'Muharram Decoration Day' Pupuk Ukhuwah Beliawanis PEMBINA


Bukit Ekspo UPM, 25 November 2012 -Alhamdulillah syukur dan puji-pujian buat Allah yang Esa atas kekuatan yang dipinjamkanNya buat siswi Pembina UPM untuk mengadakan program 'Muharram Decoration Day' pada hari Ahad bersamaan 11 Muharram 1434. Antara objektif program ini adalah untuk mengembalikan semangat ukhuwah tanpa mengira umur dan berkenalan dengan lebih ramai kawan baru dan pada masa yang sama dapat juga mempelajari teknik dekorasi kek yang julung kalinya diadakan. 

Program bermula pada pukul 8.00 pagi dengan kehadiran para peserta, kemudian disusuli pula dengan pendaftaran dan pembahagian kumpulan. Seterusnya program diteruskan dengan sedikit ucapan alu-aluan oleh pengarah program iaitu saudari Azren Aida bt. Asmawi dan disambung pula dengan sesi bacaan doa oleh saudari Noor Jaini bt. Latif. Kemudian, sesi taaruf diteruskan dengan penglibatan semua peserta bagi merapatkan lagi tali silaturrahim sesama mereka. 

Program bermula dengan pengenalan atau demo dekorasi kek yang diketuai oleh saudari Azren Aida bt. Asmawi dan saudari Noor Jaini bt. Latif. Sebelum pertandingan bermula, para peserta diperkenalkan dengan teknik penggunaan nozel iaitu salah satu alatan yang akan digunakan dalam pertandingan ini. Setelah sesi ini selesai, pertandingan berlangsung di mana setiap kumpulaan diberi sebuah kek daripada pelbagai perisa. Selama 45 minit pertandingan ini telah dijalankan dengan pemantaun oleh tukang demo dan pengadil pertandingan ini. 

Sepanjang bertanding, setiap kumpulan akan saling bantu membantu dan bertukar pendapat dalam menyiapkan kek yang akan dipersembahkan kepada para juri. Di sini, apa yang boleh diperhatikan, setiap peserta akan lebih rapat sesama mereka dan secara tidak langsung jalinan ukhuwah antara mereka sudah terjalin sepanjang pertandingan berlangsung.

Selepas sahaja pertandingan, pengadil akan memberi markah dan peserta akan berehat sebentar sementara menunggu pemenang. Aktiviti diteruskan dengan sesi tazkirah pagi oleh saudari Anis Sakinah bt Rosli selaku Penolong Setiausaha Pembina Pusat. Tajuk yang disampaikan adalah mengenai "Qanaah merehatkan jiwa orang Muslim" di mana beliau menekankan sifat qannah atau sifat bersederhana adalah kita merasa cukup dengan apa yang kita ada. Bila mana jika ketika ini kita memakai kasut, lihatlah pada mereka yang memakai selipar dan orang yang memakai selipar lihatlah orang yang berkaki ayam pula. 

"Allah memberi kita atas keperluan kita supaya kita berasa bersyukur dengan beribadah kepadaNya", ujar saudari Anis Sakinah. Tambahan, terdapat pelbagai cara untuk kita mendapatkan sifat Qanaah yang pertamanya kita selalu bermunajat kepada Allah s.w.t, memandang orang yang lebih bawah daripada kita atas dasar kita mendapat pengajaran agar kita bersyukur padaNya. Selain itu, pandanglah orang yang di atas daripada kita iaitu para ulama' dan orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu mampu menyelamatkan kita daripada azab api neraka. Memperbanyakkanlah sedekah juga merupakan antara cara yang dapat daripada sifat kesederhanaan ini. Dengan bersedekah juga rezeki kita tidak akan berhenti setakat di situ sahaja malahan akan makin bertambah-tambah dan daripada situ dapat kita tanamkan dalam jiwa kita untuk melahirkan sifat saling membantu. 

Sahabat yang dirahmati Allah, Firman Allah SWT maksudnya :

"Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba Ku dan masuklah ke dalam syurgaKu" (al fajr ayat 27-30)

Selesai sahaja sesi tazkirah, diteruskan dengan ucapan pengadil dan pengumuman pemenang dan seterusnya terus pula kepada acara penyampaian hadiah. Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi jamuan makan di mana terdapat juga pelbagai juadah yang di telah disediakan sendiri oleh ajk yang terlibat. Di sini, dapat dilihat, kita akan saling bertukar juadah dan dapat berkongsi bersama-sama dengan yang lain. 

Aktiviti diakhiri dengan sesi fotografi sebagai tanda kenangan dan diharapkan kita akan dapat berjumpa lagi untuk program-program yang akan dilaksanakan oleh PEMBINA pada masa ke semasa.


Beberapa gambar sepanjang aktiviti:














0 komen:

Catat Ulasan