Hasbunallah wa ni’mal wakil

            Wahai sahabat-sahabat , tahukah kita bahawa Allah merupakan sebaik-baik penolong. Oleh itu, kita sebagai hamba haruslah menyerahkan semua perkara kepada Allah walaupun perkara tersebut hanya sebesar kuman tapi kepadaNyalah kita bertawakkal. Selain itu, kita perlu percaya sepenuhnya terhadap janji-janjiNya, redha dengan apa yang dilakukanNya, berbaik sangka padaNya dan menunggu dengan sabar akan bantuan-Nya. Inilah juga merupakan buah keimanan yang paling mulia seseorang mukmin. 

Dalam (surah Ali Imran:173-174)
“ Cukuplah untuk (menolong ) kami dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). Setelah (pergi mengejar musuh),mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah, Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.”


            Sesungguhnya manusia tidak akan mampu melawan segala bencana tanpa pertolongan Allah. Hal ini disebabkan manusia adalah makhluk yang sangat lemah. Mereka hanya mampu membuat sesuatu apabila bertawakkal dan percaya sepenuhnya terhadap pertolongan dan perlindungan Allah.


            Wahai orang yang ingin menyedarkan dirinya, bertawakkallah kepada Yang  Maha Kuat dan Maha Kaya yang kekuatan besar ada padaNya. Itulah adalah sekiranya kita mahu keluar dari lembah kegelapan dan mahu mencari ketenangan dalam kehidupan. Jadilah “Hasbunallah wa ni’mal wakil” sebagai sebagai syiar dan semboyan dalam kehidupan antunna. In sya Allah, kita akan mendapat keberkatanNya.

Jika kita takut terhadap musuh, cemas terhadap perlakuan orang zalim, atau khuatir dengan sesuatu bencana maka ucaplah dengan ikhlas kalimat ini: “Hasbunallah  wa ni’mal wakil.”

“Dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mnejadi Pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi Penolong (bagi terhadap mereka)”. (surah Al-Furqan:31)


Sumber: buku la tahzan oleh Dr. Aidh bin Abdullah Al-qarni 

Nurul Fitrah b Abdul Rahim
Tahun 1
Kejuruteraan Pertanian & Biosistem


0 komen:

Catat Ulasan