Iftar Jamie : Dihatiku ada DIA



SURAU KOLEJ CANSELOR,4 MAR: ‘Apabila dua saudara bertemu,rahmat Allah bersama dengan mereka’. Berkesempatan dengan itu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UPM telah menganjurkan Iftar Jamie bagi mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W  dengan berpuasa sunat pada hari Isnin. Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 40 orang beliawanis dari pelbagai kolej di UPM.

                Sebelum azan Maghrib berkumandang, majlis di mulai dengan bacaan al-Mathurat beramai –ramai. Setelah azan, peserta berbuka secara ringkas terlebih dahulu, bagi menunaikan solat Maghrib berjemaah. Selesai solat, para peserta menjamu selera dengan hidangan ala kampung yang sangat menyelerakan di dalam dulang dan makan bersama-sama dengan suapan pertama diberikan kepada teman bersebelahan terlebih dahulu.

                Majlis diteruskan lagi dengan sesi tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Saudari Norhamimah bt Ibrahim. Para peserta pada mulanya di arahkan untuk melukis gambar hati  dengan menunjukkan dimana terletaknya Allah dalam hati masing –masing. Pelbagai respon dan penerangan yang  baik diterima dari peserta tentang gambaran hati yang dilukiskan. Namun,kata Saudari Norhamimah, kita seharusnya meletakkan Allah seratus peratus dalam hati kita, supaya tiada ruang bagi perkara yang lain bertakhta dalam hati kita. Jika kita meletakkan Allah sepenuhnya dalam hati,setiap perkara yang kita lakukan hanyalah semata kerana  Allah S.W.T . Bersesuaian dengan tajuk tazkirah, Di hatiku ada DIA, peserta di ingatkan agar sentiasa mencari cinta Allah agar hati mejadi tenang mencintai setiap perkara yang di sukai Allah seperti berkunjung ke majlis ilmu, solat berjemaah di surau, menghidupkan amalan sunat dan lain –lain.

                Selepas sesi tazkirah, para peserta sama- sama berjemaah menunaikan solat Isyak dan membaca surah Al –Mulk sebelum bersurai. Majlis bersurai pada pukul 9.45 malam dengan harapan dari para peserta agar dapat menyertai lagi majlis iftar ini di masa akan datang.
                

0 komen:

Catat Ulasan