Bicara Presiden: Pilihanraya Malaysia


Pilihanraya merupakan salah satu wasilah terpenting dalam proses demokrasi Malaysia. Ia membolehkan rakyat memilih pemimpin mereka dan akhirnya kepimpinan tersebut akan memandu negara dalam tempoh 5 tahun mendatang dengan mengubal dasar dan undang undang negara.

Sejak merdeka negara kita telah berjaya melalui proses ini dan kali ini pilihanraya ke 13 bakal berlangsung dengan tajuk yang diungkapkan oleh ramai pihak sebagai "the mother of all election". Sunguhpun negara telah 12 kali melalui proses berkenaan, saya melihat agenda Islam semakin dipingirkan.

Dakwaan yang saya ungkapkan tadi adalah berasaskan rentetan peristiwa yang telah berlaku antaranya ialah isu kalimah Allah yang digangu gugat kuffar, isu DUMC, kejayaan pembinaan Calvary church sebagai gereja terbesar di asia tengara dengan kos pembinaan 200 juta ringgit, isu permurtadan yang berleluasa di Sabah dan Sarawak, kehilangan aset tanah di Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar. Ura-ura pemberian jawatan penting pentadbiran kepada bukan muslim, kebiadapan Ronnie Liew dalam menyerahkan semula rampasan arak di Selangor dan semua ini merupakan indikator serius ancaman terhadap akidah Negara yang merupakan kesan langsung perpecahan saf kaum muslimin.

Rakan rakan mahasiswa sekalian, kemenangan Islam di pilihanraya bukanlah bererti UMNO atau PAS memenangi pilihanraya dengan menjatuhkan sesama mereka tetapi kemenangan Islam yang tulen adalah kemenangan bersama iaitu bagaimana UMNO dan PAS boleh mengetepikan ego mereka lalu menjadi satu umat yang mengangkat agenda perpaduan bagi membina negara Islam yang berdaulat. 56 tahun usia kemerdekaan negara, seharusnya kita boleh mencapai banyak kemajuan andai perpaduan dapat diperteguhkan sesama kita tetapi sebaliknya yang berlaku apabila kita semakin menjauhi antara sesama kita.

Sesunguhnya, Negara yang kita idamkan ialah Negara yang mempunyai misi dan risalah. Ia tidak mampu menjadi Negara dakwah andai kata parlimen dipenuhi dengan mereka yang tidak bermatlamatkan Islam. Harus diingat bahawa parlimen adalah tempat di mana dasar dan undang-undang Negara digubal, kesilapan kita memilih calon pemimpin akan menyukarkan cita-cita yang kita idamkan. 

Saya menyeru rakan-rakan mahasiswa memilih calon yang terbaik merentasi sempadan parti politik kerana kita yakin manusia yang beriman dapat mengubah apa jua sistem kerana itulah fitrah mereka yang beriman, mengeluarkan manusia dari kegelapan.

Setiap mahasiswa perlu beriltizam bahawa mereka akan mengubah landskap politik Negara, tika ini rentak pecah belah menjadi nadi utama perjuangan parti politik bercampur baur dengan akhlak jahiliyah. Menjadi tangungjawab mahasiswa untuk menonjolkan diri dengan membawa agenda pemersatu dengan keperibadian yang soleh setaraf ketinggian ilmu dan peribadi yang dimiliki oleh mahasiswa.

Sesunguhnya kita adalah nafas baru bagi Negara. Selamat menjalankan tangungjawab anda.

Meneraju arus mahasiswa,








Luqman Abd hamid
Presiden PEMBINA UPM 2013/14

2 ulasan:

  1. Penulisan yg bagus dan matang. Mahasiswa perlu membuka minda setelah membaca penulisan ini.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..in shaa ALLAH :)

    BalasPadam