Mabit - "Quantum Roh"


UPM, 8 Mac- "Laksanakanlah solat malam, kerana solat malam itu merupakan kebiasaan bagi orang-orang soleh sebelum kamu, merupakan Qurbah (mendekatkan diri) kepada RabbMu, merupakan keampunan bagi kesalahan-kesalahan dan pencegah daripada dosa (Riwayat at-Tarmizi). PEMBINA UPM telah mempersiapkan ahli-ahlinya dengan mengadakan program MABIT yang bertempat di Surau Kolej Canselor yang bertemakan "Ruhul Jadid". Objektif utama adalah bertujuan untuk membina iman, taqwa, amal dan semangat baru kepada semua ahli PEMBINAUPM yang amat bersesuai dengan kemasukan semester baru kali ini. Seramai 27 orang beliawanis dari sekitar kolej UPM telah hadir dalam program tersebut.

Majlis dimulakan dengan solat Isyak bersama dan seterusnya para beliawanis diperdengarkan tazkirah tentang " "Quantum Ruh"- Mendahsyatkan semangat Biasa Menjadi Luar Biasa…!" yang disampaikan oleh saudari Noraziati atau lebih sinonim dengan panggilan kak Ji, yang merupakan Pelatih Pegawai Perubatan Hospital Serdang.


"Iman itu terlalu subjektif, menarik dan menurun dan cenderung memberi impak yang positif dan juga negatif"-ujar Kak Ji. Untuk pergi lebih jauh, kita boleh lihat sendiri apakah kesan sekiranya iman kita lemah? Dalam dunia moden, kita terdedah dengan pelbagai kerosakan di merata tempat, dengan individu yang kacau bilau dan hiruk-pikuk persekitaran. Malangnya ramai daripada kalangan manusia yang membiarkan sahaja tanpa merefleksi semula dalam kehidupan mereka. . Bagi yang masih di belajar di sekolah mahupun di universiti, , mereka suka terbiasa untuk menipu, dan bagi yang sudah bekerja pula, perbuatan seperti pecah amanah, fitnah-memfitnah , rasuah, dan menjatuhkan orang sudah menjadi satu budaya. Sekali lagi, orientasi duniawi membuat kita hanya fokus kepada hidup di permukaan bumi. Ketika itu, tiada amanag besar yang ditanggung . Sebagaimana kertas tidak akan basah selagi tidak dicurahkan air, demikian juga perubahan lain tidak akan berjaya selagi tidak dijalankan usaha untuk mengubahnya.

Kak Ji membawa beliawanis menjangkau keadaan umat Islam sekarang di mana kita sudah ketandusan iman dan mudah didoktrinkan. Jika melihat dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita mengambil contoh dalam buku teks mata pelajaran Sejarah tingkatan 2 yang di ajar di sekolah, tokoh-tokoh seperti Mat Kilau, Dol Said, Dato' Bahanam dan tokoh seumpamanya digelari sebagai pemberontak, namun realitinya mereka adalah pejuang bangsa dan agama. Itulah agenda Yahudi diubahnya fakta-fakta sejarah yang mengelirukan dan memberi impak yang cukup besar dalam sistem pendidikan di Malaysia.

"Apakah beza pemuda zaman Rasulullah SAW dengan zaman pemuda zaman sekarang?'-soal Kak Ji. Tidak ubah seperti singa dan kijang. Hal ini kerana sifat singa itu sendiri yang sangat agresif apabila berjumpa dengan musuhnya, dia lantas terus mengaung, namun berbeza dengan kinjang , ia tidak teragak-agak untuk meloloskan diri. Alam sekeliling gagal mengajar kita? Secara jujur, perhatikan kepada apa yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah salallahualaihiwassalam dan generasi para sahabat. Di sana ada khazanah yang sangat mahal harganya. Kebutaan kepada khazanah ini menjadikan kita semua kelihatan tidak memiliki apa-apa, melainkan nostalgia lampau yang tersemat di dalam kitab tua dan dibaca oleh bubuk-bubuk buku.

Di dalam al-Quran, Allah swt menyebutkan Rasulullah SAW sebagai insan yang perlu dijadikan contoh dan ikutan kerana baginda seorang yang terpuji kereibadiannya. Hendaklah kita berusaha memberikan keperihatinan terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad salallahualaihiwassalam kerana baginda diutuskan oleh Allah SWT. Baginda datang membawa segala apa yang diperlukan dan membawa manusia dekat kepada Allah dan syurgaNya. Oleh itu, PEMBINAUPM menyeru beliawanis meneroka keberkesanan peranan dan kekuatan dalaman yang mampu dijana sehingga melahirkan tenaga luar biasa untuk bertindak balas terhadap setiap permasalahan ini.

Usai tazkirah, sesi diteruskan dengan ice breaking, bacaan Al-Muk, kudapan dan tidur. Pada paginya pula, diteruskan dengan Qiyam , suboh dan mathurat. MABIT diakhiri dengan bersalaman, sarapan dan bersurai. Majlis bersurai pada pukul 8.00 pagi .

0 komen:

Catat Ulasan