Apa yang PEMBINA tawarkan

Jom praktikkan Islam!

Pembina menawarkan pelbagai aktiviti untuk para mahasiswa termasuklah aktiviti in-door mahupun out-door dengan teras utamanya adalah Islam.

Selain itu, mahasiswa boleh menyertai kelas penguasaan tajwid bersama rakan-rakan sebaya. Di sini pelajar akan kurang berasa malu untuk meningkatkan lagi bacaan dan pemahaman ayat al-Quran kerana ia berkonsepkan peer review. Sajian rohani juga termasuk dalam kelas yang digelar i-circle ini.

Islam bukan sahaja menekankan aspek kesihatan tubuh badan malah Islam juga mengajak umatnya menjalinkan ikatan ukhuwah sesama saudara. Program-program outdoor seperti memanjat gunung, merentas desa dan perkhemahan disediakan khas bagi mereka yang berminat dengan aktiviti-aktiviti lasak. Ia juga dapat merapatkan lagi hubungan antara peserta-peserta yang hadir disamping mengenali para mahasiswa dari seluruh IPT Malaysia yang bergelar ahli Pembina.

Tambahan pula, aktiviti-aktiviti outdoor yang ditawarkan dapat melatih para peserta kemahiran insaniah yang perlu ada bagi setiap mahasiswa seperti kepimpinan, team-building, dan kekuatan fizikal dan rohani.

 Kuliah-kuliah kefahaman Islam seperti Kuliah Fiqh Solat, Kuliah Fiqh Bersiri dan Kuliah Fiqh Sirah tidak lain tidak bukan untuk menambah kefahaman Islam mahasiswa dari semua sudut. Ia lebih berkonsepkan perbincangan dengan para hadirin melibatkan diri bertanya soalan dan menyuarakan pendapat. Dengan ini kefahaman akan lebih meningkat kerana ada perbincangan dua hala antara penceramah dan juga para hadirin yang hadir ke kuliah tersebut.

Semua yang ditawarkan oleh Pembina hanyalah lain dan tidak bukan adalah bagi membina mahasiswa yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah dengan mempraktikkan Islam dalam kehidupan. Sesungguhnya Islam itu syumul (menyeluruh).

0 komen:

Catat Ulasan