Tanyalah suara hati mu!

Kredit foto: HairilAzlan.com
Satu perkara yang kita perlu sedari ialah sesungguhnya setiap kita memiliki suara hati yang jujur dan tidak pernah berbohong.

Suara hati, peranannya sangat besar dan boleh memberikan satu anjakan paradigma yang hebat kepada diri apabila di santun dengan baik. Seandainya kita tidak mengkhianatinya, Insya Allah, kita akan sanggup mengendalikan diri kita,dan akan selalu terbingkai serta berada dalam lingkungan kebaikan.

Oleh kerana itu, apabila seseorang yang berbuat keburukan, senantiasa suara jiwanya akan memberontak. Inilah indikator adanya suara jiwa seorang mukmin!

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Apabila kebaikan itu menyenangkanmu dan kejahatanmu itu menyusahkanmu, maka tandanya engkau adalah seorang mukmin."


Perkara yang ingin  saya tekankan di sini ialah selalulah bertegur sapa dengan suara jiwa kita ini, banyakkan berdialog dan bertanya dengannya. Jika suatu ketika terlintas di hati kita perkara negatif seperti untuk melakukan maksiat, rasa malas, dan merasa tidak mampu dalam menyerap ilmu semasa di kelas, maka cubalah bertanya sapa dengan suara hati anda.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mintalah fatwa pada hatimu, walau orang meberi fatwa kepadamu. Sekali lagi walau orang memberi fatwa kepadamu."

Kita seharusnya membiasakan untuk meluangkan waktu untuk merenung dan berdialog dengan suara jiwa anda. Jangan biarkan orang lain menggangu anda, pilihlah tempat yang paling nyaman untuk berbincang akrab dengan suara jiwa.

Biasakanlah! Sampai suatu ketika, kita akan dapat berdialog dengan mudah dengan suara jiwa di mana pun berada. Berdialoglah walaupun sehingga perlu berbicara dengan pekataan dengan diri kita.

Ada satu kisah yang kita boleh jadikan iktibar untuk menujukkan aplikasi bicara dengan diri ini.

Kisah seorang yang berusaha melakukan self talk (berbicara dengan diri sendiri). Saya amat mengharap untuk kita mengambil panduan dan ibrah (pengajaran) untuk kita melihat perkara yang saya sampaikan ini dalam kerangka untuk diaplikasikan.

Bukan hanya dijadikan ilmu untuk diketahui sahaja. Bersumber daripada Abdullah bin Qais daripada Abu Umayyah al-Ghifari. Kisahnya begini:

Kami sedang berada dalam perang. Debu-debu telah berterbangan oleh jejakan kaki kuda. Riuh kerana hampir semua berpadu bersama ketegangan. Ketika musuh datang, ada orang yang berteriak di tengah-tengah barisan, kami segera melompat ke tengah barisan. Tiba-tiba ada seorang lelaki tepat berada di depanku. Kepala kudaku hampir menyentuh belakang kudanya.

Aku mendengar ia bercakap-cakap dengan dirinya sendiri. "Hai kamu! Apakah kamu tidak menyaksikan tempat gugurnya pahlawan yang syahid itu?"

"Ya, aku menyaksikan." dijawabnya sendirian.

"Lalu, bagaimana dengan anak-anakmu?"

"Ya, aku menurut sajalah padamu." Pertanyaan yang ia lontarkan, dia jawab sendiri.

"Kamu tidak ingin pulang dengan selamat dan berkumpul dengan anak dan isterimu?"

Lalu ia mengulangi lagi dengan pertanyaan yang hampir sama. Dan, dengan mantap ia mengatakan pada dirinya sendiri. "Hai kamu! Demi Allah, hari ini aku akan pertaruhkan kamu. Entah bagaimana nasibnya!" Ia menjawab sendiri dengan sebuah penegasan.

"Hari ini aku siap menjemput kesyahidan!"

Abu Umayyah al-Ghifari kembali melanjutkan ceritanya. Ketika kami mulai menyerang musuh, aku menyaksikan lelaki itu berada di barisan terdepan. Dan kami terdesak mundur, ia pula berada di garis pertahanan.

Ketika kami menyerang lagi, aku saksikan ia telah berada di bahagian terdepan, dan kami terdesak lelaki itu tetap aku lihat berada di garis pertahanan. Keadaan itu terus berlangsung berulang-ulang. Sampai akhirnya aku temukan dia telah menemui kesyahidan. Di tubuhnya terdapat tidak kurang enam puluh tusukan pedang.

Subhanallah!

Moga menjadi iktibar dan tazkirah untuk semua terutamanya diri ini. Bertafakurlah mengenali suara hati kita.

Oleh:
Ahmad Naqiuddin
Timbalan Presiden PEMBINA UPM

0 komen:

Catat Ulasan