JEREBU DATANG LAGI



Malaysa diserang jerebu sekali lagi pada awal Oktober 2014 sedang umat Islam di Malaysia sibuk meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha 1435H. 6 kawasan yang dikenalpasti yang mempunyai bacaan TIDAK SIHAT ialah

1.Wilayah Persekutuan Putrajaya- 107*
2.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur- 105*
3.Pelabuhan Kelang, Selangor- 119*
4.Banting, Selangor- 102*
5.Seremban, Negeri Sembilan- 110*
6.Nilai, Negeri Sembilan- 127*

Petunjuk di bawah menunjukkan indeks pencemaran udara (air pollution index) dari tahap BAIK sehinggalah dikategorikan BERBAHAYA:


0-50
Baik/ Good

51-100
Sederhana/ Moderate

100-200
Tidak Sihat/ Unhealthy

200-300
Sangat Tidak Sihat/ Very Unhealthy

>300
Berbahaya/ Hazardous


Nota:
*
Habuk Halus/ Particulate Matter (PM10)
c
Ozon/ Ozone (O3)
a
Sulfur Dioksida/ Sulphur Dioxide (SO2)
d
Karbon Monoksida/ Carbon Monoxide (CO)
b
Nitrogen Dioksida/ Nitrogen Dioxide (NO2)
&
Lebih daripada satu pencemar/ More than one pollutant
                              
Kajian sekali lagi mendapati bahawa punca gejala jerebu yang merebak ke kawasan ‘panas’ Malaysia ialah disebabkan kebakaran yang berlaku di negara jiran kita di bahagian Kepulauan Sumatera, Indonesia. 

Tambahan, jerebu kali ini berpunca daripada Angin Monsun Timur Laut yang berlaku sepanjang November hingga Mac. Hal ini juga berlaku disebabkan pertukaran angin monsun, iaitu daripada Angin Monsun Barat Daya kepada Angin Monsun Timur Laut. Maka, angin yang bergerak dari sebelah Barat Malaysia (Indonesia) akan bergerak menghala ke Timur (Malaysia). Buktinya, bahagian Timur global, negara Jepun mengalami angin kencang Typhoon ketika ini.

Oleh yang demikian, jerebu ini akan memperlihatkan simptom-simptomnya, antaranya langit menjadi putih dan kelam, suhu persekitaran menjadi panas atau bahang, serta  jarak penglihatan menjadi pendek. Lazimnya, orang ramai akan mula menghidap atau diserang sakit tekak, selesema, batuk, seterusnya demam.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar meminimakan aktiviti luar. Jika dikehendaki untuk melakukan kerja-kerja di luar, disarankan supaya:

1.memakai penutup muka dan mulut.
2.minum air kosong lebih banyak daripada hari-hari biasa.
3.elakkan daripada merokok, minum kopi atau alkohol.
4.mengenalpasti kawasan yang berisiko tinggi untuk melaksanakan sesuatu aktiviti.
5.memastikan diri sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat.
6.segera mendapatkan rawatan doktor jika mendapati menghidap simptom penyakit yang disebutkan tadi
.
Kesimpulannya,
mengetahui isu persekitaran itu penting,
menjaga kesihatan itu utama.

Sesungguhnya,  kita dituntut dalam Islam untuk menjaga hak diri kita. Jaga kebersihan diri. Kesihatan mengimunkan badan yang sihat dan kuat yang akan membuahkan otak yang cerdas. Bukankah muslim yang kuat itu lebih disukai Allah? Lagipun, Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Sedarilah bahawa manusia yang menghias Bumi ini. Maka hiasilah dengan kecantikan yang seeloknya.

Sumber:
1.Department of Environment (DOE) Malaysia
2.Ministry of Health (MOH) Malaysia
3.Jabatan Meteorologi Malaysia

NAZATUL SHIMA MASRI
BACELOR PENGURUSAN ALAM SEKITAR
TAHUN DUA
PEMBINA UPM

0 komen:

Catat Ulasan