Jamuan sambutan pelajar baharu


UPM, Serdang - Pada 9 September, Ahad, telah berlangsungnya satu jamuan ringkas anjuran Pembina UPM bertempat di Bukit Ekspo, menyambut kedatangan para pelajar baharu di Universiti Putra Malaysia (UPM) di samping memeriahkan lagi bulan Syawal ini. Ia juga bertujuan mengikat mahabah (kasih sayang) antara para pelajar junior dan senior yang hadir.

 Seramai lebih daripada 40 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai jenis kolej dan latar belakang seperti kolej serumpun, kolej 13, dan kolej 17, hadir di jamuan ini.

Jamuan dimulakan dengan sesi taaruf atau suai kenal yang mana setiap hadirin memperkenalkan diri mereka masing-masing. Kemudian diikuti pula ucapan oleh bekas Presiden Pembina UPM sesi 2011/12, Syed Zaharuddin bin Syed Hasyim.

Seterusnya ucapan oleh Presiden Pembina UPM sesi 2012/13, Syafiq Syahmi Bin Sazali.

"Mahasiswa perlu berdiri seiring dengan masyarakat. Definasi mudah mahasiswa ialah yang pertama, mempelajari ilmu akademik dengan jayanya. Kedua, mempelajari ilmu agama, dan ketiga mengamal dan mengajar kedua-dua ilmu yang telah ia pelajari itu," tegas beliau dalam ucapan ringkasnya itu.

"Marilah kita sama-sama mengamalkan kehidupan sebagai mahasiswa yang peka terhadap kejadian yang berlaku di sekeliling kita. Didapati hanya 7 peratus sahaja mahasiswa di dunia ini yang peka terhadap apa yang terjadi di sekitar mereka. Banjir yang telah berlaku di Seri Serdang adalah antara contoh yang terdekat boleh saya berikan," tambah beliau lagi, mengajak para hadirin turut serta peduli keadaan masyarakat di samping menjadi mahasiswa yang hebat.

Beliau juga mengalu-alukan kedatangan para pelajar baharu di UPM.

Luqman bin Abdul Hamid, merangkap timbalan Presiden Pembina UPM sesi 2012/13 pula memberi ucapan sepatah dua kata sambil menerangkan serba sedikit mengenai Pembina.

Dalam jamuan ini juga diperkenalkan biro-biro Pembina UPM iaitu biro media dan promosi, biro aktiviti dan logistik, biro ekonomi dan kebajikan, dan biro penerangan dan hubungan luar. Setiap biro ini menyediakan paltform bagi setiap ahli Pembina UPM menyerlahkan bakat dan kemahiran mereka dalam bidang yang mereka minati.

Pembina UPM juga akan menjalankan pelbagai aktiviti sepanjang sesi 2012/13 ini seperti kelas pengajian al-Quran (pembetulan tajwid dan tadabur, pemahaman ayat-ayat al-Quran), qiamulai, Zero To Hero, camping dan lain-lain. Diharapkan semua pelajar UPM turut serta dalam memeriahkan aktivti anjuran Pembina UPM nanti.

Walaupun hujan pada petang itu, jamuan tetap berjalan dengan lancarnya bermula pada pukul 6 petang dan berakhir pada 7.15 petang.

1 ulasan:

  1. Semoga usaha kita untuk menyampaikan kefahaman ISLAM yg syumul kpd masyrakat melalui program2 yg telah dirancang berjalan lancar. InsyaAllah.

    BalasPadam