Racun libresasi kepada Ummah

Tanggal 1 November akan menjadi ingatan buat dunia apabila ia menandakan tarikh awal suatu perkara besar yang tidak dapat dilupakan pada abad ke-20 iaitu perang Vietnam-Amerika. Perang ini menunjukkan betapa rakusnya kuasa besar dalam menyebar dan mengekalkan hegemoni mereka ke atas rantau Asia. Bagi mereka yang tidak mengetauhi, perang ini berlaku di antara Amerika Syarikat dan tentera komunis Vietnam (Viet minh) yang disokong kuat oleh USSR ketika itu bagi melebarkan fahaman komunis, manakala Amerika pula berperang untuk menafikannya.

Antara kesan agen oren terhadap rakyat Vietnam yang mendatangkan
kecacatan kepada generasi terkemudiannya.

Namun, di sebalik peperangan antara dua negara ini, Amerika Syarikat nyata bermain taktik keji apabila menggunakan agen oren sebagai senjata utama untuk menarik keluar askar Vietnam dari hutan yang ketika itu berperang secara gerila. Agen oren adalah sejenis racun berbisa kombinasi antara racun rumpai oren dan agen LNX. Akibatnya hampir 500 000 ribu rakyat Vietnam mati dan selebihnya mengalami kecacatan seumur hidup. Pertubuhan palang merah Vietnam pula mengatakan hampir sejuta rakyat Vietnam menderita akibat racun berbisa ini. Hingga kini, kesengsaraan rakyat Vietnam masih dapat dirasai akibat dari percaturan yang tidak bijak oleh tentera Amerika.

Walaupun begitu, kesan pengunaan agen oren dalam perang Vietnam tidaklah sedasyat pengunaan racun liberalisasi terhadap umat Islam kini, iaitu peperangan ideologi. Dato’ Dr Siddiq Fadzil dalam pengantar 'Atas nama kebenaran' tulisan Khalif Muammar menyifatkan bahawa agenda liberal akan membawa umat kepada tauhid yang tidak murni, al-Quran yang tidak suci, rasul yang tidak berwibawa serta syariat yang tidak berdaulat!

Lebih dasyat daripada itu, al-fadil ustaz Abdullah Zaik, presiden Ikatan Muslimin Malaysia, pada satu wawancara khas bersama unit kajian PEMBINA menegaskan bahawa pengakhiran fahaman liberal akan membawa manusia kepada fahaman athies, satu kepercayaan yang menolak keimanan kepada tuhan.

Di Indonesia, fahaman liberal menular menerusi pertubuhan badan bukan kerajaan seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) dan turut menular menerusi genre muzik. Kumpulan 'Ayo Kita Solat' dan 'Last Samurai Syuhada' mungkin menimbulkan keraguan apabila nama kumpulan tersebut seolah-olah kedengaran Islamik namun lagu yang dibawa sarat dengan hendonisme barat, dengan menjadikan genre muzik punk sebagai teras muzik mereka.

Lebih memeningkan kepala apabila JIL bermatian-matian dalam mempersoalkan hukum menutup aurat terhadap wanita, tidak kurang juga menentang perintah kerajaan Indonesia dalam hal yang berkaitan pengharaman majalah dan terbitan pornografi. JIL melihat ia sebagai satu akta yang menyekat hak asasi manusia (penulis hanya mampu mengucap la haulawalaquwata illah billah).

Dr Siti Musdah Mulia dengan
bangganya menyatakan
sokongan beliau
terhadap hubungan homoseksual.
Tidak terkecuali apabila seorang professor bernama Siti Musdah Mulia dari negara yang sama menyatakan sokongan beliau terhadap hubungan sejenis walaupun beliau adalah seorang muslimah yang menutup aurat dengan sempurna. Namun ini tidak membataskan beliau untuk menganut fahaman liberal sejati itu.

Menyuruti perkembangan semasa yang berlaku di negara jiran, negara kita yang bertuah ini tidak kurang menerima tempiasnya apabila program Seksualiti Merdeka tetap dijalankan beberapa tahun lepas di sebalik tuntutan ramai mahu melihat program berkenaan dihentikan penganjurannya. Amat malang sekali apabila program yang meletakan kemuliaan manusia pada tahap binatang itu disokong padu oleh satu pertubuhan yang menggelar diri mereka Islamic Renaissance Front (IRF) atas nama hak asasi manusia.

Banyak lagi isu  yang boleh dinyatakan di sini, contohnya kedatangan Irsyad Manji, seorang lesbian dan pendokong ideologi Islam Liberal, penentangan Sister In Islam dalam hal berkaitan undang-undang 498, tomboy bukan jenayah, projek rumah ibadat kita, isu mahasiswa dan liberalisme dan lain-lain lagi. Ini membawa natijah bahawa adanya satu arus deras yang cuba menyonsangkan ummat dari pegangan agama Islam yang benar.

Melalui bukti dan alasan itu, PEMBINA tampil kehadapan dengan misi untuk menjelaskan kepada masyarakat bahana liberal yang akan mengucar-kacirkan pandangan masyarakat terhadap Islam menerusi isu-isu yang mengelirukan seperti yang disebutkan di pertengahan artikel ini.

PEMBINA menyeru para mahasiswa bahawa perlunya ada agenda memerangi liberal ini dititik beratkan agar nasib yang sama tidak menimpa kita seperti mana yang telah berlaku di Indonesia. PEMBINA juga yakin arus ini dapat dibendung dan dikawal andai mahasiswa mengambil posisi sebagai juru bicara ummah selari dengan martabat ketinggian ilmu yang dibawa oleh mahasiswa.

Di titik akhirnya, PEMBINA berharap agar usaha menangani dakyah liberal ini dapat dibawa bersama gerakan Islam yang lain disamping meneruskan usaha memasakkan kembali jati diri hidup umat Islam sendiri.

Allahu khayrul makirin.

Luqman Abd Hamid
Timbalan Presiden 2012/13
PEMBINA UPM

1 ulasan:

  1. syabaz Luqman Abd Hamid. Penulisan yg baik, isi yg jelas. teruskan.

    BalasPadam