Surau Serumpun, UPM – Pada 11
september 2013 iaitu hari Rabu selepas waktu maghrib, satu usrah
umum bertajuk 'Kejatuhan Morsi: Kebangkitan Rakyat atau Satu Konspirasi' telah dianjurkan oleh
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UPM. Usrah umum yang diadakan buat
kali pertama pada semester ini amat mendapat sambutan daripada para pelajar
kerana kehadiran amat memberangsangkan dan menunjukkan satu situasi yang
positif. Antara tujuan usrah ini diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat
terkini kepada para pelajar mengenai isu di Mesir sebagaimana yang kita
ketahui telah berlaku pergolakan politik sejak beberapa bulan yang lalu.
Usrah
umum ini disampaikan oleh Ustaz Abdur Rahman Raji, yang merupakan pelajar tahun
akhir di Mesir. Pada permulaan usrah, ustaz menyeru supaya semua umat
Islam perlu memahami kefahaman ajaran
Islam ke arah kesatuan ummah dan tidak hanya terbatas dalam konteks
semata-mata. Ustaz juga mengajak para pelajar supaya sentiasa cakna
tentang isu-isu semasa yang berlaku sekarang dalam kalangan umat Islam seperti
di Syria iaitu berlaku pembunuhan rakyat Syria dan ajaran syiah yang berkembang
di Iraq kerana umat Islam adalah bersaudara.
Pelbagai
maklumat disampaikan oleh ustaz mengenai isu di Mesir kepada para
pelajar. Antaranya adalah faktor-faktor kejatuhan Presiden Morsi di Mesir iaitu
dari sudut kedudukan geografi yang strategik di mana terletak di tengah-tengah benua Eropah, Afrika dan Asia tentunya memberi
tamparan hebat kepada kuasa barat.
Seterusnya, penceramah juga mengatakan bahawa Amerika dan Israel
mempunyai hubungan yang akrab iaitu melalui perjanjian Pasca Camp David serta
mempunyai hubungan ketenteraan yang akrab, saling menyokong dalam dasar luar
dan bersama dalam menjaga kepentingan Israel.
Penceramah juga tidak ketinggalan berkongsi mengenai pengorbanan
para pemuda di Mesir yang sanggup dan berani menentang rampasan kuasa yang
tercetus sejak Julai yang lalu tanpa merasa takut dan gentar. Para pemuda Islam
di Mesir tidak putus-putus berdoa kepada Allah S.W.T supaya kuasa Presiden
Morsi dikembalikan semula. Pengakhiran slot ceramah yang disampaikan oleh Ustaz
Abdur Rahman Raji adalah mengenai kekejaman tentera Mesir yang sanggup
bertindak kejam terhadap rakyatnya sendiri tanpa merasa belas kasihan.
Selesai
sesi ceramah, para hadirin menunaikan solat Isyak secara berjemaah. Sesi
ceramah pada kali ini berakhir pada jam 9.30 malam. Secara keseluruhannya, usrah umum mendapat respon yang sangat menggalakkan dari kalangan para peserta, rata -rata menyarankan agar usrah umum akan diteruskan pada masa akan datang.
Sambutan yang menggalakkan dari muslimin dan muslimat
Peserta tekun mendengar ceramah disampaikan Ustaz Abdur Rahman Raji
0 komen:
Catat Ulasan