Bersedia Menghadapi Cabaran Peperiksaan

28 Disember 2012, Jumaat- Sempena musim peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi, Pembina UPM dengan inisiatifnya sendiri telah menganjurkan satu program santapan rohani, MABIT( Malam Bina Iman dan Takwa). Ini merupakan program terakhir bagi semester tahun ini. Program ini dianjurkan khusus bagi memupuk motivasi dan merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli Pembina. Program anjuran Pembina UPM ini disertai seramai 29 orang.

MABIT dimulakan dengan  ucapan kata-kata aluan oleh Timbalan Presiden Pembina UPM, saudari Norhazimah bt. Zainal Abidin. Sejurus itu, game taaruf telah diadakan. Setelah selesai bertaaruf, tazkirah " DEAN LIST VS DEEN LIST" oleh saudari Nur Aqmal bt Yahya yang mengisi tentang keseimbangan dunia dan akhirat.

"Allah itu tujuan utama dan meletakkan Allah sebagai tempat bergantung"- ujar saudari Aqmal.

"Sebanyak mana kita belajar, sebanyak itulah kita kena mengaji. Selain itu, jangan tinggalkan Al-quran kerana Al-quran menyebabkan kita sangat cemerlang. Setiap manusia adalah daie dan meletakkan pengharapan manusia pada Allah sangat tinggi kerana orang yang soleh dan beriman, mereka meletakkan Allah no.1."-tambah lagi saudari Aqmal.

Saudari Aqmal juga menjelaskan orang yang soleh mesti bijak, orang yang bijak tidak semestinya soleh. Doa pada Allah dengan apa yang kita buat dan berdoalah betul-betul dan bertawakal juga akan membawa kita kepada doa. Bagi orang yang beriman, doa itu senjata dengan melakukan ibadat solat, mengaji dan zikir. Setiap sesuatu mesti dimulai dengan doa. Orang beriman amalkan apa yang dia dapat, ilmu tanpa amal adalah seperti pokok yang tidak berbuah.

Di sini, terdapat beberapa tips bagi mahasiswa yang akan menghadapi peperiksaaan.

1. Islah wa tajdid- Betulkan niat kerana mencari redha Allah.
2. ta"yin- Faham akan format peperiksaan.
3. tak'siim- Kelaskan peperiksaan ikut kesukaran, fokus pada yang susah, teliti pada yang senang
4. mutolaah dan murajaah- Buat perancangan ulangkaji yang strategik,1 hari 6 jam belajar(jgn straight)
5. Tathbith- Letakkan sasaran
6. Ilhaq-tuliskan/lakarkan matlamat hidup kita.
7. Ijma' Watabdul- Perkongsian pintar(belajar berkumpulan)
8. Ta'lum- Ajar kawan-kawan yang tidak faham, jangan kedekut ilmu
9. Mursyid- Jumpa pensyarah atau kawan jika tidak faham
10.Buat latih tubi
11.Jangan ada sifat buruk sangka, jangan merendahkan orang lain dan sifat-sifat negatif dan jangan bermusuhan.
12.Jangan derhaka kepada ibu bapa dan guru
13.Jaga solat sehari semalam dengan sempurna, wuduk yang betul dan awal waktu, amalkan zikir-zikir, baca Al-Quran
14.Pastikan fizikal, intelek, emosi dan rohani seimbang
15.Minta ibu bapa doakan kita

Doa:
1. AL A'RAF:23
2. AL A'RAF:126
3. HUD:47
4. YUSUF:101
5. AL ISRA':80
6. AL-KAHFI:10
7. TAHA-25-35
8. AL-MUKMINUN: 118
9. AL-QOSAS: 42

Selepas tazkirah, sesi diteruskan dengan bacaan Al-Muk dan tidur. Pada paginya pula, aktviti solat qiam , subuh dan mathurat.

MABIT diakhiri dengan bersalaman, sarapan dan bersurai.

Pembina UPM berharap ahli Pembina UPM akan terus mengikuti program-program yang akan datang dan selamat menghadapi peperiksaan



Pengisian oleh saudari Aqmal
                               



Muslimat tekun mendengar pengisian.


Kek Tautan Ukhuwah Pembina UPM

                                   

0 komen:

Catat Ulasan