Allah Dasar Motivasi Kami



Dalam kehidupan manusia, wujud pelbagai dugaan dan cabaran, ibarat menongkah di tengah lautan, yang gelombangnya tidak dapat dijangka atau diteka. Apa yang diperlukan adalah bekalan semangat dan kekuatan bagi mengharungi badai cabaran dan dugaan itu. Kadangkala, kita tidak dapat menahan atau menanggung dugan itu, lantas motivasi yang terbaik adalah dengan merapatkan diri kepada ALLAH dan ia adalah motivasi kehidupan yang hakiki.

Manusia sering diuji dengan pelbagai cara. Kadangkala kebaikan yang kita lakukan dibalas dengan perkara yang tidak sepatutnya. Pendek kata, terasa terasing dalam kahidupan tanpa ada yang memahami. Maka, mendekatkan diri pada Allah adalah cara yang terbaik. Kerana apa? Kerana Allah itu sentiasa ada,dan mendengar setiap aduan hambanya. Apabila kita membaca Al-Quran, seolah-olah kita berbicara denganNya. Janji-janjinya membuatkan kita kekal berusaha dan terus melakukan kebaikan, tanpa mengharapkan penghargaan orang lain. Ini kerana penilaian manusia adalah terlalu kecil apabila dibandingkan dengan penilaian yang diberikan oleh Allah.



Dengan dugaan yang terus-menerus datang kepada manusia, sebagai makhluk biasa kita akan kepenatan dan tenggelam dalam kelemahan, kerana kita tidak ada tempat yang utuh untuk berpaut. Tetapi, oaring yang dekat dengan Allah sentiasa menganggap setiap dugaan itu adalah perkara kecil walau pada hakikatnya ia memeritkan. Mereka akan sentiasa yakin bahawa DIA ada. Wujud dan  memerhatikan kita tanpa mengira segenap kesusahan kita. Bahkan, yakin Allah menurunkan segala dugaan dan cabaran, lantas berkata “Semua ini ada hikmahnya, dan kami tidak mengetahui.”

Ada pula yang lalai dengan ujian kesenangan oleh-Nya. Kesenangan yang diguna dengan cara cara mengingati bahawa Allah lah yang memberikan kesenangan itu akan menyebabkan manusia sesat dan tenggelam dalam kekayaan tersebut. Namun, bagi mereka yang dekat dengan Allah,tidak akan tenggelam dengan kesenangan itu. Ini kerana mereka yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan mereka. Justeru, mereka tidak akan sekali-kali melangkah ke tanah larangan-Nya. Segala kejayaan dan  kesenangan akan dikembalikan kepadaNya dan yakin bahawa semua yang dimiliki itu hanya pinjaman sahaja. Apabila susah, mereka sabar. Apabila senang mereka bersyukur. Hanya yang dekat dengan Allah mampu menjadikanNya realiti.

Syarifah binti Ahmad
Tahun 1
Fakulti Pertanian

0 komen:

Catat Ulasan