Riadah - Penting Kesihatan Diri



Terdapat pepatah mengatakan bahawa akal yang sihat hadir dari badan yang yang cergas. Seiring dengan pepatah ini, satu program riadah futsal telah dianjurkan oleh Pembina UPM pada 23 September, Ahad yang lepas di Bukit Ekspo, UPM.

Program bermula pada jam 7.30 pagi dengan peserta mula hadir ke padang Bukit Ekspo untuk menyertai permainan yang akan dijalankan. Seramai lebih 20 peserta terlibat untuk aktiviti futsal telah turut serta dalam aktiviti riadah ini.

Pengarah aktiviti ini, Zahirul Amar, pelajar kejuruteraan elektrik dan elektronikal, menekankan objektif utama ialah untuk menguatkan ukhuwah antara ahli pembina, dan melahirkan mukmin yang sihat tubuh badan dalam melaksanakan tugas-tugas harian mereka.

Usai riadah, saudara Syafiq Syahmi Sazali, selaku presiden Pembina UPM, memberikan sedikit ucapan. Antaranya pengenalan Pembina dan kehadirannya di UPM sebagai Pembina UPM pada para peserta dan memberitahu program-program riadah yang akan datang

Berlangsungnya aktiviti riadah ini, ia diharapkan mampu melahirkan  mahasiswa yang berjiwa proaktif dan sihat tubuh badan dalam melaksanakan ibadat kepada Allah.
 
Para pemain warming up dahulu sebelum memulakan permainan.

Permainan dimulakan...

Ucapan bersemangat oleh Syafiq Syahmi selepas permainan tamat.

0 komen:

Catat Ulasan