Saya berasa terpangil untuk memberi beberapa cadangan kepada Majlis Perwakilan Pelajar UPM berhubung program Green Campus.
Program berbasikal Green Campus di UPM adalah sesuatu yang baik dan ia tidak terlaksana di mana-mana universiti secara bersepadu. Justeru itu, perlaksanaannya dilihat wajar bagi mendidik mahasiswa agar mempunyai gaya hidup yang sihat dan menjimatkan kos operasi bas.
Meskipun ia dilihat memberi manfaat, terdapat keluhan dan rungutan daripada mahasiswa mengenai keberkesanan program tersebut.
Maka saya dengan rendah hati mencadangkan beberapa perkara, antaranya ialah :
1. Satu unit kajian perlu dilaksanakan kepada mahasiswa bagi mengenal pasti punca utama keluhan mereka.
2. Halangan 'nature call' seperti jalan berbukit dan hujan perlu difikirkan solusi yang terbaik. Mungkin boleh dibuat susur gajah berbumbung (boleh dipanjangkan lagi mengikut bajet yang ada).
3. Pusat khidmat berbasikal atau bengkel basikal perlu diwujudkan (untuk mengatasi kerosakan dan masalah pada basikal).
4. Mengimplimentasi pengunaan basikal di kampus dengan penyediaan parking berkelompok. Semua pelajar dan staff menaiki basikal kecuali ibu yang sarat mengandung dan mereka yang kurang upaya.
Saya percaya program Green Campus boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi tetapi kita perlu kepada pembaikan. Saya amat percaya TNC HEPA amat terbuka kepada mana-mana cadangan. Dan saya juga percaya pihak MPP akan menerima sebarang cadangan untuk pembaikan bersama.
Walaupun beberapa cadangan tidak realistik dalam jangka masa terdekat tetapi adalah lebih pihak berwajib di UPM mengambil langkah pembaikan demi kelangsungan program ini.
Langkah untuk tidak menyokong program ini adalah langkah terkebelakang kerana fasiliti telah pun dibina. Yang tidak terbina hanyalah budaya dan cara fikir kita dalam melihat sesuatu perkara.
Saya mengharapkan yang terbaik daripada MPP UPM. Moga Allah mendatangkan ilham dan juga peluang kepada kalian dalam setiap perkara yang memberi manfaat kepada mahasiswa UPM.
Berilmu berbakti,
Memimpin mahasiswa,
Luqman Abd Hamid,
Presiden PEMBINA UPM.
0 komen:
Catat Ulasan