TIADA YANG MUSTAHIL DALAM HIDUP







Alkisah suatu hari ada seorang hamba Allah bertanyakan soalan berkaitan apa yang perlu dilakukan jika seseorang itu aktif dalam sukan sewaktu di matrik kerana hal ini terjadi kepada adiknya sendiri. Kebetulan hamba Allah tersebut tiada pengalaman belajar di matrikulasi. Untuk membantu adiknya yang berada dalam kesulitan, maka seorang ahli PEMBINA UPM mewarkahkan sedikit perkongsian daripada pengalaman beliau yang sibuk dengan kuliah, dan dalam masa yang sama aktif bersukan sewaktu di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) sesi 2013/2014. Ikuti kisah beliau.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya. Saya sudah merasai semua apa yang adik hamba Allah tersebut lalui memandangkan saya bekas pelajar Kolej Matrikulasi Labuan. Sebagai pelajar matrikulasi semua maklum, Matrik Labuan sememangnya popular dengan sukannya. Semasa first time masuk, saya try pergi ujibakat pemilihan tenis untuk Karnival Kokurikul Matrikulasi (KAKOM)

Akhirnya saya diterima sebagai salah seorang pemain memandangkan saya sudah ada pengalaman mewakili sekolah dahulu. KAKOM ni memang ramai nak masuk bagi orang yang berminat sukan sebab 10 markah kokurikulum pasti sudah berada dalam tangan. Dari situ, bermula kehidupan saya yang penuh dengan kesibukan.

Setiap hari saya bermula pukul 7 pagi dan habis pukul 4 petang. Jadual saya agak padat memandangkan saya student PST Modul 1, Program Satu Tahun jurusan Bio Fizik (Sains Tulen). Training saya akan bermula pukul 4.15 petang pada setiap hari dan saya mesti bergegas selepas habis kelas untuk solat Asar dan turun ke court . Court terletak agak jauh dari asrama saya sebab court semua dikelilingi asrama lelaki. Jadi saya mesti cepat. 

Training saya agak lama dan hanya akan stop apabila tinggal beberapa minit lagi azan Maghrib berkumandang atau senang kata bila dah azan Maghrib.. Semasa bulan Ramadhan training saya berjalan seperti biasa. Tapi yang specialnya, akan stop pukul 6 lebih sikit itupun biasanya masa dalam perjalanan balik tu dah azan Maghrib..

Selepas training saya akan mandi cepat-cepat, bersiap cepat-cepat sebab saya nak turun ke surau. Saya nak solat jemaah, nak dengar ceramah-ceramah dan tazkirah-tazkirah sebab di situ sahaja jalan yang ada untuk santapan rohani saya sepanjang kesibukan saya dengan urusan duniawi. 

Sebelum balik, kami akan membaca Surah Al-Mulk bersama-sama. Tetapi kebiasaannya saya ada meeting AJK surau. Kesibukan amat dirasai untuk membantu  dalam event-event surau. Pelbagai aktiviti perlu dihandle. Jadinya, saya selalu balik dalam pukul 10 ke 11 malam. Setiap Jumaat malam saya akan kendalikan usrah sebab saya salah seorang naqibah.

Kemudian saya perlu cari masa untuk buat program mentor mentee Fizik yang mesti dibuat sekurang-kurangnya 2 ke 3 jam seminggu. Setiap minggu semua mentor Fizik diwajibkan hadir untuk kuliah Fizik. Program Mentor mentee anjuran Panitia Fizik ini untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek Fizik. 

Saya selaku mentor Fizik berasa bertanggungjawab untuk membantu rakan-rakan kerana kejayaan bukan hanya untuk kita seorang, tetapi kejayaan itu perlu diraih bersama-sama. Tambahan pula, saya perlu cari masa senggang untuk berjumpa dengan meentee saya untuk berbincang mengenai hal pelajaran. Walaupun penat, saya tetap gembira dapat membantu rakan-rakan saya.

Di samping menjadi mentor, saya berpengalaman berkhidmat sebagai ketua kelas tutorial dan juga memegang jawatan sebagai setiausaha bagi Jawatankuasa Ketua Mentee (JAKTEE).

Pendek kata, terlalu sibuk kerana banyak perkara perlu diurus sehingga saya tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan-tugasan tutorial saya. Setiap kali masuk ke dewan kuliah, saya sering tertidur akibat kepenatan seterusnya menyebabkan saya tidak fokus  dan ketinggalan sangat bnyak topik. Oleh sebab itu, saya curi masa rehat saya untuk menyiapkan semua tutorial sementara menunggu kelas seterusnya. Masa itu juga saya meminta tunjuk  ajar seorang rakan non-muslim yang paling bijak dalam praktikum saya. Saya bersyukur kerana dikurniakan kawan-kawan yang memahami situasi saya, membantu saya menyiapkan tutorial dan menerangkan apa yang saya tidak fahami.

Terlalu banyak dugaan yang saya lalui sepanjang semester pertama. Tidak pernah saya lalui Ujian sehebat itu. Itulah pengalam paling berharga. Apabila saya terlalu penat selepas training dan tidak berupaya untuk ke surau, saya akan solat di bilik. Tapi agak tidak selesa sebab roomate saya ada 2 orang non-muslim. 

Di Matrik Labuan, kami mesti tinggal bersama 2 orang muslim dan 2 orang non-muslim dalam 1 bilik. Jika dapat semua muslim dalam satu bilik, memang bersyukur sangat. Roomate  saya selalu pasang lagu agama mereka dengan nada yang kuat sampaikan saya sudah hafal lirik-lirik lagu church itu. Saya nak marah tak boleh sebab saya tak nak mereka pandang rendah kat agama Islam. 

Mereka juga selalu bertanya kepada saya mengenai Islam sebab mereka tahu saya bekas pelajar sekolah agama. Mereka selalu bertanya kenapa muslim kena berpakaian begitu? Yang lain banyak je tak macam kau? Kenapa dalam Islam mesti ada begini, begitu? Dalam agama kami begini, begitu la.

 Masa itu, hanya Allah saja yang tahu apa yang saya rasakan. Hebatnya ujian yang Allah beri pada saya sepanjang saya di situ. Paling hebat lagi, seorang roomate non-muslim saya telah merenjis-renjis holy water pada katil saya, tingkap, meja study.. Allah...sabarnya saya.

Masa tu, ada pergaduhan antara agama. Mereka tahu saya budak surau dan saya selalu balik lewat semata-mata meeting untuk masalah ini. Saya yakin jika kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita bila berada dalam kesusahan.

Tiap kali saya duduk bilik saya, saya selalu mendapat gangguan. Terasa panas sangat. Tetapi alhamdulillah saya laluinya dengan tabah. Saya percaya Allah tidak akan menguji hambaNYA melampaui had batas kemampuan hambaNYA itu. Di situ saya dapat pengalam yang tak pernah saya lalui waktu sekolah dahulu.

Ujian Pertengahan Semester (UPS) saya dikira teruk sangat. Masa itu, saya sangat kecewa. Sedih rasa nak putus asa semua ada. Tetapi kawan-kawan di surau, ustaz, ustazah selalu beri semangat yang saya mampu lakukannya. Saya pergi kelas-kelas tambahan setiap hujung minggu atau malam yang dibuat oleh lecturer yang volunteer untuk tolong kami. 

Masa itu, dalam susah payah nak kejar semula semua yang saya ketinggalan, saya gembira dan bersyukur kerana berkat usaha saya selama saya training membuahkan hasil yang membanggakan. Pasukan tenis kami merangkul 3 emas dan 1 perak. Tidak sia-sia usaha kami.

Akhirnya PSPM 1 menjelma. Saya takut especially dengan Maths.. Maths paper 1 saya boleh jawab dengan baik sebab saya sudah kuasai bab 1 sampai 5. Tetapi Maths paper 2 saya tak dapat jawab sebab kebanyakan soalan sebab di bahagian inilah yang saya banyak sangat ketinggalan. 

Ketika itu, saya pasrah sangat. Tak tahu nak dikatakan bagaimana. Masuk semester 2, sewaktu keputusan PSPM 1 diumumkan.. saya takut. Saya call mak saya dan cakap kepada dia, “Mak, saya dah buat sebaik mungkin dan termampu saya lakukan.” Saya tak nak hampakan mak ayah. Saya target 2.5 je ni. Masa ini, saya sangat bertawakal dan berdoa kepada Allah.

 Saya serahkan semuanya semuanya pada Allah sebab saya dah berusaha sebaik mungkin. Saya gagahkan diri untuk pergi ke dewan dan ambil result saya. Tidak disangka-sangka.. Alhamdulillah saya dapat 3.4.. Walaupun tidaklah sehebat orang lain yang dapat 3.7 ke..4 rata ke.

 Saya bersyukur sangat sebab ianya di luar jangkaan. Selepas itu, semester 2 saya lalui dengan aktiviti yang sama. Bermain tenis adalah sukan yang amat saya minati. Salaupun sibuk, saya tetap akan luangkan masa untuk bermain bersama kawan. Result PSPM 2 saya meningkat.. 

Alhamdulillah, ianya membantu meningkatkan pointer keseluruhan saya. Kini, saya sudah berjaya melanjutkan pengajian di UPM.
p/s:sy harap kpd adik2 yg ada masalah yang sama..cuba la atur masa anda..saya ceritakan ini berdasarkn pengalaman saya..saya share pengalaman saya sebagai panduan kepada mereka yang memerlukan..

Sekian..

 -Hamba Allah-

Apa yang penulis dapat rumuskan ialah, seseorang yang ingin berjaya perlu ada 1001 usaha ke arah matlamat yang ingin dicapai. Peribahasa ada mengatakan, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Tambahan, perlu kita sedari setiap ujian yang Allah berikan tidak akan melebihi kemampuan seseorang hambaNYA sebagaimana yang disebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 256.


Ahli PEMBINA yang berkongsi kisah dan pengalaman itu tadi ialah saudari Siti Nur Hanis Surratin, ahli PEMBINA UPM pelajar Bacelor Bio Fizik tahun satu kemasukan 2014/2015.

0 komen:

Catat Ulasan