Kolokium Sejarah Perjuangan Bangsa dan Dakwah Islam di Nusantara

Kolej Kedua, UPM - Pada 5 Oktober 2012 yang lalu, berlangsungnya satu program bertajuk 'Kolokium Sejarah Perjuangan Bangsa dan Dakwah Islam di Nusantara' di Dewan Sri Kenyalang. Program ini bertujuan membincang dan mengangkat kembali nilai bangsa Melayu yang tidak asing dengan agama Islam satu masa dahulu. Selain itu, ianya bertujuan untuk memberi kefahaman pada mahasiswa yang hadir akan kepentingan bangsa dan dakwah Islam khususnya di kalangan belia dewasa ini.

Puan Rosna Abdul Rahman, pengetua kolej Kedua, hadir sebagai tetamu kehormat untuk program ini. Kehadiran peserta amatlah memberangsangkan dengan jumlah hampir 250 orang mahasiswa dari pelbagai kolej.


Forum ini dipengerusikan oleh saudara Abdul Gafar Mahdi, pelajar tahun akhir Sains Pertanian. Ahli panel yang dijemput ialah Dr Daud Awang, pensyarah dari Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Ustaz Nurzamri bin Ibrahim, naib yang dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kangar, Perlis dan encik Rusman Arief, ketua Pembina cawangan Bangi.


"Sebagai seorang mahasiwa, kita perlu mengetahui sejarah bangsa kita. Ini penting agar kita boleh menjadikan sejarah sebagai pengajaran buat kita dan agar kita tidak mengulangi kesilapan orang terdahulu," ujar Syafiq Syahmi Sazali, merangkap pengarah program serta presiden PEMBINA UPM.

 Tambah beliau lagi, "Dengan mengetahui sejarah bangsa kita sendiri, kita tidak akan mudah tertipu dengan tipu daya oleh musuh-musuh Islam, khususnya."

Kolokium ini disempurnakan dengan penyampaian hadiah oleh Puan Rosna kepada ahli-ahli panel.

Galeri:





0 komen:

Catat Ulasan