Riadah: Nikmat Alam

Laungan azan Maghrib berkumandang.

Buki Broga, Semenyih - "Sesungguhnya di dalam penciptaan alam, terdapat tanda-tanda orang berakal," (surah Ali Imran; ayat 190).

Bertemakan ayat al-Quran itu, satu program riadah ke bukit Broga berlangsung pada Sabtu, 6 Oktober lalu.

Antara objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kekuatan fizikal dan mental ahli Pembina di UPM. Selain itu, ia bertujuan mengeratkan ukhuwah sesama ahli dan menambah kenalan Pembina dari pelbagai kolej kediaman di UPM.

Program bermula dengan para peserta, berjumlah 30 orang, bertolak dari UPM pada jam 5.30 petang ke bukit Broga, Semenyih. Pendakian bermula pada awal 6.20 petang dan berakhir pada 8.30 malam.

Program bermula dengan sesi penerangan kepada peserta sebagai persediaan perjalanan. Sesi memanas badan diketuai oleh saudara Khir Azril bin Badrishah selaku pengarah untuk program pendakian ini. Sesi pemanasan penting bagi mengelakkan berlaku kekejangan otot sewaktu mendaki.

Setibanya di puncak, para peserta mengambil tempat bagi merehatkan badan serta membuat persiapan untuk bersolat Maghrib. Kemudiannya, mereka diberi penerangan ringkas mengenai penentuan arah kiblat dan cara mengambil wuduk apabila jumlah air sedikit.

Pengisian ringkas oleh Presiden Pembina UPM, saudara Syafiq Syahmi Sazali mengenai kepentingan riadah dan kekuatan fizikal kepada peserta sebelum menunggu masuk waktu Isya'. Program riadah diakhiri dengan sesi fotografi di kaki Bukit Broga.

Galeri:

Para peserta berkumpul di surau serumpun sebelum bertolak menaiki kereta yang disediakan.

Para peserta melakukan "warming up" sebelum mendaki bukit Broga.

Pendakian bermula...


Sedikit penerangan bagaimana untuk melakukan tayammum dan mengambil wuduk











.

Solat Maghrib di puncak kedua bukit Broga.



Sedikit tazkirah oleh Presiden Pembina UPM, saudara Syafiq Syahmi Sazali.


Para peserta bergambar setelah turun dari bukit Broga.


0 komen:

Catat Ulasan