PEMBINA UPM SERU HENTI KEMASUKAN BFM KE IPT


PEMBINA UPM SERU HENTI KEMASUKAN BFM KE IPT


BFM merupakan sebuah rancangan radio yang turut menghasilkan video mengupas isu-isu semasa. Baru-baru ini, mereka sedang giat menjalankan Jelajah Universiti 2016: Viral, Sial! Viral, Sial ialah video dokumentari di youtube yang merakamkan Aisyah merendah-rendahkan hukum agama dalam soal pemakaian tudung dan hudud. Video ini mendapat liputan luas sehinggalah Aisyah diugut bunuh dan sebagainya. Walau bagaimanapun, video dokumentari yang dihasilkan tercalon dalam Freedom Filmfest 2015, Anugerah Freedom Film, dan juga ditayangkan di Artsforgrab pada September 2015 anjuran Projek Dialog. Oleh yang demikian, jelajah ini bertujuan menunjukkan solidariti terhadap isu Aisyah yang pernah menjadi viral (lihat video: Viral, Sial!) bagi mengangkat semula ketidakadilan yang berlaku supaya ia dilihat lebih releven pada masa kini.

Universiti Putra Malaysia (UPM) tidak terkecuali dalam senarai lokasi Jelajah Universiti 2016: Viral, Sial! Yang akan diadakan pada 18 Mac nanti. Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UPM melihat jelajah ini tidak sihat untuk dilakukan terutama untuk didedahkan kepada khalayak universiti yang cukup menjaga sahsiah dan integriti. Ditambah dengan tajuk jelajah yang keterlaluan umpama tiada tatasusila dalam penggunaan bahasa dan demi mempertahankan seseorang yang merendahkan hukum Allah.

Jika kita lihat, kumpulan ini membawa gagasan idea dan lontaran kritik seperti menyokong pemansuhan Akta hasutan (lihat video: Aiyo, Sultan Murka!), mempersoal hukum pemakaian tudung, mempertahankan hak golongan LGBT atas dasar kemanusiaan dan banyak lagi. Lontaran yang dibuat sejujurnya bersandarkan ideologi liberal ( baca artikel:serangan pemikiran). Manakan tidak, banyak-banyak video BFM yang dihoskan oleh Edry Faizal, kebanyakannya tidak memihak parti politik berhaluan kanan, dan tidak pula terlalu menonjolkan sokongan parti berhaluan kiri. Walau bagaimanapun, kebebasan bersuara yang dimuatkan dalam youtube ini sudah cukup jelas mempromosi liberalisme, tanpa ada faedah untuk agama Islam.

Berbalik dengan Jelajah Universiti 2016, 4 universiti yang terlibat iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), dan diikuti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). PEMBINA UPM menggesa agar semua mahasiswa agar tidak menghadiri tayangan percuma video dokumentari ini di dalam kampus. Ia bertujuan, agar minda mahasiswa tidak disogok dengan ideologi liberal yang memakan jati diri sebagai umat Islam, seterusnya mencairkan pegangan akidah dan prinsip sebagai individu Muslim, serta didokong dengan sifat ketiadaan sensitiviti yang berlaku terhadap agama sehingga Islam dengan mudah-mudah diketepikan dan dipijak. Seruan ini juga ditujukan buat Universiti Awam (UA) yang lain, UM dan UKM untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Akhir sekali, PEMBINA UPM mengingatkan supaya mahasiswa Universiti Putra Malaysia agar cakna dengan isu semasa yang berlaku khususnya dalam negara Malaysia untuk melindungi diri sendiri daripada marabahaya ideologi yang menghakis akidah. Hal ini kerana, mahasiswa berperanan menjadi contoh kepada masyarakat yang tinggi intelektualnya dari segala sudut samada ilmu pengetahuan am, dan ilmu akademik. Selain itu, pemantapan akidah dengan menzahirkan Islam yang sebenar adalah dituntut selari dengan keteguhan rohani dan sahsiah terpuji (akhlak) dalam aspek pembinaan diri. Mahasiswa tolak Jelajah Unversiti 2016: Viral, Sial!


Nazatul Shima Binti Masri
Ketua Beliawanis
PEMBINA Universiti Putra Malaysia





0 komen:

Catat Ulasan