Mahasiswi UPM Tolak Feminisme!




UPM, 14 Nov – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UPM telah menganjurkan satu program berbentuk bual bicara yang bertajuk ‘Mahasiswi Tolak Feminisme’ bertempat di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan. 

 “Feminisme merupakan suatu fahaman yang meminta persamaan hak wanita dan lelaki yang dikenali sebagai gerakan kesetaraan gender dan berasal dari pandangan hidup masyarakat barat.” Kata Ustazah Suriani.
Golongan feminisme ini juga menuntut hak persamaan jantina dari sudut sosial, politik, ekonomi dan lain-lain.  
Menurut Ustazah Suriani Sudi, Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), ideologi songsang ini berasal dari Barat di mana persepsi masyarakat mereka terhadap wanita itu sendiri mengatakan bahawa wanita ialah jelmaan syaitan yang membawa kejahatan. 

Dalam kitab bible juga merendahkan martabat wanita iaitu “ kejahatan lelaki lebih baik daripada kebajikan perempuan dan perempuanlah yang mendatangkan malu dan rista.” (Sirakh 42:14) 

Sejarah kebangkitan menuntut hak kesetaraan gender ini telah bermula apabila zaman revolusi di mana gereja mengambil alih kuasa politik dan berlaku penindasan terhadap golongan wanita dan golongan saintis. Suara kebangkitan ini mendapat sokongan serta dana daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membuat kajian terhadap ideologi ini. 

Panelis kedua pula iaitu saudari Sharifah Abd Samad yang juga merupakan unit kajian PEMBINA pusat, menegaskan bahawa ideologi feminisme akan menyerang di seluruh institutsi pengajian tinggi untuk menarik golongan muda supaya mengikuti fahaman yang bertentangan ini seterusnya dijadikan sebagai senjata dalam melemahkan dan menjatuhkan Islam.

Antara NGO di Malaysia yang turut sama menyebarkan pemikiran feminisme adalah Sister In Islam(SIS) dan COMANGO. Ustazah Suriani menegaskan bahawa kebangkitan fahaman feminisme ini hanya sesuai di barat, tetapi tidak di negara Islam kerana agama Islam telah meletakkan wanita di tempat yang sepatutnya seperti mana  tertulis dalam Al-quran. 

Ustazah Suriani menerangkan, “Golongan feminisme telah mentafsir Al-quran mengikut semasa tanpa merujuk panduan tafsir daripada pada ulama dan mereka juga mengatakan bahawa wanita tidak wajib dalam aspek pemakaian tudung.”

“Terdapat enam ciri utama fahaman feminisme iaitu relatif, sekularisme, kebebasan berfikir, humanisme, pluralisme dan perjuangan gender.” kata saudari Sharifah. 

Menurut ustazah Suriani agama Islam mengangkat martabat wanita pada kedudukan yang mulia dan dihormati seperti yang telah tertulis dalam Al-quran. Ustazah berkata “kita harus merasa izzah dan bangga kerana dijadikan sebagai seorang wanita.”

Akhir kata, saudari Sharifah menyeru agar mahasiswi bangun bersama-sama dan harus berada di barisan paling hadapan memegang panji-panji Islam demi mempertahankan agama Allah. 

Oleh itu, ayuh mahasiswi , sertai PEMBINA dan jadikan PEMBINA sebagai medan amal serta landasan dalam menentang serangan pemikiran yang melanda masyarakat Islam kini.

Bual bicara yang telah dihadiri oleh ratusan mahasiswi UPM ini, bertujuan untuk membuka minda mahasiswi mengenai ancaman feminisme yang telah melanda masyarakat Islam terutamanya para pelajar di IPT. Penganjuran bual bicara ini juga adalah untuk memberi kefahaman yang mendalam mengenai isu feminisme agar mahasiswi tidak mudah terpengaruh dengan ideologi-ideologi yang bertentangan dengan syariah Islam.

Oleh,
Mawaddah Saleh
Wartawan,
Biro Media dan Promosi PEMBINA UPM

2 ulasan:

  1. Tahniah PEMBINA UPM

    moga Allah Redha usaha kalian semua.

    BalasPadam
  2. Tujuan dari ‘Pembebasan Perempuan’ adalah membuat setiap perempuan tidak lagi memiliki empati terhadap setiap pria, termasuk anak atau bayi laki-laki.
    Apa imbas dari ajaran merusak ini? Mallory mengatakan berdasarkan pengalamannya bahwa ia melihat sendiri perjalanan hidup para wanita yang termakan ajaran menyesatkan dari feminis marxis, yang mana para wanita ini di usianya yang ke 50 – 60 tahun menangisi diri dan berduka dikarenakan bayi-bayi milik mereka yang telah mereka bunuh melalui praktik aborsi, hal ini dikarenakan mereka mempertahankan masa depan tanpa cinta. Para wanita ini menangis dihadapan Mallory sambil meratap: "Di mana anak-anak saya? Di mana cucu-cucu saya?”
    Sumber buku: Awaken The Giant – Bangkitnya Revolusi Sosial Dunia (penulis: Sulianta,Feri)

    BalasPadam