Dubook???



Tahukah anda perihal terbitan buku Dubook?Dubook lahir dalam dunia penerbitan buku sejak tahun 2010. Buku-buku keluaran Dubook kebanyakannya hasil tulisan anak-anak muda berkisarkan realiti kehidupan seharian, negara, politik, mahasiswa dan sebagainya. Sebagai contoh Aku Kafir Kau Siapa?, Masyarakat Melawan Mahasiswa, Benz Ali Antithesis, dan Alif Lam Lam Ha.

Sungguhpun buku-buku mereka laris di pasaran umpama “pisang goreng panas”, ketahuilah kebanyakan penulisan dalam terbitan Dubookbagai berfikir dan menulis tanpa batas di mana sering membawa idea gila-gila belia, isi kandungan yang tiada hala tuju, bersifat liberal (lihat: bebas berfikir), mengelirukan, atheism, menghina agama, menghina ulama dan yang lebih mengejutkan sehingga menghina Tuhan.

Tidak dinafikan ada buku-buku mereka yang boleh diterima akal, namun kebanyakannya membawa kesan negatif dan menggunakan bahasa yang kesat dan kasar. Kesan negatif yang dapat digariskan termasuklah anak muda lebih cepat memberontak, mudah terpengaruh dengan ideologi (lihat: pemikiran) yang merosakkan, berfikir secara emosional, hilang hormat pada pimpinan dan agamawan, dan menjadikan anak muda mudah meluahkan sesuatu samada melalui perkataan, penulisan, perbuatan atau tindakan secara melampau.

Pada 28 Mei 2015 jam 12.00 sehingga 2.00 petang akan diadakan Carbook Sale yang menampilkan buku-buku terbitan SFP, TM, Dubook dan lain-lain bertempat di Pintu Belakang UPM. Oleh itu,PEMBINA menegaskan buat semua mahasiswa dan golongan belia, tidak bermaksud anda tiada hak untuk membaca buku-buku terbitan Dubook, tetapi disarankan mahasiswa yang menjadikan bahan bacaan seperti ini sebagai koleksi bacaan dinasihatkan untuk mempunyai pegangan agama yang kuat berikutan penulisan jenis ini mudah mempengaruhi orang lain.Selidiki bahan bacaan terbaik untuk pembangunan potensi belia, dan menjadi pembaca yang bijak ketika memilih bahan bacaan supaya dapat memandu fikiran generasi muda atau mencari sumber bacaan yang dapat mengukuhkan pegangan agama.

Hal ini kerana, kita tidak mahu mahasiswa atau golongan belia di luar sana menyokong intipati hasil air tangan penulisan golongan liberal dan lain-lain, seterusnya mendokong agenda perjuangan mereka yang lari dengan syariat Islam. Andai kata berniat membeli buku-buku yang disebutkan di atas dengan tujuan memerhati, menganalisa dan diambil pengajaran, maka ia dibolehkan.

Wallahua’lam.

Nazatul Shima Binti Masri
Biro Aktivisme Mahasiswa
PEMBINA UPM



3 ulasan:

  1. Saya pembaca dubook . Saya rasa dubook ok. Yang tak ok cuma pada mereka yang terkongkong pemikirannya, atau syok dengan kehidupan lebih nerd.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak kritik buku atau penulis, buat satu artikel atau buku juga. List apa yang salah dengan kenyataan penulis dan lawan dengan hujah anda. Sia sia belajar kat u kalau disiplin ilmu tiada. Manusia ni macam pohon. Dua pohon yang berlainan walau dibaja dan disiram dengan air yang sama diakhirnya akan berbuah dengan buah yang berbeza juga. Jangan sekat cara orang lain berfikir untuk berfikir cara anda.

      Padam
  2. Wynn casino launch in Virginia, Michigan, and New Jersey
    Wynn 청주 출장안마 Resorts is a 하남 출장안마 Wynn Resorts (WYNN:NASDAQ) registered gaming operator with the U.S. Gambling 영주 출장안마 and Gaming 제주도 출장샵 Commission. 남양주 출장마사지 The company operates

    BalasPadam