Ceramah Tangisan Gaza dan Solat Hajat


UPM, Serdang-Pada 22 November yang lalu, berlangsungnya satu ceramah "Tangisan Gaza" dan solat hajat anjuran Aman Palestin bersama rakan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA UPM) diiringi juga bersama Persatuan Mahasiswa Islam UPM( PMI UPM), Majlis Perwakilan Pelajar UPM(MPP UPM), dan MTM Kerohanian Kolej 12, 14, 15 & 16. Program ini bertujuan adalah untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia terutama mahasiswa/i UPM mengenai isu Palestin dan tanggungjawab kita ke atas mereka, membantu rakyat Palestin dan menyalurkan bantuan secara telus dan tepat kepada sasaran.

Antara wakil persatuan yang hadiri terdiri daripada MPP Kerohanian, saudara Muhammad Izzat Amir, presiden PEMBINA UPM, saudara Syafiq Syahmi Sazali dan juga wakil dari PMI iaitu saudara Meshir. Program bermula dengan solat maghrib di Dewan PJSD. Kemudian, sedikit penerangan daripada MPP Kerohanian Kolej. Ceramah ini disampaikan daripada Aman Palestin iaitu Ustaz Muhammad bin Ali.


Ceramah Tangisan Gaza oleh Ustaz Muhammad bin Ali daripada Aman Palestin
Dalam sesi tersebut, ustaz telah berkongsi serangan Israel di Gaza adalah untuk pilihanraya Israel akan datang di mana Perdana Menteri Israel,iaitu Benjamin Netahanyu mahu meraih sokongan dan Israel ingin menguji kekuatan HAMAS. Malah, Israel ingin melemahkan semangat rakyat Palestin bermula dengan pembunuhan dan menunjukkan Israel merupakan kuasa hebat. Tambahan, mereka menguji pengaruh kuasa ketiga iaitu yang terdiri daripada Mesir yang diketuai oleh Dr. Morsi.

HAMAS adalah hati umat Islam dan kemuliaannya. Perjuangan HAMAS adalah perjuangan suci di mana untuk menguasai Al-Aqsa selama hampir 15 tahun. Malahan, serangan kali ini betul-betul ingin menguji kekuatan setiap di antara mereka. Jika dilihat pada angka yang terkorban pada 2008 di mana pada minggu pertama sebanyak 1450 orang dan angka ini makin menurun sehingga tahun 2012 di mana pada minggu yang pertama juga, seramai 161 yang terkorban.

Jadi ini menunjukkan bahawa perjuangan HAMAS sudah bangkit dan digeruni juga oleh Israel. Perdana Menteri Mesir iaitu Dr. Morsi, Perdana Menteri Turki, Rejeb Taeb Erdogan, Misy’al(jurucakap Palestin) dan Amir Qatar turut tegas mendukung Gaza. Amir Qatar memuji sikap Mesir yang tegas menentang agresi militer Israel ke Gaza. Amir Qatar bekerjasama dengan Mesir memberi bantuan yang dibutuhkan rakyat Gaza sesegera mungkin. Selain itu, Mesir dan Turki berani mengeluarkan kenyataan-kenyataan panas mengecam Israel.Hamas dan Fatah juga buat pertama kali nya bergabung bersama. Abdullah Mursi telah membuka sempadan seluas-luasnya dengan menghantar 3 kapal terbang dan 50 tan ubat malahan terdapat juga rakyat Mesir yang mati syahid


Dalam ceramah tersebut, turut diceritakan banyak roket HAMAS yang berjaya menyerang kapal perang Israel. Selain itu, turut disentuh juga mengenai tempelak Iron Dome di mana cuma 25% sahaja yang berjaya menghapuskan roket dari Palestin. Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, iaitu pasukan Briged Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis. Al-Qassam merupakan sebuah sayap tentera HAMAS bagi mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin. Serangan HAMAS (Brigade Al-Qassam) semuanya pada tempat yang srategik meliputi kawasan-kawasan di lapangan terbang, parlimen, pusat ketenteraan, pusat bandar utama, dan Baitul Maqdis.

Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel. Antara kriteria yang ustaz nyatakan adalah mereka mestilah orang yang hafaz Quran, kuat jasmani, mendapatkan keizinan dari imam masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa, selama 6 bulan berturut-turu tidak meninggalkan solat Subuh berjemaah di masjid.


PEMBINA berharap telah berlangsugnya ceramah ini, ia dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada para pelajar UPM khususya dan betapa ramai lagi masyarakat Malaysia masih belum sedar dengan apa yang berlaku di Gaza. Dan bagi yang berminat menjadi sukarelawan Aman Palestin,boleh berjumpa dengan wakil kami disini.

Diharapkan para mahasiswa dapat terus mengikuti program-program yang PEMBINA anjurkan dari semasa ke semasa agar kefahaman kita terhadap Islam terus meningkat.

0 komen:

Catat Ulasan