Kisah Nabi Sulaiman dan Semut

Dikisahkan bahawa pada suatu hari Nabi Sulaiman AS ingin benar mengetahui bagaimana Allah SWT memberikan rezeki kepada seluruh makhluk-Nya di bumi ini. Beliau melihat semut dan bertanya berapa banyakkah rezeki yang dia dapat setahun.

Kata semut itu, sebesar kepalan tangan Nabi Sulaiman AS. Dengan demikian Nabi Sulaiman AS menawarkan semut itu untuk tinggal di dalam botol dengan makanan sebesar kepalan tangan beliau. Dia bersetuju dengan tawaran itu.

Semut rajin mencari rezeki kerana yakin ia datang daripada Allah

Lalu masuklah semut itu dalam botol berisi makanan. Nabi Sulaiman membiarkannya sehinggalah cukup setahun, beliau membuka botol itu dan melihat ke dalamnya.

Beliau terkejut kerana makanan yang tinggal hanyalah separuh sahaja.

"Wahai semut, bukankah engkau mengatakan rezeki engkau sebesar kepalan tanganku?" tanya Nabi Sulaiman AS.

Mendengar kata itu, lalu semut pun berkata dengan tenang,

"Wahai nabi yang mulia, memanglah benar apa yang aku katakan, bahawa aku memperoleh rezeki dalam setahun sebesar kepalan tangan-mu, namun itu terjadi pada masa aki tidak berada di dalam botol ini. Dan pada masa itu aku sangat yakin Allah akan memberikan aku rezeki dan Dia tidak akan melupakanku walau sedikit pun, sehingga aku yakin Allah akan menjamin rezekiku. Tetapi kini, aku yang lemah ini terkurung di dalam botolmu, apakah kau dapat menjamin bahawa kau tidak akan lupa memberiku makanan semula setelah setahun? Apakah kau berani menjamin hidup dan rezekiku di tanganmu?"

Mendengar jawapan itu, membuatkan Nabi Sulaiman AS terpegun, lantas kemudian beliau bersujud memohon keampunan Allah SWT dan melepaskan semut daripada kurungan botol tersebut.

--

Yakin lah kita dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita. Jangan kita khuatir tentangnya. Tidakkah kita melihat burung-burung terbang lapar di pagi, sementelah itu pulang pada petangnya dengan perut penuh?

Buat para pelajar, carilah rezekimu dengan belajar bersungguh-sungguh. Kemudian berdoalah dan bertawakal.

0 komen:

Catat Ulasan