Iftar Jamie- Lambaian Cinta Syurga



Surau Kolej Canselor(UPM),18 Mar: ‘Lambaian Cinta Syurga’ sebagai tema bagi Iftar Jamie pada kali ini berjaya menarik minat ramai beliawanis UPM untuk sama- sama berbuka puasa bagi mereka yang berpuasa sunat pada hari isnin. Dengan kehadiran seramai lebih 20 orang peserta, objektif majlis iaitu untuk merapatkan ukhwah sesama saudara dan menghidupkan sunah Rasulullah S.A.W dapat di capai dengan kerjasama yang baik antara peserta.

 “Tujuan kita diciptakan di dunia adalah sebagai khalifah di muka bumi dan untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Dua syarat yang cukup ringkas bagi menerangkan maksud ibadah iaitu tiap perkara yang diniatkan ikhlas kerana Allah dan menepati syarak”,pesan ustazah Mahfuzah semasa sesi tazkirah. Tambah ustazah lagi, barangsiapa yang berusaha  mencari ilmu, berkunjung ke majlis ilmu, Allah pasti akan berikan jalan menuju ke syurga.

Majlis di mulakan dengan sedikit penerangan ringkas tentang perjalanan majlis oleh pengerusi majlis sebelum menunggu azan maghrib berkumandang. Setelah itu, para peserta menjamu selera dengan hidangan berdulang iaitu nasi goreng ayam serta buah –buahan berkhasiat. Selesai makan, para peserta menunaikan solat maghrib berjemaah.

Majlis diteruskan lagi  dengan sesi taaruf ringkas bagi tujuan kenal-mengenal seterusnya merapatkan silaturrahim antara peserta. Seterusnya sedikit pengisian di sampaikan oleh Saudari Jannah  sementara menunggu penceramah jemputan tiba. Beliau mengupas tentang sebuah buku yang menceritakan tentang akhlak Rasullullah S.A.W. Kata beliau, setiap rumah seharusnya mempunyai paling kurang 1 buku tentang Rasulullah S.A.W agar kita dapat memahami peribadi baginda dan meyemai rasa cinta pada kekasih Allah ini. Seterusnya, tazkirah di sampaikan oleh Ustazah Mahfuzah setelah para peserta menunaikan solat isyak berjemaah.

Para peserta bersurai pada pukul 9.45 malam. Secara keseluruhannya, majlis Iftar Jamie mendapat maklum balas yang positif dari para peserta. Majlis sebegini di cadangkan  agar dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.

0 komen:

Catat Ulasan