMBINA UPM








UPM, 28 Okt-  Pada ahad lalu  bersamaan 23 Oktober 2016 telah berlangsungnya sebuah Bengkel Asas Adobe Photoshop dan Penulisan bertempat  di  Makmal  Siber,  Fakulti  Sains  Komputer  dan  Maklumat, Universiti  Putra Malaysia. Bengkel ini merupakan salah satu aktiviti anjuran Biro Media PEMBINA UPM. Bengkel  ini  terbahagi  kepada  dua  slot,  iaitu  Bengkel  Penulisan  pada  slot  pertama  (9 pagi-12 tengahari)  yang  telah  dikendalikan  oleh  saudari  Nur  Fitrah  Binti  Abdullah  dan   Bengkel  Photoshop  pada   slot  kedua (12tengahari-4 petang)  pula  telah  dikendalikan  oleh  saudari  Siti  Sarah  Aliah  binti  Mohd  Najib.  Bengkel  ini  telah  melibatkan  seramai  hampir  30  orang  peserta  yang  terdiri  daripada  mahasiswa  Universiti  Putra  Malaysia( UPM) serta  pelajar  universiti  lain  seperti  pelajar  Universiti  Teknologi  Malaysia (UNITEN).

Sepanjang  Bengkel  Penulisan  dan  Photoshop  ini  berlangsung, para  peserta  telah  didedahkan  dengan cara-  cara  untuk  menulis  artikel,  dan   berita   serta  penggunaan  aplikasi  Adobe Photoshop  dengan  teknik yang  tepat , cepat , mudah  serta  dapat  memberikan  kesan  kepada   pembaca  dan   para  peserta  juga  kelihatan  sangat  gembira  dan  bersemangat  sepanjang  bengkel  ini.  Pada  akhir  slot  yang  pertama  iaitu  Bengkel  Penulisan,  saudara  Mohammad  Syazwan  bin  Azmi peserta  daripada  UPM,  telah  dinobatkan  sebagai  pemenang  setelah  mendapat  undian yang  paling  ramai  pada  ketika  itu. Manakala  bagi  slot  yang  kedua  iaitu  Bengkel  Photoshop  pula  poster yang  bertemakan   ‘firman  Allah  dan  hadith ’  hasil  kreativiti     saudara  Muhammad  Ikhram  bin  Supiyan  peserta  daripada  UNITEN, telah  dipilih  sebagai  pemenang.


Di samping  itu,  sepanjang  bengkel  ini  berlangsung  juga,  saudara  Amirul  Idzham bin  Ramdzan  selaku  pengacara  majlis  bagi  bengkel  tersebut  telah  menekankan  sedikit  sebanyak  tentang  penggunaan  media  seperti  media  cetak  dan  sebagainya  dalam  membantu  pembangunan  ummah  terutamanya  dari  segi penulisan  dan  penghasilan  poster . Melalui  temubual  yang dijalankan  ke atas  beberapa  orang  peserta,  mereka  kebanyakannya  baru  pertama kali  menyertai  bengkel seumpama  ini.  Mereka  merasakan  bahawa  bengkel  seperti  ini  perlu  diteruskan  pada  masa  akan  datang kerana    para  peserta   bukan  sahaja akan  dapat  menambahkan   ilmu  pengetahuan  mereka   tentang  penulisan  dan  photoshop,  bahkan  para  peserta  juga  akan   dapat  saling  berkenalan  antara  satu  sama  lain  dan  merapatkan  lagi ukhwah  antara  peserta   dan  juga  antara  peserta  dengan    ahli  jawatankuasa  PEMBINA  yang  terlibat . 


Disediakan oleh,

Saleha binti Mohamad
Wartawan
Biro  Media  PEMBINA UPM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tahniah dan selamat datang  diucapakan kepada bakal mahasiwa-mahasiswi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan mendaftar pada 31 Ogos 2016. Universiti ini merupakan sebuah kampus hijau yang cukup indah berada di bandar Serdang terdiri dari 17 fakulti dan 17 kolej kediaman disediakan untuk pelajar yang menuntut di sini.

Perjalanan sebuah kehidupan seorang mahasiswa kini akan bermula. Fikiran sentiasa penuh dengan tanda tanya membuatkan setiap detik debaran menjadikan kalian selalu ingin mencari jawapannya. Kehidupan di sebuah universiti merupakan satu titik permulaan untuk mencari gali siapa diri anda yang sebenar. Selain daripada akademik di sinilah anda akan belajar banyak tentang selok-belok sebuah kehidupan. Hidup bukan sekadar hidup tetapi bagaimana anda hidup untuk hari esok (survival life).

Sekiranya dulu anda datang daripada asasi, STPM dan matrikulasi, pasti kehidupan ketika itu penuh dengan muka yang serabut dan stress memikirkan tentang pointer, pointer dan pointer. Itu tidak termasuk ujian dan kuiz setiap hari lagi. Tetapi kini situasi di sebuah universiti sudah berbeza. Anda sebagai perintis arus perubahan anda sendiri. Di universiti, anda tidak boleh menumpukan akademik semata-mata, tetapi keperluan lain seperti soft skills sangat dititik beratkan. Soft skills merupakan kemahiran lain selain daripada kecemerlangan akademik seperti kemahiran komunikasi, pembelajaran sepanjang hayat, kemahiran kepimpinan, keusahawanan dan sebagainya. Jika dulu anda belajar bermati-matian untuk mendapat dan mengekalkan pointer yang bagus bertujuan untuk melayakkan anda mendapat tempat di universiti.

Kini, anda berada di universiti untuk melayakkan anda mendapat sebuah pekerjaan setelah tamat belajar. Anda perlu tahu, dunia pekerjaan sangat berbeza kerana dunia ini tidak terlalu memfokuskan kepada akademik kerana seorang pekerja yang baik dan cemerlang lahir daripada seseorang yang mempunyai soft skills yang tinggi. Sekiranya anda hanya mengejar pointer 4.0 berbanding dengan rakan anda yang tidak mengejar pointer 4.0 cukup sekadar mengekalkan pointer 3.75 tetapi bergiat aktif dalam beraktiviti untuk mengasah soft skills yang ada. Sudah pasti sebagai majikan, akan memilih rakan anda tersebut untuk berada di posisi organisasi syarikat.

Disebabkan hal inilah, Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia sekarang ini telah menubuhkaan icgpa yang merupakan platform sistem yang baru dalam membaharui dan meningkatkan mutu kecemerlangan pelajar di peringkat antarabangsa. Melalui icgpa ini, pihak universiti tidak lagi hanya memandang kelayakan akademik sahaja tetapi memasukkan sekali elemen soft skills di dalamnya. Artinya : ”Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat, maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa menghendaki keduanya maka wajib baginya memiliki ilmu”. (HR. Tarmadzi). 

Nasihat kepada anda supaya tidak terlalu terkurung seorang diri di dalam bilik, makan, bangun, pergi kelas, layan lagu, layan drama filem. Tolong jangan jadi katak di bawah tempurung, keluar dan terbang ke mana sahaja anda hendak pergi selagi anda tahu had anda berada di garis mana. Tidak rugi untuk sertai apa-apa aktiviti, tambahan aktiviti sukarelawan. Contohnya, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), di mana persatuan ini merupakan satu-satunya persatuan yang menawarkan aktiviti mengikut pakej seperti pakej kepimpinan, pakerj rekreasi, pakej tarbiah, pakej bakti dan pakej media. Pelajar boleh memilih mana-mana pakej yang mereka minat untuk sertainya. Antara mahu atau tidak sahaja.

Percayalah kehidupan di universiti lagi bermakna dan indah sekiranya anda semakin aktif beraktiviti di universiti dan dalam masa yang sama mengekalkan kecemerlangan pointer. Ada cara dan ada tips untuk menjadi hebat seperti itu, nanti belajar dengan senior yang sudah menjadi sifu. Minta tips dengan mereka yang sudah berjaya. Anda belajar ilmu tetapi ilmu itu bukan hanya dicapai di dalam bilik kuliah sahaja, ilmu itu bersifat syumul iaitu menyeluruh dari segala segi aspek kehidupan. ‘Selalu minta untuk ditunjuk ajar dan jangan malu untuk bertanya, berbuat silap itu biasa kerana kita memang seorang pelajar yang sedang dalam proses untuk belajar’.


Kini lebih 40,000 (pada tahun2015) mahasiswa seluruh Malaysia menyertai PEMBINA.

Wan Norkhalida Binti Wan Razali
Ketua 2 Biro Aktivisme dan Kepimpinan 2016/2017
PEMBINA UPM

(Facebook: Cikgu Eda)