PEMBINA mempunyai fokus tersendiri dalam agenda dan kerangka gerak kerjanya membina dan menyeru belia kepada cara hidup Islami.
Secara rasminya
Tahun 2007 telah memperlihatkan satu lagi anjakan yang ditonjolkan oleh PEMBINA. Sesuai dengan statusnya sebagai sebuah badan NGO belia, PEMBINA telah berdaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Pendaftaran ini telah disempurnakan di dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi mengiktiraf persatuan belia yang telah berdaftar dengan ROY.
Penubuhan PEMBINA UPM

Dengan ini, ia menjadi satu lagi wadah pilihan buat mahasiswa di UPM untuk turut serta aktif bersama PEMBINA dalam meneraju arus mahasiswa dalam kerangka Islam yang syumul.
Program dan aktiviti
Ahli PEMBINA sendiri perlu lebih berani tampil selaku anak muda di dalam menyuarakan pandangan berkaitan isu-isu belia. Seminar Belia Islam Nasional yang berlangsung di Sekolah Teknik Sepang adalah program nasional pertama yang telah dilaksanakan oleh PEMBINA merupakan titik permulaan bagi 300 ahli PEMBINA untuk merancakkan aktivisma di cawangan masing-masing.
Pada 3 April 2012 telah memperlihatkan satu lagi anjakan kepada penonjolan PEMBINA dalam persada tanah air iaitu PEMBINA dengan kerjasama Aman Palestin Berhad telah berjaya menganjurkan satu program di peringkat nasional iaitu Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionais (KBAZ) yang berlangsung di Dewan Utama PWTC dengan kehadiran lebih 3000 peserta di mana kebanyakkannya adalah terdiri daripada golongan belia.
Program yang telah dihadiri oleh Tuan Azam Tamimi ini telah berjaya memberi satu penonjolan imej kepada PEMBINA dan dalam masa yang sama memberi gambaran yang jelas kepada para peserta mengenai kedudukan palestin dan zionis dari perspektif yang tepat.
Meneraju Arus Mahasiswa
PEMBINA terus meneraju arus mahasiswa dalam visi memartabatkan agenda mengembalikan kegemilangan mahasiswa berasaskan neraca Al-Quran dan Al-Sunnah yang betul dan sahih.
Sesungguhnya masyarakat menantikan satu golongan mahasiswa yang mampu membimbing dan meneraju suatu arus yang mampu menggerakkan kembali mahasiswa-mahasiswa yang tidak jelas arah tujuan mereka kearah yang lebih jelas tujuannya.
sumber: http://pembina.com.my/sejarah-pembina/