Puasa 6 di bulan Syawal

Alhamdulillah, sebulan yang lepas kita berjaya melawan nafsu dan memperbanyakkan ibadah kita di bulan penuh keberkatan, Bulan Ramadhan. Kalau ketika bulan puasa kita rajin untuk bangun tengah malam, khusyuk menunaikan solat fardhu dan juga solat sunat, saling  berlumba untuk meningkatkan ibadat, kenapa tidak kita kekalkan semangat tersebut di bulan yang lain juga.

Memang bulan Ramadhan kita dijanjikan pahala berlipat kali ganda jika kita khusyuk beribadat, tapi jangan lupa... kita hidup bukan hanya untuk mengejar pahala di bulan Ramadhan sahaja..ada 11 bulan lain lagi menanti kita.


Bulan Syawal

Ada apa dengan bulan Syawal?
Bulan Syawal sangat sinonim dengan Puasa 6..
Puasa 6 ialah puasa sunat yang dilakukan enam hari di bulan Syawal selain pada 1 syawal..

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:

(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.

Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].

Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah S.A.W menyatakan jika kita berpuasa ramadhan seterusnya kita lengkapkan dengan Puasa 6, ganjaran pahala yang menanti kita seolah kita berpuasa selama setahun..

Ya Allah, begitu pemurah Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Tidak cukup dengan lambakan pahala di bulan Ramadhan, ditambah lagi dengan ganjaran di bulan Syawal agar kita terus  bersemangat menunaikan ibadah dan tidak jemu untuk mengingati-Nya.

Jadi, kita sebagai hamba-Nya yang soleh dan solehah, sangat lah rugi jika tidak memanfaatkan diri untuk turut serta berpuasa di bulan syawal ini.

Puasa 6 ibarat penutup dan penghias yang menghiasi segala amalan kebaikan kita di bulan Ramadhan untuk kita persembahkan kepada Allah S.W.T. Jadi, alangkah indahnya jika kita dapat persembahkan yang terbaik kepada Maha Pencipta kita.:)

Insyaallah..semoga segala amalan kita di redhai-Nya.

Oleh:
Nur Liyana Mat Hussin
Beliawanis PEMBINA UPM

0 komen:

Catat Ulasan