Riadah: Akal yang Cerdas Hadir Dari Badan Yang Cergas





Bukit Ekspo UPM– Satu program Riadah dan Rehlah (R&R) telah dianjurkan oleh Pembina UPM yang berlangsung pada 21 Oktober 2012 lalu.

Antara objektif utama program ini adalah untuk merapatkan ukhuwah dan memenuhi keperluan fizikal dan rohani. Pada masa yang sama dapat membentuk akal dan tubuh badan yang sihat antara ahli Pembina di UPM. Program tersebut berjaya dilaksanakan dengan kehadiran peserta yang cukup memberangsangkan.

Program dimulakan dengan sesi taaruf dan senaman ringan, diikuti pula dengan permainan yang di namakan ‘caterpillar’ yang mencabar minda dan kecergasan para peserta. Beberapa kumpulan di bentuk dengan setiap kaki ahli diikat dengan ahli yang lain dan bergerak bersama ke kawasan yang ditetapkan mengikut arahan ketua masing –masing untuk mencapai kemenangan. Permainan tersebut tidak fokus kepada kekuatan fizikal sahaja, malahan dapat menguji kekuatan mental dan semangat kerja berkumpulan dalam merancang strategi kejayaan. Tambahan pula, mereka berjaya menggunakan kekuatan setiap ahli kumpulan dan bukan bergantung kepada kekuatan individu semata-mata, sepanjang permainan berlangsung.

Pengisian ringkas di teruskan oleh Naib Presiden Pembina UPM, saudari Raja Noorsuria bt Raja Ramli yang menyelusuri intipati Surah Al-Buruj. Beliau memberi penekanan tentang aspek kepentingan pergantungan kepada Allah apabila ditimpa sebarang ujian dan cabaran. Program berakhir dengan jamuan ringan dan sesi fotografi sebagai tanda kenangan dan jalinan ukhwah antara ahli Pembina UPM.


Beberapa gambar sepanjang aktiviti:


Permainan 'caterpillar' memupuk kerjasama kumpulan


Bulatan zikrullah: Pengisian Ringkas oleh Saudari Suria


Jalinan ukhwah: Bergambar tanda kenangan..


0 komen:

Catat Ulasan